tetamu kehormat

Saturday, October 29, 2016

PULAKOP Sabah

::Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Sabah

::Pioneer Dragoes 2

::Hino RK1JSLL

::Karnival Keusahawanan Kepenggunaan dan Francais Komuniti, Lawas 2016

::Hotel Seri Malaysia Lawas, Sarawak

www.bbte.com

INTAN Sabah

::Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah

::SKSBus e128i

::Karnival Keusahawanan Kepenggunaan dan Francais Komuniti, Lawas 2016

::Hotel Seri Malaysia, Lawas, Sarawak

Saturday, October 22, 2016

KK lagi

Dah lebih 10000km, arini bawak si tupai merah servis lagi. Sebulan dua kali dah sekarang ulang alik Lawas-KK. Sabo jelah.

Mungkin sebab baru je lepas gaji, ramai lak orang anto kereta nak servis arini. Terpaksa la berdiri sambil tunggu nak siap. Huhu.

Lepas siap kereta nak cari HP service centre la pulak. Cukup2 abih tempoh warranty, ada jela masalah timbul kat laptop tersayang. Harap2 kos repair tak mahal sangat.

Sengaja parking depan alza warna sama. Hehehe

Friday, October 14, 2016

Tamat sudah

Alhamdulillah tamat dah kursus CEFR Cascade Training Cohort 2 di IPG Kampus Sarawak, Miri. Syukur dapat kawan-kawan yang gila2 sporting. Malam memang terisi dengan aktiviti merayau. Hehe.

Terima kasih kepada semua. Terima kasih kepada master trainer yang penuh sabar. Bukan senang nak bagi training pagi sampai petang 4 hari berturut-turut sengsorang. Lepas ni tanggungjawab kami lak nak bagi in-house training kat sekolah.

InsyaAlah tahun depan kami bertemu lagi, untuk lanjutan kursus yang seterusnya. 5 tahun terikat dengan CEFR Cascade Training.

Thursday, October 13, 2016

Hari terakhir

Harini hari terakhir kursus. Sesi terakhir petang ni. Alhamdulillah setakat ni dah dapat faham apa yang dimaksudkan dengan CEFR. Bukan nak kata semua baik. Biasa la kan setiap benda ada baik dan buruknya.

Malam semalam balik asrama lepas pukul 12 malam. Haha. Disebabkan cerita rakan aku yang selamba balik lepas pukul 12 malam sebelum tu, kami jadi terinspirasi pulak. Hehe. Ditambah dengan adegan-adegan tersilap simpang, tersalah masuk jalan tak siap, mencari-cari arah sebenar, akhirnya sampai jugak. Nasib baik la akak guard tu sporting je. Sempat jugak semalam layan bowling dengan guru-guru lelaki. Lama weh tak main bowling. Habeh semua skill tak menjadi.

Struggle lagi harini. Tajamkan fikiran. Ada lagi teori nak disumbat. Dalam program camni kena aktif libatkan diri. Kalau tak sah-sah terlentok.

Wednesday, October 12, 2016

Hari kedua kursus

Pagi tadi aku terlambat bangun. Kalau kemarin lepas subuh aku terus mandi je. Harini disebabkan penat, aku sambung tido lepas subuh. Natijahnya, terlajak tidur sampai pukul 7.20. Tu pun syukur bapak aku call sebab dia mesej aku tak balas. Kalau tak, pukul 8 kot baru bangun. Bangkit terus capai tuala g mandi. Tak lama dah siap pakai baju. Aku ingatkan aku yang paling lambat. Rupanya ada lagi yang baru siap mandi masa aku dah siap pakai baju. Takde la aku keseorangan sarapan lambat. Hehe.

Harini mula memampatkan pelbagai input lagi. Semalam dah keluar bawak orang shopping. Malam ni mungkin aku lak yang nak shopping. Semalam dah ternampak kedai outdoor dalam Bintang Mall. Macam banyak je barang-barang archery. So misi malam ni serbu kedai tu.

Banyak tanggungjawab cikgu BI ni nak ubah.

Tuesday, October 11, 2016

CEFR

Nak share sikit apa yang dah dapat pagi ni. Sikit jela ye. Nak banyak takleh sebab masa tak banyak. Hehe.

1. 6 levels of reference: A1, A2, B1, B2, C1, C2. A1 tahap paling rendah, C2 tahap paling cemerlang. Yang ni digunakan di seluruh dunia sebagai satu rujukan yang standard. Kalau sebelum ni cikgu-cikgu yang amik CPT ngan Aptis Test memang dah guna level of reference ni. Bukan guna A B C D E F macam biasa diguna di Malaysia.

