tetamu kehormat

Sunday, May 31, 2015

Menunggu lagi

Malam ni abihkan masa di KLIA 2 lagi. Entah berapa kali dah aku berjaga malam di airport menunggu flight awal pagi. Memang dah terbiasa sangat-sangat dengan keadaan macam ni. Sabar..

Esok flight aku jam 6.30 pagi ke Kota Kinabalu (KKIA). Bertolak dari Ipoh jam 9.15 malam tadi, sampai KLIA2 jam 12.00.

Buat masa sekarang, nampak macam cuti aku kali ni akan terisi. Macam2 hal nak diselesaikan. Dari hal peribadi aku sendiri, sampai la ke hal orang lain. Hehe.



Malam ni, ditemani laptop, henset yang bateri tinggal separuh, dan buku nota kecik free gift masa main kat archery ipoh parade. Sambil tengok orang sekeliling, sambil tu aku menulis. Bila dah penat duduk, aku bangun merayau di terminal, perati je bas-bas yang ada, amik gambar. Sambil menunggu kalau2 ada Pioneer Dragoes 3 ber'chassis'kan Hino RM1ESKU. Tak pernah jumpa lagi.

Di sini la bleh jumpa orang pelbagai bangsa dan kerenah. Walau negara atau bangsa berlainan, kadang-kadang aku tetap akan bersembang dengan sesiapa yang duduk berdekatan. Hilang ngantuk. Sambil tu timba pengalaman, belajar melalui pandangan dan pengalaman orang lain. Aku bersyukur sebab Allah aturkan hidup aku macam ni. Memang suatu ketika ia adalah sesuatu yang pahit, sakit dan susah nak diterima. Tapi kalau kita redha, pohonkan berkat dan petunjuk dari Allah, in syaa Allah hati akan lebih tenang, dan memahami mengapa Allah tuliskan jalan cerita kehidupan kita seperti ini. Yang penting, ambil iktibar dari apa yang pernah aku lalui. Seringkali aku muhasabah diri.

In syaa Allah, nanti aku akan upload cerpen karangan aku sendiri, amik sikit dari cerita sebenar hidup aku. Tapi takde la semua tu cerita sebenar. Sekadar untuk hiburan para pembaca dan diri sendiri. Hehe.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^