tetamu kehormat

Saturday, May 23, 2015

Jangan bahayakan diri sendiri

Bila kita berada di jalan raya, sama-sama berhati-hati dan jaga keselamatan. Jangan harapkan orang lain yang jaga keselamatan kita.


Contoh dalam gambar tu. Brader ni amik gambar sebab dia tengok lama je moto tu follow belakang treler. Ingat, yang depan tu bukan viva, tapi treler. Bila dah follow belakang camtu, sah2 driver treler tak nampak. Bukan ada cermin tengah tu bleh tembus tengok dari depan sampai belakang.

Cuba bayangkan ada kereta tiba-tiba berhenti kat depan. Pastu treler tu pun berhenti mengejut. Dengan jarak camni, jangan heran la moto tu tetiba baring bawah treler. Bila treler besar camni, kenderaan kecik langgar belakang memang driver tak akan perasaan. Dia tak rasa apa pun. Sebab tu ada yang maki hamun driver lori langgar lari la apa la. Dah memang driver tak perasan, macamana?

So, kita kena la hati-hati. Bawak moto ni memang bahaya dia lebih. Kadang-kadang kita dah hati-hati, orang lain lak yang buat hal. Selalu dah jadi kat diri sendiri.

So, bila bawak kenderaan tu ingat diri sendiri. Jangan buat benda yang bahaya. Amik pengajaran video kat bawah.


Ni nasib baik trak pun baru keluaran 2013/2014. Memang teknologi dah canggih. Trak bergegar masa brek sebab dia apply wheel brake + engine brake. Kalau la trak tu dah lama, brek pun teknologi dulu2 yang kena brek dari jauh sebelum berenti, sah2 dah kena.

Cuba lak bayangkan bila tengah follow rapat belakang trak/treler, dia lak berenti mengejut camtu. Hmmm..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^