tetamu kehormat

Monday, October 10, 2016

CEFR Cascade Training

Minggu ni, 10-14 Oktober, aku terpaksa tinggalkan jap anak-anak murid untuk hadiri satu kursus di IPG Kampus Sarawak di Miri. Kursus CEFR ni dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan bersama dengan Cambridge English. Setiap sekolah perlu hantar seorang wakil guru English untuk kursus ni. Dalam firasat palotak aku, ramai yang datang untuk kursus ni sebab dari beberapa buah daerah. Rupanya untuk kali ni PPD Lawas ngan PPD Baram je. Daerah lain ada minggu lain.

Kali ni disebabkan dah ada kereta sendiri ditambah tempoh seminggu kena duk Miri, aku pilih untuk guna jalan darat jela. Lagipun ada lagi kawan yang nak ikut sekali. Kalau tak ada yang nak join, terpaksa la jugak aku guna flight. Perancangan awal nak bertiga. Tapi last2 baru tau yang sorang lagi tak dapat pergi. So, berdua jela aku ngan sorang cikgu yang jugak sama batch dengan aku. Yang tak sama jantina je. Hehe. Perjalanan kitorang dari Lawas ke Miri penuh saat mendebarkan gak. Aku memang tak pernah drive sendiri ke Miri. Naik kereta pun dulu je zaman sekolah. Memang tak tau la jalan especially bila masuk Brunei. Yang sorang lagi lebih kurang jugak macam aku. Dia lebih sikit sebab masa interview haritu dia datang sini naik kereta. So, dengan penuh tawakal, ikut kata hati, redah je masuk shortcut yang pernah didengar. Bila jumpa simpang tiga sama-sama terdiam, pastu nekad pilih kiri atau kanan. Mula-mula cuak jugak sebab masa lalu kampung tu sunyi bebeno. Jumpa kereta sikit-sikit je, tu pun jarang-jarang, semua kereta Brunei. Bila dah main redah simpang baru la jumpa kereta plat Malaysia. Masa tu memang tersenyum lega la. Haha. Last2 jumpa jugak highway Brunei. Alhamdulillah takde apa-apa halangan selamat sampai di Miri. Tempoh perjalanan kira-kira 4 jam setengah. Jarak tak jauh mana pun, ada dalam 250 km je. Tapi disebabkan keadaan jalan(Malaysia) dan hadlaju(Brunei), tu yang lambat nak sampai.

Aku sengaja nak amik peluang ni untuk cari pengalaman drive sendiri dari Lawas ke Miri. Manalah tau kan ada masa nanti terpaksa gak guna jalan darat, dah tau dah simpang-simpang dia. Lagipun bila ada kereta sendiri, boleh jalan-jalan waktu malam. Tu pun kalau rajin la. Seminggu kot takkan nak terperap je dalam asrama.

Bila cakap pasal asrama, duk sini mengimbau kenangan aku masa duk asrsma IPG dulu. Design bangunan IPGKS ni sama sebijik dengan IPG Ipoh. Tu yang buat aku terkenang je. Beza sikit susunan dia tak sama. Tak sangka walaupun dah jadi cikgu, akan masuk ke asrama IPG gak. Masa nak daftar asrama tadi pun macam masa aku mula-mula daftar asrama di IPG Ipoh dulu.

Mengikut jadual, slot memang penuh dari pagi sampai ke malam. Awal-awal tadi masa briefing, master trainer dah pesan untuk lapangkan fikiran malam ni. Esok nak sumbat dengan pelbagai ilmu dan teori. Abih la nak oii. Dah la nak kena buat latihan dalaman kat sekolah nanti. Memang kena faham la kat sini. Harap-harap la otak aku cukup untuk menampung ilmu-ilmu yang nak disumbangkan. Nasib baik makan free, 5 kali sehari. Makan tu yang penting. Haha.

Tu jela aku nak share malam ni. Saja je nak isi masa lapang ni. Nak tengok tv, tv takde. Nak tengok bini, tak kahwin lagi. Tengok ibu jari kaki jela.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^