tetamu kehormat

Monday, October 10, 2016

Kenapa Alza

Post kali ni bukannya nak menunjuk-nunjuk atau berbangga dengan kemampuan aku. Tapi sekadar perkongsian pendapat dan perasaan.

Ada beberapa orang yang bertanya tentang keputusan aku membeli Perodua Alza. Sedangkan aku kerja belum sampai setahun. Kahwin pun belum. Simpanan yang ada pun cukup-cukup je.

Ada yang bertanya sekadar ingin tahu, mungkin sebab dia pun tertarik dengan Alza. Ada yang yang bertanya sebab hairan kenapa Alza pilihan aku, bukan kereta lain macam Myvi yang nampak lebih stylo untuk orang muda. Ada jugak yang mempertikaikan dari segi kewangan, keperluan dan kehendak. Aku selalu bagi jawapan yang hampir sama, berbeza sikit je mengikut soalan, ekspresi muka, dan suara si penanya (lain macam je gelaran aku bagi). Takpela, sini aku kongsi sikit sebab-sebab aku pilih Alza.

1. Aku beli kereta untuk mak ayah aku, bukan untuk aku sorang. Dari aku kecik sampai dah jadi cikgu, satu-satunya kereta yang kami ada, Kancil. So, bila aku dah bekerja sendiri, dengan gaji yang cukup, apa salahnya aku sediakan kenderaan yang lebih selesa untuk mak ayah aku. Memang aku tak bagi mak ayah aku sebagai hadiah, tapi aku sediakan. Lepas ni nak gi mana2 selesa sikit, tak cepat rasa penat. Ni adalah sebab utama aku.

2. Memudahkan urusan bila family abang aku balik kampung naik flight. Dulu memang la boleh je kami 5 orang sumbat dalam Kancil Lawas-KK. X selesa pun buat rilek je, yang penting dapat bersama. Tapi sekarang abang aku pun dah ada anak dua. Bila naik flight, tau la beg banyak mana. Barang bukan sikit bila ada anak kecik. Pernah sekali aku terpaksa tumpang beg kat kereta jiran sekampung yang kebetulan terjumpa di airport. Tu pun bersesak gak lagi. Tapi masa tu memang tu je yang ada, bersyukurlah. Masih gembira. So bila aku mampu beli yang lebih besar, takkan aku sengaja taknak beli kan? Dan memang harapan mak ayah aku nak aku beli saiz mpv ni supaya lebih selesa. Diorang pun dah tua, tak tahan penat, panas, lenguh. Aku sebagai anak bertanggungjawab memberikan keselesaan kepada mak ayah aku.

3. Harga dia yang walaupun boleh cakap mahal, tapi masih mampu. Memang ada mpv lain yang lebih selesa contohnya Avanza, Exora, Freed, Eastar. Tapi bila bandingkan harga, yang lain tu mahal lagi. Banding gak kualiti, feedback pengguna, rupa. Alza jugak la yang menambat hati. Walaupun niat utama nak bagi keselesaan kat mak ayah, tapi kena fikir gak kemampuan sendiri. Kalau yang lagi mahal tu memang x mampu la. Sekadar boleh beli je. Mampu beli ngan boleh beli ada beza. Beza tau bukan Bezza.

4. Aku beli kereta walaupun masih baru mengajar. Ada yang lepas dh setahun baru la beli. Sebelum tu naik moto je. Faham-faham kereta seorang guru tak sama kegunaan dengan kereta orang kerja lain. Masing2 ada kepentingan tersendiri. Bila jadi cikgu, kereta digunakan untuk membawa pelajar pergi mana2 dah jadi lumrah. Walaupun kadang2 tak dapat claim. Tapi guru2 redha je. Lagipun aku dah posting tpt sendiri. Takde hal aku nak fikir dah. Lain la guru2 yang dari semenanjung posting di Sarawak. Nak beli kereta kat Sarawak, fikir nak angkut balik bila dah pindah lak. Susah nanti. Aku, takde fikir nak pindah, nak balik. Aku beli, aku boleh guna, mak ayah aku pun boleh guna.

