tetamu kehormat

Wednesday, July 8, 2015

Lukis bas

Main photoshop lagi. Ni la kerja aku kalau dah stress kerja2 menaip. 

Ramai yang tanya, aku nak bukak bisnes bas ke? Sebab banyak buat design livery bas siap nama syarikat TigaBelas lagi. Haha. 

Sebenarnya aku belum terfikir nak bukak bisnes bas lagi. Ni sekadar nak puaskn hati kat photoshop je. Hobi main photoshop ditambah minat kat bas dan lori. So, ni la yang terhasil. Hehe.

Nama TigaBelas? 13 tu kod untuk Sarawak. 13 gak tarikh perkahwinan mak ayah aku. Disebabkan takde lagi syarikat guna nama ni, aku guna la untuk conteng2. Sebab tu macam2 logo + jenis tulisan aku guna. Saje je la nak asah bakat. Kot2 lepas ni ada yang mintak design untuk bas diorang. Haha. 

Vector bas yang aku guna ni, aku buat sendiri berasaskan gambar real yang aku amik dalam FB. Aku banyak guna model SKS E5 ni sebab antara body pebret aku. Simple +  elegant. Pasni nak try atas body Scomi Irizar lak. Tapi yang tu rumit sikit. Lekuknye banyak beno.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^