tetamu kehormat

Wednesday, July 8, 2015

Laptop melingkop

Sebelum cuti haritu laptop aku dah selamat tukar harddisk. Masa cuti haritu lak, laptop aku dengan selamatnya mengalami error berpanjangan. Asyik restart je manjang.

So, dengan perasaan gundah gulana dan rasa macam nak tumbuk, aku sumbat laptop aku dalam beg. Sampai sekarang beliau duk dalam beg. Malas dah aku nak belek2 lagi. Nasib ada sahabat aku ni bagi guna laptop lama dia.

Sekarang ni sibuk dengan action research je. Tiap hari mengadap AR ni tak habih-habih. Demi masa depan, terpaksa la abaikan masa nak enjoy. Semester akhir dah ni, bukan macam dulu-dulu. Pastu ditambah dengan hal-hal panas yang tetiba wujud, kengkadang rasa stress tu memang datang. Kalau tak reti nak handle, awal-awal dah makan tengahari dalam bulan puasa ni. Hehe.

Terima kasih mak ayah yang dah banyak berkorban untuk aku. Korban masa, tenaga, duit. Memang tak ternilai. InsyaaAllah aku tak akan hampakan harapan diorang. Terima kasih gak cik tunang yang bertambah rajin bagi kata semangat. Haha. Nasib baik dia paham.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^