tetamu kehormat

Sunday, August 30, 2015

If it's meant to be, it will be



"Mak, keputusan permohonan maktab dah keluar."

"Macamana? Dapat tak?"

"Alhamdulillah dapat mak."

"Alhamdulillah. Dapat maktab mana?"

"IPG Ipoh mak."

Mak aku diam. Aku pandang mak. Nampak air muka mak berubah. Tangan yang ligat melipat kain baju, berhenti seketika. Mak pandang aku. Aku tahu apa yang mak sedang fikirkan. JAUH.

"Call ayah sekarang."

Aku pun terus call ayah yang tengah bekerja semata-mata nak sampaikan berita. Dalam masa 15 minit, ayah aku dah sampai rumah.

Soalan pertama ayah aku:

"Ko nak terima atau tak?"

Aku angguk sambil pandang ayah dan mak. Aku tau sebelum tu mak aku dah luahkan perasaan dia kat ayah.

"Camni la. Kalau kau nak, teruskan. Ayah tak paksa pegi dan tak larang nak pegi. Jauh, jangan risau cuti boleh balik. Pasal duit, simpanan ayah memang dah ada untuk anak2. Yang penting niat dalam hati. Kalau kau nak, lepas ni kita terus setelkan apa yang patut. Tapi sebelum tu, jom makan satey. Hehehehe.." ayah aku senyum lebar sambil menyampaikan mesej yang tak akan aku lupa.

Itulah kenangan aku. Itulah permulaan aku. Dari seorang yang tak pernah berniat menjadi guru, kini aku dah di penghujung cerita untuk mendapat ijazah sarjana muda perguruan.

5 tahun lebih, aku berjauhan dengan mak ayah. 5 tahun lebih, mak ayah aku menahan rindu terhadap anak2 yang jarang berpeluang untuk balik. Kali ni, insyaaAllah aku tak akan pernah pergi jauh lagi. Banyak dah petunjuk yang mampu membuktikan secara tuntas dan mutlak (uhuk..uhuk..) yang mak ayah aku dah tak tahan jauh dengan anak2.

Untuk internship kali ni, aku pilih untuk balik kampung. InsyaaAllah mungkin itu pilihan terbaik. Mungkin ada maksud tersirat yang Allah sampaikan kepada kami. Aku percaya semua ni ada hikmahnya.

Boleh la aku kawen cepat sikit. Hehehehe...

Jauh mana aku pergi, luas mana aku teroka, tinggi mana dugaan kita, berat mana tanggungjawab kita, andai itu takdir kita, andai sudah tertulis hidup kita bersama, pasti aku akan kembali kepada dirimu, yang menanti lafaz terima dari hatiku.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^