tetamu kehormat

Friday, September 11, 2015

Tangkapan 11.09.2015


















Thursday, September 10, 2015

Semakin dekat

Tak sangka dah. Tinggal seminggu lebih je lagi nak luang masa dengan kawan-kawan yang dah anggap macam keluarga selama 5 tahun. Lepas ni, kami semua terpisah, bawa haluan masing-masing. Jeles gak kat kwan-kawan yang tinggal dekat2. Boleh je nak jumpa bila-bila lepas ni. Aku lak di seberang laut. Sedihhh..

Sepatutnya ada dua bulan lagi kami nak luang masa bersama. Dua bulan ok! Tapi semua tu dah tinggal angan-angan, tinggal 2 minggu. Macam-macam kenangan & pengalaman yang aku takkan lupa. Serius taknak lupakan. Kenangan ukhuwah dengan kawan-kawan. Kenangan hidup di perantauan. Susah senang, suka duka, semua ada selama aku ada di bumi Ipoh ni.

In shaa Allah. Mungkin dah Allah tentukan, inilah rezeki kami, inilah takdir kami. Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku. Aku berjanji aku berusaha untuk jumpa sahabat2 aku suatu hari nanti. Tak kisah la masa tu dah bawak bini+anak..hehehe.

Bak kata orang, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Allah jauhkan aku dari kawan-kawan, dan beri aku peluang untuk jaga mak ayah aku, sentiasa dekat dengan diorang. Tiba masa untuk berbakti kat mak ayah.



K-TESLians family

SK Sauk terbaik


Tuesday, September 8, 2015

Sidek Canopy

Sidek Canopy (Sidek Brothers)
1M4U 6554
Chassis: Hino RM2KSKA
Engine: Hino K13D
Coachbuilder: SKSBus Malaysia Sdn Bhd
Model: E128i

Ekzos penanda untuk penggemar chassis keramat

Apple Spray di mana2


Meteor Travel

Meteor Travel and Tours Sdn Bhd

WXV 6613
Chassis: SKS CP11-LW (Lemang)
Coachbuilder: SKSBus Malaysia Sdn Bhd
Model: E128i



Sebab chassis ni digelarkan 'lemang' oleh geng2 MBTE..ekzos beliau

BLJ 6613
Chassis: Hino RK1JSLL
Coachbuilder: Pioneer Coachbuilders Sdn Bhd
Model: Dragoes 2



Geng2 MBTE jugak


Tuesday, September 1, 2015

Tnah Global Resources

Tnah Global Resources
AHG 9799
Chassis: Nissan UD JA452S
Coachbuilder: Scomi Engineering Bhd



Action Research Seminar 2015

InsyaaAllah, esok dah mula pembentangan seminar kajian tindakan (action research) untuk bebudak IPG Ipoh batch 2012. Turn aku pun esok, sesi pertama.

Didoakan semoga semuanya berjalan lancar. Semoga apa yang telah kami usahakan selama ni membuahkan hasil. Lepas seminar, sedia untuk hardbound, pastu proposal pulak. Semua dalam masa yang agak singkat.

Bak kata pensyarah, sabar. InsyaaAllah ada hikmahnya.

Harini siap sedia untuk esok. Ummi aku suruh datang kenduri anak sedara dia arini pun aku terpaksa tolak. Maaf ye ummi. Ada hal yang lebih penting nak diselesaikan. Lepas bentang esok kena sedia montaj pulak lagi. InsyaaAllah untuk kali terakhir ni, aku akan cuba yang terbaik. Moga takde dah dugaan2 sebelum ni. Dah cuba nak elak, tapi tetap datang.

Semoga berjaya Unit K IPG Ipoh. Doakanlah urusan kami dipermudahkan dan mampu mencapai kejayaan.


