tetamu kehormat

Saturday, May 30, 2015

Yang 3 tetap 3

Apa yang 3? Err maaf bukan madu 3. Hehe.

Kenangan kami di UPSI. Pengantin baru yang pakai tie pink.
Semalam perabih masa merayap sekitar Ipoh. Perancangan awal aku nak jumpa si bakal pengantin nak bagi hadiah. Tapi memandangkan yang sorang lagi ada kat Ipoh gak, dan tiga2 tengah tak tau nak buat apa, so memang abih masa merayap dan melepak.

Alhamdulillah kami tetap bersama. Bila luang masa bertiga, teringat balik semua kenangan. Kenangan kami sebagai sahabat. Sebelum ni semua benda buat bertiga. Nasib baik la masuk bilik air tak bertiga gak. Haha. Tapi bila dah tinggal rumah sewa, masing2 sibuk, jarang dah nak luang masa.

Apa pun, inilah kami. Adik, abang, keluarga. Suka duka kami kongsi bersama. In syaa Allah, ikatan ukhuwah kami akan kekal selagi masih bernyawa.

Tahniah aku ucapkan untuk Hakimi. Cepat je dia abihkan bujang dia. Seminggu je lagi, bergelar suami orang. Tinggal la kami berdua yang masih membujang. Hehe. Alhamdulillah, aku doakan semoga berbahagia dan sejahtera sentiasa. Semoga dimurahkan rezeki, dapat ramai anak. Haha. Tak sabo kami nak jadi pakcik. Minta maaf sebab tak dapat nak hadirkan diri ke majlis perkahwinan. Tiket balik kampung dah beli, kawan aku dari kecik pun kawin tarikh yang sama, pastu dah lama tak balik jumpa mak ayah. Memang aku tak mampu nak balik lambat. Hehe.

Lepas bagi hadiah semalam, tetiba lak rasa sebak. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab sedar, tak lama dah nak abih study. Lepas ni susah la nak luang masa bersama-sama.

Kepada Hakimi dan Hazira, Selamat Pengantin Baru.

Lepas ni doakan urusan kami berdua lak dipermudahkan ye. Kami pun nak bina masjid jugak. Hehehehe.....

Semoga pohonan cinta bersemi,
Daunan rindu merimbun di hati,
Di bawah rahmat dan kasih Ilahi,
Sejahtera berpanjangan sentiasa diberkati.

In syaa Allah, aku pun nak tunaikan janji. Dah 6 tahun menunggu. Hihihi.

1 comment:

  1. salam bro. sedih la kisah lu. gua respek lu. dalam kehidupan semestinya ada pertemuan dan perpisahan bro. gudluck bro untuk masa depan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^