tetamu kehormat

Sunday, May 10, 2015

Dah sibuk

Hurrmmm..

Dah jarang aku post dalam blog ni. Bukan setakat sawang lelabah je. Tikus pun dah buat rumah banglo.

Hidup sekarang dah tak macam dulu. Dulu tu banyak je masa tercongok depan laptop, duduk bersila atas kerusi, pastu tak tau nak buat apa.

Sekarang, baru nak bersila atas lantai, ada je anasir-anasir lain yang memanggil. Sibuk ngalahkan guru besor. Hehe.

Masa praktikum tak payah cakap la. Dia punya sibuk baq ang, macam apa dah. Tapi ada gak masa buat benda lain-lain. Tu kalau takde kerja nak setelkan. Tak pun kalau dah stress sangat, memang buat benda lain dulu yang takde kaitan pun ngan praktikum. Contoh paling senang, beradu fifa14 ngan kawan-kawan. Kalah menang tu cerita lain, yang penting main. Hehehe. Aku macam biasa la. Beginner yang tahap beginner. Kalah memang selalu. Menang bleh kira ngan jari je. Tapi kalau menang punya la bangga diri sampai lupa ada awek. Ooppsss!! Errr gurau je...

Satu benda aku perasan. Lepas kejadian tumpahan airmata tahun lepas, sekarang ni aku dah rasa satu perubahan yang aku sendiri tak pernah terpikir. Memang cuti aku hujung tahun lepas bawak cerita sedih. Tapi, lama-lama aku sedar, benda ni memang dah tertulis. Bak kata orang, seseorang tu hadir dalam hidup kita atas kehendak Allah. Ada yang memang dah ditakdirkan untuk menemani hidup kita. Ada gak yang Allah sengaja hantar sebagai pedoman dan pengajaran untuk kita. Aku sendiri dah faham, dan terima semua yang dah jadi. Yela nak buat camne dah. Benda memang dah nak jadi. Yang penting, ambil iktibar, dan perbaiki diri sendiri. Nampak rumit, tapi sebenarnya mudah, kalau kita berpegang teguh dan yakin ngan ketentuan Allah. Allah tahu apa yang kita lebih perlukan, dan Dia akan beri yang terbaik untuk kita.

Tahun ni tahun terakhir. So, target memang nak dapat yang terbaik. Selain tu, luang masa yang ada ngan kawan-kawan, especially kami The 3 Diablos. Kehkehkeh. Ye la selama ni dah bergila sama-sama. Pasni nak jumpa pun dah susah. Yang sorang tu dah nak kawen bulan depan. Selamat berbahagia sahabat. Teringat kata-kata DJ radio yang aku pernah dengar. Dia tersasul, "Bertunang tu manis, kawen tu sedap." Hahaha. Err maaf unsur P18 lak.

Aku pulak? InsyaaAllah, ada la aku bagitau nanti. Hihi.

Malam ni saja-saja meroyan sambil main photoshop buat outline bas. Hmm orang lain guna illustrator, aku guna photoshop. Macam nak gila pun ada. Tapi sebab dah minat aku bertembung, tak jadi nak gila. Memang aku antara peminat bas, dan minat buat design gak. Tapi setakat ni belum sampai tahap bleh dikomersialkan lagi. Hihihi. Design nak asah kemahiran, pastu kepuasan sendiri.
Lukisan outline dalam proses. Bila bab angle susah sket. Idea awal buat pintu terbukak.
Hasil dah siap. Aku suka model ni. SKS E5. Menawan hati. 
Outline untuk side view lak. Yang ni esok2 aku post hasil dia. Hehe.
Ramai yang pelik, nape la aku minat bas dan trak. Macam la aku bleh beli. Pastu ada gak yang cakap buat pe minat kat benda2 ni. Dah la bahaya kat jalan, menyusahkan orang lain. Takde faedah.

Bila dengar memang menyirap. Takpe, aku akan explain dalam entri aku akan datang. Panjang cerita dia.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^