tetamu kehormat

Thursday, October 13, 2016

Hari terakhir

Harini hari terakhir kursus. Sesi terakhir petang ni. Alhamdulillah setakat ni dah dapat faham apa yang dimaksudkan dengan CEFR. Bukan nak kata semua baik. Biasa la kan setiap benda ada baik dan buruknya.

Malam semalam balik asrama lepas pukul 12 malam. Haha. Disebabkan cerita rakan aku yang selamba balik lepas pukul 12 malam sebelum tu, kami jadi terinspirasi pulak. Hehe. Ditambah dengan adegan-adegan tersilap simpang, tersalah masuk jalan tak siap, mencari-cari arah sebenar, akhirnya sampai jugak. Nasib baik la akak guard tu sporting je. Sempat jugak semalam layan bowling dengan guru-guru lelaki. Lama weh tak main bowling. Habeh semua skill tak menjadi.

Struggle lagi harini. Tajamkan fikiran. Ada lagi teori nak disumbat. Dalam program camni kena aktif libatkan diri. Kalau tak sah-sah terlentok.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^