tetamu kehormat

Friday, March 20, 2015

Banner UPSR 2015 SK Sauk







Game vs Awek

Tengah aku scroll kat FB, terjumpa gambar ni. Haha.

Kenapa aku post gambar ni? Sebab aku teringat perangai aku yang dulu. Kelentong cik adik demi nak main game ngan member. Yela kalau tak camtu takde cara lain nak main game. Haha. Kalau bagitau terus terang nak main karang, leh jadi perang dingin dua tiga hari. So, amik jalan mudah, menipu.

Takpe la tu dulu. Sekarang tak berani buat dah. Rasa bersalah kat diri sendiri. Haha. Padan muka aku.


Kalau dah buat camni, jangan tanya kenapa lak kalau awek tu buat benda sama kat lelaki. Muhasabah diri.

Thursday, March 19, 2015

Eltabina 19 Feb 2015

Tangkapan harini..

Eltabina Express
Scania
JNS 1881
S.Petani - JB - Singapore
Coachbuilder - Quality Bus Coach Sdn Bhd, Shah Alam

Muka hensem dari depan. Nampak pilot pakai jubah berkopiah kat pintu.
Pandangan belakang. Siap ada sticker opticruise.
Cockpit bas. Sebelah seat pilot ada ruang utk spare driver melelapkan mata. Pilot cakap takyah amik
gambar sebab bersepah. Haha. 

Eltabina Jaya Sdn Bhd

Sambil tu snap gak HD SuperNice ni. Terima kasih sudi angkat tangan.
Terima kasih kat abang2 pilot sebab sudi sembang2 kejap.

#Malaysia Bus & Truck Enthusiast

Wednesday, March 18, 2015

Merantaulah..

Merantaulah..
Agar kau tahu bagaimana rasanya rindu,
dan ke mana kau harus pulang..


Merantaulah..
Akan tumbuh cinta yang tak pernah hadir sebelumnya,
pada kampung halaman, pada mereka yang kau tinggalkan.


Merantaulah..
Engkau akan lebih mengerti,
erti sebuah perpisahan.


Merantaulah..
Semakin jauh tanah rantauan,
semakin kau mengerti betapa berharganya pulang.

credit to: Kami Perantau Lawas

Tuesday, March 17, 2015

Bus Design 2

Lagi design cair otak dari cawansumpak. Nama Tigabelas tu kalau orang Sarawak memang faham. Kalau tak faham meh aku nak seligi palotak dia bagi faham.

Letak logo Scania biar nampak ranggi sikit. 


Bus Design 1

Macam biasa, aku memang sensitif bila bukak photoshop. Niat hati nak design banner untuk english camp. Kesudahannya, banner sekerat jalan, design bas siap dulu.

Ingat, design ni takde kena mengena dengan kehidupan realiti sebagai seorang insan yang melata di bumi Allah ini. Suka-suka jer..

SKS e138i..malas nak letak nama..

sikit lagi nak jadi pink..syukur jiwa msih kental..

Saturday, March 14, 2015

cawan kembali sumpak

Salam..

Lama dah tak post entri ni. Sejak akhir-akhir ni sibuk je manjang ngan urusan seharian. Macam-macam hal berlaku dalam kehidupan aku dan sejak tu aku menyepi kejap dalam blog ni.

So, sebagai pembuka tirai hidup baru cawansumpak, meh belanja sikit design2 bas dan trak yang aku buat bila dah bosan. Hehehe..

Volvo FH...prime mover idaman
Scania R-series topline...kalau dapat ni pueh hati

design baju bas persiaran


design baju bas ekspres
Sebabkan minat aku kat bas dan trak, bila dah bukak photoshop pun nak buat design pasal benda2 ni jugak. Kadang-kadang kerja pun tak jalan. Haha..

Semua ni saje je aku buat nak release tension sambil hilangkan bosan. Skill2 photoshop ni kalau lama tak digunakan bleh lupa gak. Design yang aku buat ni pun takde kena mengena dengan mana2 syarikat. Haha. Rekaan je tu. Tapi kalau ada rezeki bukak syarikat transport, inshaaAllah apa salahnya kan?