tetamu kehormat

Sunday, May 10, 2015

Bukan pemburu kental

Dalam golongan peminat bas, ada macam-macam jenis. Ada yang rajin tu, tiap hujung minggu gi melepak kat tempat yang jadi tumpuan bas-bas parking, pastu snap gambar. Ada gak yang sanggup tunggu tepi highway/jalanraya nak snap gambar bas yang diorang jumpa. Ada gak yang jenis bila jumpa je snap. Terjumpa tu tak kira la tengah drive ke tengah melepak.

Kalau yang dah pro tu bleh masuk depoh syarikat, pastu snap gambar bas-bas yang baru. Yang jenis ni memang kasi panas punggung ahli lain. Orang baru sembang pasal bas baru, dia dah ada simpan gambar. Siap posing depan dan dalam bas tu lagi. Plastik seat puan tak bukak. Haha. Aku tabik kat yang jenis camni.

Aku pulak kengkadang je nak snap gambar bas ni. Biase la henset biasa je. Nak snap sambil bergerak, memang gambar pun hampeh la. Nak kena dapat angle, keadaan yang sesuai. Kalau aku ada dslr, dah berlambak kot gambar aku simpan. Hehe. Tapi, ada gak yang aku snap sendiri. Macam-macam jenis chassis dan coachbuilder (CB).

Otai masih mengaum..cesi merc, CB SJ Binateknik
Politeknik Ungku Omar
Cesi Nissan JP..
Rhino Airiel
Hino RK1JSLL..CB Sin Hock Leong Silibin
Zulkama Travel & Tours
Hino RK..CB SKSBus model E68 aka Travego
IPG Ipoh
Scania..body Irizar by Scomi (MTrans)..
IPG Ipoh
Isuzu NPR..mini bus
Perpustakaan Bergerak
Nur Isyam..Red Bus Group Kuala Kangsar 
SKS CP11-LW aka lemang..body SKSBus E128D
Cesi Nissan JP (mungkin)..CB Sin Hock Leong
Chemor Valley T&T 
Cesi x dikenal pasti..body Pioneer Dragoes 2..aku suka panggil naga piano
Acah2 tengah drive..tapi kantoi kaki tak pijak pedal
Aku masih amatur lagi dalam bidang ni. Tak reti sangat nak tengok jenis cesi. Nak ingat CB lagi la susah. Yang popular tu aku ingat la. Hehe.

Setakat ni aku post pasal bas dulu. Pasni mungkin trak pulak. Pasal trak ni senang sikit nak cam model sebab memang takde fotostat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^