tetamu kehormat

Saturday, May 23, 2015

Bernyawa balik

Alhamdulillah. Seminggu jugak aku stress pasal laptop aku yang tetiba buat masalah. Haritu aku try bawak gi HP service centre. Dengan penuh bersopan santun amoi tu cakap kat aku..

"Sini service centre sudah tak ada buat servis laptop ini model punya. Sebab ini model sudah lama. U bole try bawak pegi itu kedai komputer, cek dia punya harddisk."

Penat je aku bangun awal, bawak laptop aku gi sana. Ciss. Takpela model lama. Aku terima je.

Pastu sahabat aku offer hantar laptop aku kat kawan dia yang ada bukak kedai repair komputer. Aku pun dengan penuh takzim menyerahkan si lappy untuk mengadap tuan besar.

Dan akhirnya, dia bagitau aku, kena tukar harddisk baru. Bios firmware chip kat harddisk lama dah kong. Disebabkan dia bagi offer harga RM100 je, aku pun memberikan keizinan. Heheh.

Sekarang, dah dapat harddisk baru 500gb. Yang lama tu 160 gb je. Tapi tu pun tak penuh. Haaa kome pikior le cane aku leh jimat space. Tapi walaupun dapat baru, kesayuan tetap ada. Abih sume gambar, lagu, video, assignment, dan sewaktu dengannya lesap begitu sahaja bagai ombak yang menghempas pantai. Sekali sekala aku belek benda alah tu, terkenangkan sume yang aku save dalam tu. Gambar2 kenangan ngan family, member2, lesap.

Actually, harddisk tu bleh je nak bukak. Tapi kena tukar chip tu dengan yang sama model. Berjanggut la kot nak mencari.

Harddisk lama ngan board dia. 
Yang kat hujung jari aku tu, tu la bendanya yang buat onar.
Terngiang-ngiang suara najwa latif...kosong..kosong..kosonggg
Terima kasih sahabat aka buddy aku yang banyak tolong. Dia siap tolong dapatkan harga paling murah. Kos asal sume skali rm200 lebih gak. Last2 dapat rm100 je.

Takpela kosong pun. Amik pengajaran. Pasni buat backup kat tempat lain. Apa pun jadi, aku tetap sayang laptop ni. Sebab bukan aku beli sendiri. Ni abang aku bagi sempena aku berjaya masuk ipg. Bagi aku, pemberian orang tu walaupun murah adalah lebih berharga berbanding kita beli sendiri. Sebab, menghargai pemberian orang lain, sangat tinggi nilainya dan lebih bermakna pada si pemberi.

Acah-acah macam pakai laptop baru kejap.

1 comment:

  1. tulih tu tulih juga. x de promote pon kedai kami. hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^