Monday, August 31, 2015

Seranas Sembilan Enam

Seranas Travel & Tours Sdn Bhd (Seranas Group 96)
BKK 9696
Chassis: Nissan UD JA452S
Coachbuilder: Quality Coach & Bus Sdn Bhd (QBC)
High Decker 43 Seaters



Sunday, August 30, 2015

If it's meant to be, it will be



"Mak, keputusan permohonan maktab dah keluar."

"Macamana? Dapat tak?"

"Alhamdulillah dapat mak."

"Alhamdulillah. Dapat maktab mana?"

"IPG Ipoh mak."

Mak aku diam. Aku pandang mak. Nampak air muka mak berubah. Tangan yang ligat melipat kain baju, berhenti seketika. Mak pandang aku. Aku tahu apa yang mak sedang fikirkan. JAUH.

"Call ayah sekarang."

Aku pun terus call ayah yang tengah bekerja semata-mata nak sampaikan berita. Dalam masa 15 minit, ayah aku dah sampai rumah.

Soalan pertama ayah aku:

"Ko nak terima atau tak?"

Aku angguk sambil pandang ayah dan mak. Aku tau sebelum tu mak aku dah luahkan perasaan dia kat ayah.

"Camni la. Kalau kau nak, teruskan. Ayah tak paksa pegi dan tak larang nak pegi. Jauh, jangan risau cuti boleh balik. Pasal duit, simpanan ayah memang dah ada untuk anak2. Yang penting niat dalam hati. Kalau kau nak, lepas ni kita terus setelkan apa yang patut. Tapi sebelum tu, jom makan satey. Hehehehe.." ayah aku senyum lebar sambil menyampaikan mesej yang tak akan aku lupa.

Itulah kenangan aku. Itulah permulaan aku. Dari seorang yang tak pernah berniat menjadi guru, kini aku dah di penghujung cerita untuk mendapat ijazah sarjana muda perguruan.

5 tahun lebih, aku berjauhan dengan mak ayah. 5 tahun lebih, mak ayah aku menahan rindu terhadap anak2 yang jarang berpeluang untuk balik. Kali ni, insyaaAllah aku tak akan pernah pergi jauh lagi. Banyak dah petunjuk yang mampu membuktikan secara tuntas dan mutlak (uhuk..uhuk..) yang mak ayah aku dah tak tahan jauh dengan anak2.

Untuk internship kali ni, aku pilih untuk balik kampung. InsyaaAllah mungkin itu pilihan terbaik. Mungkin ada maksud tersirat yang Allah sampaikan kepada kami. Aku percaya semua ni ada hikmahnya.

Boleh la aku kawen cepat sikit. Hehehehe...

Jauh mana aku pergi, luas mana aku teroka, tinggi mana dugaan kita, berat mana tanggungjawab kita, andai itu takdir kita, andai sudah tertulis hidup kita bersama, pasti aku akan kembali kepada dirimu, yang menanti lafaz terima dari hatiku.

Saturday, August 29, 2015

TTK Tours

TTK Tours & Travels Sdn Bhd
KCG 9595
Chassis: Nissan UD JA452S
Coachbuilder: SKSBus Malaysia Sdn Bhd
Model: E128



Tangkapan 29.08.2015

Location: Lost World of Tambun

West Link atas cesi UD JP251S...piano naga

Persona Holiday berjantungkan Hino J08C

Sonia Karthika dgn jantung Hino J08C

Majlis Perbandaran Kajang

Majlis Perbandaran Kajang
BGS 3856
Chassis: Mercedes-Benz 1627 V8
Coachbuider: Transcoach / MTrans / Scomi

Kredit kepada pemilik gambar abang Khairul pilot MPK.
Orang gelar ittew "keli"
Ittew adew enjin V8..pompompom bunyiknye
Pilot mintak tolong teman buatkan draft. Demikianlah hasilnya. 

