tetamu kehormat

Friday, May 23, 2014

Dendam si kucing

Sedang aku sibuk menelaah nota2 classroom management, sambil mata kejap kecik kejap besar.

Baca nota pun dalam laptop je. Sikit punya maju student sekarang. Bukan apa pun. Aku malas la nak print nota beratus muka surat tu. Guna satu malam je. Tapi sebab kemalasan tu la ada gak susahnya..

Camne aku nak highlight??

Tapi perasaan malas tetap membelenggu diri. So, teruskan baca guna MS Word. Sambil memeluk bantal yang dah macam peta planet marikh.

Sesekali aku didatangi oleh sang kucing yang berlagak comel bila jumpa aku. Suka hati dia je nak naik katil. Tak bagi salam, tak tegur apa pun. Pastu buat2 manja pulak. Takpe. Aku belai2 kepala dia. Dia pulak layan je sambil mata terpejam.

Sambil tu aku teguk nescafe mild yang ntah paket ke berapa untuk hari tu. Tengok dalam bakul sampah penuh ngan paket dia je. Yang minum aku sorang..hehehe.

Tengah aku melayan perasaan blues ala2 iklan nescafe dalam tv, kucing tu bangun, toleh kiri kanan, pikir nak gi mana, terus tanpa segan silu pijak keyboard laptop aku.

"Woii!! Tak guna punya kucing. Perangai macam binatang."

Kucing tu toleh balik kat aku. Dia senyum menyindir. Dan beliau berlalu pergi tanpa sebarang rasa bersalah apatah lagi nak mintak maaf.

Aku tengok skrin.

kkkkkkllllllllfffffqqqqbbbbbbbcccccccccccczzzzzzzpppppppppssssssssssssssssddddddd``````````````

Wadafak!!

**********************************************

Tapi tu semua kenangan malam semalam. Malam ni aku dah mampu main MotoGP tanpa sebarang was-was, dan tidur tak mengira masa.

Exam sudah habis bro.

Maka berakhirnya......eh belum. Ada lagi beberapa hari nak tutup buku semester 5. Banyak gak kenangan semester ni. Dengan praktikum pertama yang boleh tahan la jugak auranya. Tido ala kadar je. Nafsu serakah makan pun turun ke tahap 2.3 skala richter kejap. Mmmmhhh kejap je pun. Pastu naik 8.9 balik.

Semester ni terakhir di asrama. Oh no!!! Tak sanggup diriku ini berpisah dengan dirimu wahai bilikku!!!!

"Woi diam lah! Aku nak tido pun tak senang. Melalak je."

Erkkk. Lupa lak roomate aku ada exam lagi esok. Kehkehkeh.

*p/s: penaip dilaporkan sedang jiwa kacau ketika menaip. haipp!! dan, tajuk entri hanya menggedik.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^