tetamu kehormat

Thursday, May 22, 2014

Anjakan paradigma

Bila aku bukak je fb arini, ramai yang duk mengeluh pasal satu kes ni. Haaa...kes apa? Ada la kes tu kan.. Hehe.

Minggu ni sibuk je pasal nak exam. Minggu lepas sibuk cari rumah sewa. Dah dapat. Cantik.

Jarak nak gi IPG, ada la dalam 5 - 10 minit je. Dapat dua tingkat, 3 bilik, kadar sewa sebulan memang rendah. Malas la nak citer kat sini kan. Hehe. Tapi memang murah tambah2 pulak nak duk 7 orang dalam tu. Cukup2 la duk hostel. Anjakan paradigma la konon. Hehehe.

Ramai yang mengeluh pasal hal ni. Takpe. Aku fikir balik, dah tiba masa kitorang pulak rasa pengalaman rumah sewa sendiri. Senior2 dah lama, guwa bila lagi? So, aku redha je la walaupun mula2 tu memang agak keberatan dan terasa sungguh membebankan.

Dah kenapa aku tulis camni.

Ok. So, malas nak pikir panjang. Teruskan dengan rumah sewa. Lepas exam esok nak kena mula kemas barang slow2. Nampak je sikit. Bila dah kemas karang tau la azab nak angkat kotak2 tu gi umah baru. 

Sambil2 tu menyempat la jugak malam ni main snooker. Jiwa kacau ke, jiwa tenang ke, ada exam ke, guwa bantai. Yang penting otak aku happy.

*************************************************

Dah lama tak membebel dalam blog ni. diam sunyi senyap menyepi sebab sibuk sangat. Kalau dalam cerita melayu tu, mesti aku tengah bizi urus tender dengan Berjaya Holdings pasal binaan reban ayam bernilai 2.5 juta. Pastu nak kena pegi teman Tan Sri main golf sambil bodek nak dapat sponsor. Sambil tu tengah layan kerenah awek a.k.a anak tan sri.

"Abang bila ada masa free. Jom la kita shopping. I nak beli fon baru. Fon lama ni dah nak abih bateri."

"Ala sayang. Abang tengah sibuk uruskan projek mega taman rekreasi 3 juta ni. Nanti2 kita pegi beli fon satu kontena ye sayang."

Haaaa tu dia aku merapu ntah apa. Ni la bahana awek fikir banyak. Takpe. Setel ini exam, guwa nak chow balik kampung tenangkan fikiran tengok muka mak ayah. Nak duduk kat tangga dapur sambil tengok ayam2 atok aku tu bergaduh nak ngorat si ayam betina. Ni ayam yang sebenar-benar ayam ok!

Balik ni karang mesti kucing aku segan nak bermanja ngan aku balik. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^