2. CEFR - Common European Framework of Reference. Diguna sebagai satu rujukan standard dalam evaluation, assessment, course design dan curriculum design di seluruh dunia.

Maaf la bahasa bercampur-campur. Hehe. Otak pun dah mula nak serabut.

Selamat pagi

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk kita bangun dan meneruskan ibadah serta amalan sebagai seorang hambaNya.

Morning view dari bilik asrama yang aku diami untuk minggu ni. Roomate takde sebab dia gi tidur luar. Aku rasa dia bawak family atau isteri dia kot. Terpaksala aku sengsorang termenung dalam bilik ni. Rasa janggal lak pagi ni. Biasanya awal pagi dalam pukul 6 lebih dah bersiap-siap nak gi sekolah. Harini boleh lepak duduk lagi. Tak payah fikir nak start kereta. Hehe. Bagi tupai merah tu rehat dulu harini. Hari pertama dia dibasahi embun malam. Biasa la anak manja, parking dalam garaj, kat sekolah parking bawah kuarters. Terjaga baq ang.

Harini mulakan kursus. Syukur slot harini tak sampai malam. Rasanya malam nanti boleh la keluar merayau kalau ada yang pegi. Hehe. Kalau tak, mereput jela dalam bilik.

InsyaAllah, semoga Allah lapangkan hati dan dada kami, mudahkan kami menerima ilmu sepanjang kursus ni, semoga ibadah kami minggu ini diberkati, dirahmati, dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Hadir kursus pun niat kerana Allah.

Monday, October 10, 2016

CEFR Cascade Training

Minggu ni, 10-14 Oktober, aku terpaksa tinggalkan jap anak-anak murid untuk hadiri satu kursus di IPG Kampus Sarawak di Miri. Kursus CEFR ni dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan bersama dengan Cambridge English. Setiap sekolah perlu hantar seorang wakil guru English untuk kursus ni. Dalam firasat palotak aku, ramai yang datang untuk kursus ni sebab dari beberapa buah daerah. Rupanya untuk kali ni PPD Lawas ngan PPD Baram je. Daerah lain ada minggu lain.

Kali ni disebabkan dah ada kereta sendiri ditambah tempoh seminggu kena duk Miri, aku pilih untuk guna jalan darat jela. Lagipun ada lagi kawan yang nak ikut sekali. Kalau tak ada yang nak join, terpaksa la jugak aku guna flight. Perancangan awal nak bertiga. Tapi last2 baru tau yang sorang lagi tak dapat pergi. So, berdua jela aku ngan sorang cikgu yang jugak sama batch dengan aku. Yang tak sama jantina je. Hehe. Perjalanan kitorang dari Lawas ke Miri penuh saat mendebarkan gak. Aku memang tak pernah drive sendiri ke Miri. Naik kereta pun dulu je zaman sekolah. Memang tak tau la jalan especially bila masuk Brunei. Yang sorang lagi lebih kurang jugak macam aku. Dia lebih sikit sebab masa interview haritu dia datang sini naik kereta. So, dengan penuh tawakal, ikut kata hati, redah je masuk shortcut yang pernah didengar. Bila jumpa simpang tiga sama-sama terdiam, pastu nekad pilih kiri atau kanan. Mula-mula cuak jugak sebab masa lalu kampung tu sunyi bebeno. Jumpa kereta sikit-sikit je, tu pun jarang-jarang, semua kereta Brunei. Bila dah main redah simpang baru la jumpa kereta plat Malaysia. Masa tu memang tersenyum lega la. Haha. Last2 jumpa jugak highway Brunei. Alhamdulillah takde apa-apa halangan selamat sampai di Miri. Tempoh perjalanan kira-kira 4 jam setengah. Jarak tak jauh mana pun, ada dalam 250 km je. Tapi disebabkan keadaan jalan(Malaysia) dan hadlaju(Brunei), tu yang lambat nak sampai.

Aku sengaja nak amik peluang ni untuk cari pengalaman drive sendiri dari Lawas ke Miri. Manalah tau kan ada masa nanti terpaksa gak guna jalan darat, dah tau dah simpang-simpang dia. Lagipun bila ada kereta sendiri, boleh jalan-jalan waktu malam. Tu pun kalau rajin la. Seminggu kot takkan nak terperap je dalam asrama.

