tetamu kehormat

Wednesday, October 12, 2016

Hari kedua kursus

Pagi tadi aku terlambat bangun. Kalau kemarin lepas subuh aku terus mandi je. Harini disebabkan penat, aku sambung tido lepas subuh. Natijahnya, terlajak tidur sampai pukul 7.20. Tu pun syukur bapak aku call sebab dia mesej aku tak balas. Kalau tak, pukul 8 kot baru bangun. Bangkit terus capai tuala g mandi. Tak lama dah siap pakai baju. Aku ingatkan aku yang paling lambat. Rupanya ada lagi yang baru siap mandi masa aku dah siap pakai baju. Takde la aku keseorangan sarapan lambat. Hehe.

Harini mula memampatkan pelbagai input lagi. Semalam dah keluar bawak orang shopping. Malam ni mungkin aku lak yang nak shopping. Semalam dah ternampak kedai outdoor dalam Bintang Mall. Macam banyak je barang-barang archery. So misi malam ni serbu kedai tu.

Banyak tanggungjawab cikgu BI ni nak ubah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^