5. Ada yang tanya kenapa kereta dulu bukan rumah. Ye memang aku akui rumah semakin mahal, aset yang sepatutnya setiap orang ada terutama orang bekerja tetap. Sekarang pun bukan takat seorang dua, tapi hampir semua pengguna internet nak jadi mahaguru. Kongsi cara2 diorang kumpul duit la, nak dapat rumah la, pinjaman itu ini. Yang lain pun menyokong, tak kurang nak sama2 nampak pandai bagi pendapat. Yang tu ok lagi. Ada yang konon dah cerdik sangat, perlekehkan orang yang buat keputusan macam aku. Aku seligi 74 kali baru tau. Aku bukan taknak ada rumah sendiri. Memang nak. Ada privacy. Selesa bila dah berkeluarga sendiri nanti. Tapi bila difikir balik, aku utamakan mak ayah aku dulu. Maksudnya, biarlah aku belanjakan duit aku untuk keselesaan mak ayah terlebih dahulu. Rumah yang ada sekarang pun, takde orang lain yang jaga. Aku ada 2 beradik je. Abang aku dah ada rumah sendiri, jauh dari sini. So, aku la yang bertanggungjawab sekarang ni. InsyaAllah bila dah ada rezeki, boleh la dapatkan sebuah rumah sendiri. Kalau aku tak duduk rumah tu pun, aku boleh sewakan kat orang lain. Buat masa ni, family comes first.

Masa aku nak beli kereta ni, aku memang dah kira belanja aku, kemampuan, keperluan, supaya aku tak menyesal. Aku tanya cikgu2 senior di sekolah, minta pendapat. Alhamdulillah diorang bagi pendapat2 yang menyokong dan membantu aku. Tu yang nekad nak pilih kereta apa. Sebelum aku hantar dokumen nak beli aku dah join FB group Alza yang ada beberapapun group dalam fb tu. Dari sana aku boleh baca pendapat, komen, kritikan, pujian, idea, macam2 lagi hal berkaitan Alza. Aku taknak gak menyesal lepas beli nanti. Beli kereta bukan macam beli perabot. Beli perabot kalau rasa dah tersalah pilih tapi tak guna lagi boleh pulangkan atau jual je kat orang lain. Beli kereta ni nak dokumen macam2, urusan macam2, tak abih bayar lagi takleh tukar nama. Sebab tu kena selidik betul2. Almaklumla bukan barang harga puluh2, ni harga puluh ribu. Bukan senang nak cari duit banyak camtu.

Pesan aku kat orang2 di luar sana yang selalu tunjuk hebat pandai kritik keputusan orang, fikir lah balik. Kalau nak kritik pun, kritik sebelum orang tu beli. Lagipun orang sekarang dah pandai nak bandingkan sendiri. Bukannya sesuka hati buat keputusan. Orang tu beli kereta tu, ada la alasan dia tersendiri. Lain la cikgu baru posting dah beli Vellfire, bleh gak kau nak pertikai. Orang ni beli kereta murah, kritik macam2. Orang tu beli kereta mahal sikit, kritik macam2. Kalau kritik yang membina takpe. Ni kritik nak mintak penampor. Hehe. Tapi bukan semua camtu. Ada yang betul2 bagi bimbingan nak bantu orang lain. Yang camtu aku respek.

Alhamdulillah setakat ni bila aku bagitau alasan aku, orang boleh faham. Takde lak nak bidas lebih2. Bagi aku, walaupun sesuatu barang tu mahal, kalau untuk mak ayah aku tak kisah. Macam kereta ni, aku tak rasa terbeban sangat walaupun tiap bulan kena tolak RM700 untuk kereta je. Yang penting mak ayah gembira. Selagi kita masih boleh bersama mak ayah, hargai kesempatan yang ada. Yang dah tak berkesempatan, insyaAllah ada cara lain untuk kita berbakti kepada mereka.

Sekian luahan hati seorang insan yang sering diajukan pertanyaan yang tak berapa sodap nak layan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^