Bila cakap pasal asrama, duk sini mengimbau kenangan aku masa duk asrsma IPG dulu. Design bangunan IPGKS ni sama sebijik dengan IPG Ipoh. Tu yang buat aku terkenang je. Beza sikit susunan dia tak sama. Tak sangka walaupun dah jadi cikgu, akan masuk ke asrama IPG gak. Masa nak daftar asrama tadi pun macam masa aku mula-mula daftar asrama di IPG Ipoh dulu.

Mengikut jadual, slot memang penuh dari pagi sampai ke malam. Awal-awal tadi masa briefing, master trainer dah pesan untuk lapangkan fikiran malam ni. Esok nak sumbat dengan pelbagai ilmu dan teori. Abih la nak oii. Dah la nak kena buat latihan dalaman kat sekolah nanti. Memang kena faham la kat sini. Harap-harap la otak aku cukup untuk menampung ilmu-ilmu yang nak disumbangkan. Nasib baik makan free, 5 kali sehari. Makan tu yang penting. Haha.

Tu jela aku nak share malam ni. Saja je nak isi masa lapang ni. Nak tengok tv, tv takde. Nak tengok bini, tak kahwin lagi. Tengok ibu jari kaki jela.

Kenapa Alza

Post kali ni bukannya nak menunjuk-nunjuk atau berbangga dengan kemampuan aku. Tapi sekadar perkongsian pendapat dan perasaan.

Ada beberapa orang yang bertanya tentang keputusan aku membeli Perodua Alza. Sedangkan aku kerja belum sampai setahun. Kahwin pun belum. Simpanan yang ada pun cukup-cukup je.

Ada yang bertanya sekadar ingin tahu, mungkin sebab dia pun tertarik dengan Alza. Ada yang yang bertanya sebab hairan kenapa Alza pilihan aku, bukan kereta lain macam Myvi yang nampak lebih stylo untuk orang muda. Ada jugak yang mempertikaikan dari segi kewangan, keperluan dan kehendak. Aku selalu bagi jawapan yang hampir sama, berbeza sikit je mengikut soalan, ekspresi muka, dan suara si penanya (lain macam je gelaran aku bagi). Takpela, sini aku kongsi sikit sebab-sebab aku pilih Alza.

1. Aku beli kereta untuk mak ayah aku, bukan untuk aku sorang. Dari aku kecik sampai dah jadi cikgu, satu-satunya kereta yang kami ada, Kancil. So, bila aku dah bekerja sendiri, dengan gaji yang cukup, apa salahnya aku sediakan kenderaan yang lebih selesa untuk mak ayah aku. Memang aku tak bagi mak ayah aku sebagai hadiah, tapi aku sediakan. Lepas ni nak gi mana2 selesa sikit, tak cepat rasa penat. Ni adalah sebab utama aku.

2. Memudahkan urusan bila family abang aku balik kampung naik flight. Dulu memang la boleh je kami 5 orang sumbat dalam Kancil Lawas-KK. X selesa pun buat rilek je, yang penting dapat bersama. Tapi sekarang abang aku pun dah ada anak dua. Bila naik flight, tau la beg banyak mana. Barang bukan sikit bila ada anak kecik. Pernah sekali aku terpaksa tumpang beg kat kereta jiran sekampung yang kebetulan terjumpa di airport. Tu pun bersesak gak lagi. Tapi masa tu memang tu je yang ada, bersyukurlah. Masih gembira. So bila aku mampu beli yang lebih besar, takkan aku sengaja taknak beli kan? Dan memang harapan mak ayah aku nak aku beli saiz mpv ni supaya lebih selesa. Diorang pun dah tua, tak tahan penat, panas, lenguh. Aku sebagai anak bertanggungjawab memberikan keselesaan kepada mak ayah aku.

3. Harga dia yang walaupun boleh cakap mahal, tapi masih mampu. Memang ada mpv lain yang lebih selesa contohnya Avanza, Exora, Freed, Eastar. Tapi bila bandingkan harga, yang lain tu mahal lagi. Banding gak kualiti, feedback pengguna, rupa. Alza jugak la yang menambat hati. Walaupun niat utama nak bagi keselesaan kat mak ayah, tapi kena fikir gak kemampuan sendiri. Kalau yang lagi mahal tu memang x mampu la. Sekadar boleh beli je. Mampu beli ngan boleh beli ada beza. Beza tau bukan Bezza.

