tetamu kehormat

Thursday, September 10, 2015

Semakin dekat

Tak sangka dah. Tinggal seminggu lebih je lagi nak luang masa dengan kawan-kawan yang dah anggap macam keluarga selama 5 tahun. Lepas ni, kami semua terpisah, bawa haluan masing-masing. Jeles gak kat kwan-kawan yang tinggal dekat2. Boleh je nak jumpa bila-bila lepas ni. Aku lak di seberang laut. Sedihhh..

Sepatutnya ada dua bulan lagi kami nak luang masa bersama. Dua bulan ok! Tapi semua tu dah tinggal angan-angan, tinggal 2 minggu. Macam-macam kenangan & pengalaman yang aku takkan lupa. Serius taknak lupakan. Kenangan ukhuwah dengan kawan-kawan. Kenangan hidup di perantauan. Susah senang, suka duka, semua ada selama aku ada di bumi Ipoh ni.

In shaa Allah. Mungkin dah Allah tentukan, inilah rezeki kami, inilah takdir kami. Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku. Aku berjanji aku berusaha untuk jumpa sahabat2 aku suatu hari nanti. Tak kisah la masa tu dah bawak bini+anak..hehehe.

Bak kata orang, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Allah jauhkan aku dari kawan-kawan, dan beri aku peluang untuk jaga mak ayah aku, sentiasa dekat dengan diorang. Tiba masa untuk berbakti kat mak ayah.



K-TESLians family

SK Sauk terbaik


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^