Restu Ibu


Dulu, aku pernah meninggi suara bila bercakap dengan ibu dan ayahku.
Dulu, aku pernah membantah arahan ibu dan ayah hanya kerana aku malas.
Dulu, aku pernah merajuk dan enggan bercakap dengan ibu dan ayahku, hanya kerana permintaanku tak dituruti.
Dulu, aku pernah memaksa ibu dan ayah membeli permainan kesukaanku, walau harganya bukan yang mereka mampu.
Dulu, aku pernah melakukan kesalahan besar hingga menitiskan airmata ibu, melukakan hatinya yang selama ini menyayangiku.
Dulu, aku pernah mengecewakan mereka, hingga ibu bermasam muka, menitis air mata, namun tidak pernah meninggikan suara.

Kerana aku telah lupa..
Mereka sentiasa memastikan keselamatanku sejak dari dalam kandungan hingga sekarang.
Mereka bersengkang mata menjagaku tika aku memerlukan.
Mereka tak pernah meninggikan suara kepadaku apabila marah, kerana itu cara didikan kepadaku.
Mereka sering memenuhi keperluanku, kerana itu tanggungjawab mereka.
Mereka cuba memenuhi kehendakku, kerana perasaan kasih kepada seorang anak.
Mengerah keringat mencari rezeki demi anak-anak, walau terpaksa meredah hujan lebat dan terik menghambat.
Sentiasa memohon doa demi kebahagiaan, kecemerlangan dan keselamatan anak-anak mereka.
Sentiasa berkorban demi anak-anak yang mereka kasihi dan sayangi.

Aku bersyukur, berterima kasih kepada Allah, kerana aku masih diberi peluang ini, untuk membalas jasa kedua ibu dan ayah, walau aku tahu, balasan itu tak akan setimpal dengan apa yang telah mereka korbankan.
Aku bersyukur, kerana Allah memberikan peluang untukku sedar, membuka pintu hatiku untuk kembali mengenang segalanya.
Aku berbangga, kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia.
Aku berbangga, walau keluargaku hidup sederhana, tapi kebahagiaan yang dikurnia sungguh indah.

Wajah ayahku tak menunjukkan rupa bengis. Bibir ibu sering menguntumkan senyuman manis. Walau hati mereka pernah terguris.
Itulah yang mendidikku agar lebih tahu apa erti kasih sayang dan hormat.
Itulah yang memberiku pengajaran atas kesilapan lalu.
Itulah yang mendidikku agar lebih berdisiplin.

Syukur ya Allah, aku masih ada ayah dan ibu, terus membimbingku hingga hari ini.Menjadi pendorong membakar semangatku.
Syukur aku diberi peluang untuk memohon kemaafan atas segala kesalahan dan kekhilafan lalu.
Syukur aku masih sempat untuk aku memperbetulkan diri, menebus kembali apa yang telah aku lakukan.
Sesungguhnya restu ibu dan ayah itu sungguh berharga.
Sesungguhnya doa dan redha ibu dan ayah itu mempengaruhi segalanya.
Kerana di sana terletak kunci kebahagiaan, kecemerlangan, keselamatan, dan kunci redha dari Allah SWT.

Kusampaikan salam, kukirimkan doa, kupohonkan agar ibu dan ayah sentiasa selamat dan dalam lindungan Allah. InsyaaAllah, aku tak akan meninggalkan lagi, kerana janjiku untuk menjaga.

*luahan dari hati, ditemani linangan air mata.

Friday, August 28, 2015

Bas cabut gigi

Klinik Pergigian Bergerak Daerah Kinta
AJX 2795
Chassis: Scania K250IB
Coachbuilder: Badanbas Sdn Bhd

Rasa nak order 1 jadik RV..haha




Yoyo Express

Yoyo Express
Ipoh - KLIA/KLIA2 - Ipoh
BMX 2020 / MF 105
Chassis: E5-300I
Engine: Isuzu 6HK-TCS (7.79cc, 300ps)
Coachbuilder: SKSBus Malaysia Sdn Bhd
Model: SKS E5 Modulr V1



Quest International University

Quest International University
WHR 6666
Chassis: Nissan UD JA450S
Coachbuilder: SKSBus Malaysia Sdn Bhd
Model: E68 aka Travego