4. Aku beli kereta walaupun masih baru mengajar. Ada yang lepas dh setahun baru la beli. Sebelum tu naik moto je. Faham-faham kereta seorang guru tak sama kegunaan dengan kereta orang kerja lain. Masing2 ada kepentingan tersendiri. Bila jadi cikgu, kereta digunakan untuk membawa pelajar pergi mana2 dah jadi lumrah. Walaupun kadang2 tak dapat claim. Tapi guru2 redha je. Lagipun aku dah posting tpt sendiri. Takde hal aku nak fikir dah. Lain la guru2 yang dari semenanjung posting di Sarawak. Nak beli kereta kat Sarawak, fikir nak angkut balik bila dah pindah lak. Susah nanti. Aku, takde fikir nak pindah, nak balik. Aku beli, aku boleh guna, mak ayah aku pun boleh guna.

5. Ada yang tanya kenapa kereta dulu bukan rumah. Ye memang aku akui rumah semakin mahal, aset yang sepatutnya setiap orang ada terutama orang bekerja tetap. Sekarang pun bukan takat seorang dua, tapi hampir semua pengguna internet nak jadi mahaguru. Kongsi cara2 diorang kumpul duit la, nak dapat rumah la, pinjaman itu ini. Yang lain pun menyokong, tak kurang nak sama2 nampak pandai bagi pendapat. Yang tu ok lagi. Ada yang konon dah cerdik sangat, perlekehkan orang yang buat keputusan macam aku. Aku seligi 74 kali baru tau. Aku bukan taknak ada rumah sendiri. Memang nak. Ada privacy. Selesa bila dah berkeluarga sendiri nanti. Tapi bila difikir balik, aku utamakan mak ayah aku dulu. Maksudnya, biarlah aku belanjakan duit aku untuk keselesaan mak ayah terlebih dahulu. Rumah yang ada sekarang pun, takde orang lain yang jaga. Aku ada 2 beradik je. Abang aku dah ada rumah sendiri, jauh dari sini. So, aku la yang bertanggungjawab sekarang ni. InsyaAllah bila dah ada rezeki, boleh la dapatkan sebuah rumah sendiri. Kalau aku tak duduk rumah tu pun, aku boleh sewakan kat orang lain. Buat masa ni, family comes first.

Masa aku nak beli kereta ni, aku memang dah kira belanja aku, kemampuan, keperluan, supaya aku tak menyesal. Aku tanya cikgu2 senior di sekolah, minta pendapat. Alhamdulillah diorang bagi pendapat2 yang menyokong dan membantu aku. Tu yang nekad nak pilih kereta apa. Sebelum aku hantar dokumen nak beli aku dah join FB group Alza yang ada beberapapun group dalam fb tu. Dari sana aku boleh baca pendapat, komen, kritikan, pujian, idea, macam2 lagi hal berkaitan Alza. Aku taknak gak menyesal lepas beli nanti. Beli kereta bukan macam beli perabot. Beli perabot kalau rasa dah tersalah pilih tapi tak guna lagi boleh pulangkan atau jual je kat orang lain. Beli kereta ni nak dokumen macam2, urusan macam2, tak abih bayar lagi takleh tukar nama. Sebab tu kena selidik betul2. Almaklumla bukan barang harga puluh2, ni harga puluh ribu. Bukan senang nak cari duit banyak camtu.

Pesan aku kat orang2 di luar sana yang selalu tunjuk hebat pandai kritik keputusan orang, fikir lah balik. Kalau nak kritik pun, kritik sebelum orang tu beli. Lagipun orang sekarang dah pandai nak bandingkan sendiri. Bukannya sesuka hati buat keputusan. Orang tu beli kereta tu, ada la alasan dia tersendiri. Lain la cikgu baru posting dah beli Vellfire, bleh gak kau nak pertikai. Orang ni beli kereta murah, kritik macam2. Orang tu beli kereta mahal sikit, kritik macam2. Kalau kritik yang membina takpe. Ni kritik nak mintak penampor. Hehe. Tapi bukan semua camtu. Ada yang betul2 bagi bimbingan nak bantu orang lain. Yang camtu aku respek.

Alhamdulillah setakat ni bila aku bagitau alasan aku, orang boleh faham. Takde lak nak bidas lebih2. Bagi aku, walaupun sesuatu barang tu mahal, kalau untuk mak ayah aku tak kisah. Macam kereta ni, aku tak rasa terbeban sangat walaupun tiap bulan kena tolak RM700 untuk kereta je. Yang penting mak ayah gembira. Selagi kita masih boleh bersama mak ayah, hargai kesempatan yang ada. Yang dah tak berkesempatan, insyaAllah ada cara lain untuk kita berbakti kepada mereka.

Sekian luahan hati seorang insan yang sering diajukan pertanyaan yang tak berapa sodap nak layan.