tetamu kehormat

Saturday, May 23, 2015

Jaga laptop macam jaga maruah

Hahaha. Mesti ada yang baca tajuk tu cakap dalam hati "Tajuk macam haremmm".

Ok tukar.

Jaga laptop macam jaga diri.

Ermm macam sama je. Lantak la. Ok aritu sahabat aku hantar repair laptop aku siap servis cuci kipas yang sejak 6 tahun tak pernah cuci. Aku tak tau la yang dapat job cuci kipas tu geleng kepala ke melelh air mata tengok habuk tebal dalam tu. Hehe.

Jangan buat memain. Sebenarnya bahaya biarkan kipas laptop tak diservis dalam tempoh yang lama. Macam sistem pernafasan untuk laptop. Kalau dibiarkan, masalah boleh jadi lebih besar. Contohnya, motherboard rosak. Kalau dah tahap motherboard rosak tu, boleh la gi kedai cari laptop baru pulak ye.

Alhamdulillah lepas dah servis laptop aku, tak dengar dah bunyi kipas turbo tu kalau aku on laptop lama-lama. Bunyi halusss je sebab bebanan dia dah ringan dan tak tersumbat.

Untuk orang-orang area Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, dan sewaktu dengannya, boleh la hantar laptop/pc ke Kissda Computer Services (link FB).

InsyaaAllah, harga yang ditawarkan memang berpatutan dan tak cekik darah merah mahupun darah putih. Selamat darah anda.


Sekarang memang banyak kedai yang buat servis pc/laptop. Tapi, jangan lupa banyak kedai yang tak boleh dipercaya. Kena berhati-hati. Zaman sekarang orang nak 'telan' duit macam-macam cara.

Aku promote kan kedai ni, bukan sebab dapat komisen atau sebab melayu ke apa. Ni sebab aku sendiri dah jadi pelanggan dan sangat berpuas hati. Puas hati dengan servis dan harga yang depa bagi. So, apa salahnya aku kongsi benda baik ni untuk semua. Sama-sama tolong.

Kalau nak tanya lebih lanjut, boleh la call / whatsapp nombor yang ada tu.

Ingat. Jaga komputer macam jaga maruah. Hihihi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^