tetamu kehormat

Friday, July 24, 2015

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan.

Syukur sebab dapat sempurnakan puasa ramadhan tahun ni. Walaupun pernah sehari rasa nak membabaskan diri je sebab tak tahan sangat dah, tapi aku gigihkan diri jugak. Hehe.

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436 H. Mohammad Yusman Azizul bin Othman aka CawanSumpak, memohon ampun dan maaf, terrrkasar bahasa, tersilap tutur, tersinggung perasaan. Memohon segala kemaafan dari sekalian umat yang mengenali diri ini.

Raya tahun ni macam biasa. Tapi tahun ni gembira lebih sikit sebab Faheem balik kampung. Meriah je rumah dengan telatah dia. Kakak ipar aku rajin buat kek dan biskut. So tahun ni kek lebih sikit. Hehe.

Teringat masa hari abang aku sekeluarga balik Kuching lepas raya. Malam tu, ayah aku termenung sendiri, bukak henset, tengok video dia rakam cucu dia tengah main buaian. Buaian tu ayah aku buat spesel untuk Faheem. Seminggu budak tu meriahkan rumah. Bila dia dah balik, rumah rasa sunyi. Aku tengok ayah aku tersenyum tengok video tu, tapi mata dah berkaca. Bila aku perasan, aku terus alih pandangan ke tv. Pastu masuk bilik, lap air mata aku. Hehe. Aku pun tak tahan bila tengok ayah aku camtu. Tu la. Nampak luaran je kental, tabah, cool je. Tapi dalam hati, rindu seorang ayah/atuk tu tetap kuat. Aku nangis bukan sebab Faheem takde kat umah, tapi sebab ayah aku nangis.

InsyaAllah, mungkin sebab dah memang rezeki abang aku dapat kerja jauh, terima je la. Mungkin aku akan dapat kerja dekat, aku janji akan jaga mak ayah aku. Sebenarnya, aku tak kisah walaupun kalau dapat dekat elaun sikit. Yang penting, aku dapat jaga mak ayah aku. InsyaAllah.

Meh aku belanja sikit gambar Faheem masa beraya kat umah bakal maksu dia. Hehe. Kesian cik tunang cuti raya kejap je.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^