tetamu kehormat

Saturday, November 2, 2013

Lama tak mai

Salam.. Maaf la blog ni dah lama tak berupdate. Usaha nak taip tu ada. Tapi bila aku nak taip entri, dah separuh, tiba2 ada suara merdu yang memanggil ati aku nak pi baca Al-Quran. So aku tinggalkan la dunia yang fana ini. Haha. Ok tipu.

Sekarang ni aku dah ada peminat terbaru. Dah mula tertarik dengan panah memanah atau omputeh panggil archery (jangan tersembur taik gigi nak sebut dah la). Dulu perancangan nak beli tu sebab nak tubuhkan kelab, pastu nak jana pendapatan sampingan sikit. Tapi sekarang ni, aku dah macam ketagih.

Ada masa tu pi lepak dengan brader2 yang dah pro, siap dapat sponsor untuk international tournament, memang semakin tertarik tambahan lak kat bow yang indah menawan paras rupanya. Melentik semacam je. Hahaha. Tapi apakan daya ku tak mampu nak beli bow semahal itu. Guna yang biasa pun cukup la.

Ati semakin tertarik dengan traditional bow yang rupa ala2 zaman nabi @ dalam movie tu. Walaupun pelik dan nampak tak maju, tapi ada unsur lain yang buat aku tertarik. Aku sendiri tak tau kenapa. Yang ni nak memanah tak payah nak aim target sangat. Tarik, guna instinct tengok target, lepas. Kalo instinct betui, betui la arrow tu pegi. Tambah2 kalo letak gambar pemakan rasuah kat situ.

Rasanya aku nak bergiat aktif dalam bidang memanah ni. Sebab ada something yang aku pun tak tau apekebenda, dah menarik hati aku untuk meminati sukan memanah. Walaupun mula2 tu sakit tang bahu ngan belakang, tapi minat punya pasal aku redah je. Kot2 bleh tambah tough sikit lepas ni. Kehkehkeh. Aku tak suka main gym minum protein makan telur bagai semata-mata nak nampak tough. Otot je besar tapi lemah semangat hempeh jugak.

Memanah ni sukan feveret Rasulullah SAW. So, mesti ada sesuatu yang tersembunyi dan memberi manfaat untuk kita.

Monday, May 13, 2013

Friday, April 19, 2013

Screensaver problem


- Screensaver tak boleh ditukar / Can't change screensaver.

- Screensaver timeout tak boleh ditukar / Can't set screensaver timeout.

- Tak boleh aktifkan/hentikan screensaver / Can't enable/disable screensaver.

Ada beberapa lagi masalah pasal screensaver? Aku baru jumpa cara ni. Bleh buat kat PC sendiri atau kawan. Tolong menolong amalan mulia. Heheh.

**************
1. Buka Control Panel. 
2. Kat search box, taip Group Policy. 
3. Klik kat Edit Group Policy. Rujuk gambar di bawah


4. Akan muncul tetingkap Local Group Policy Editor.
5. Kat left pane, klik User Configuration Administrative Templates Control Panel Personalization.
6. Kat right pane, klik Prevent Changing Screensaver.


7. Pastu muncul satu tetingkap. Contoh dalam gambar di bawah.
8. Klik/Check kat Not Configured untuk enable screensaver change. Klik Enable untuk lock screensaver supaya user lain tak bleh nak tukar screensaver.


Setting ni digunakan kalau owner PC, komputer pejabat/sekolah dan sebagainya taknak orang lain yang guna PC tu tukar screensaver sesuka hati. Tapi bleh berlaku kat PC/laptop sendiri mungkin sakit hati. Untuk setting lain yang ada dalam list tu, bleh klik dan baca sendiri fungsi-fungsinya. 

Sekian

Saturday, April 13, 2013

Jangan ditanya.....

Malam ni nak jiwang jiwang sket..haha..sekali sekala layan....


Jangan ditanya kenapa aku pilih dia,
Jangan ditanya bagaimana aku tertarik dengannya,
Mungkin padamu dia tak sempurna,
Tapi bagiku dialah segala,
Seorang pencinta setia,
Peneman duka tawa,
Penghibur hati lara,
Cinta sayang bukan pada rupa,
Tapi dari hati yang berbicara,
Jodoh pertemuan adalah ketentuan-Nya,
Mak bapak pun dah suka,
Doakanlah kami bahagia,
Hingga akhir usia..dan buat selamanya.

Sori kalau ada yang geli geleman bila membaca..haha

Tuesday, April 9, 2013

Tersentuh seketika

Tengah sedap melantak kat satu restoran. Meja penuh ngan makanan.

Kat meja sebelah ada satu family. Mak, ayah, anak dua orang. Yang sorang tu lelaki, kecik lagi. Duduk pun guna kerusi baby tu haa.

Sambil makan aku tengok la budak tu. Comel. Haha. Di tengah sedap melayan nugget. Dan pandai pegang garpu sendiri. Makan punya makan, tetiba budak tu suapkan nugget tu kat mak dia lak. Dia kecik lagi gigit pun sikit sikit jer.

Tersentuh kejap bila tengok. Kecik2 tapi dah menunjukkan sayang kat mak dia. Dah pandai dah. Aku? Tak tau setakat ni berapa kali je aku suap makanan kat mak aku. Masa ni la rasa nak balik je.

Sunday, March 31, 2013

Panasss

"Eh, enjin keter ko dah panas sangat la. Air radiator kurang ni."

"Eh yela. Kena cepat2 tambah la ni."

*******

"Eh, ko dah lame tak solat. Api neraka tu tersangat panas ko tau tak?"

"Alaa rileks la. Esok2 ade lagi."


Bila ada yang meluahkan, orang skang ni lebih risau enjin keter panas, tapi tak takut api neraka yang jauh lebih panas.

Saturday, March 30, 2013

Sudah sampai sini

Macam tajuk lagu BPR. Hehe. Alhamdulillah semalam aku selamat sampai kat ipg terchenta. Amik bas star shuttle dari lcct ke medan gopeng. Pastu mintak jasa baik kawan aku amik kat situ. Aku ingat aku sampai dulu. Last2 diorang gak yang tunggu aku. Terima kasih la kawan kawan sebab sudi tunggu.

Senyap je asrama ni. Macam macam spekulasi aku buat.

Mungkin ramai yang balik kampung.

Mungkin ramai yang pi langkawi tengok LIMA.

Mungkin ramai yang tak bangun lagi.

Mungkin ramai yang tak balik tapi semua senyap dok sibuk ngan assignment.

Aku tak start lagi. Huwaaa. Dari bangun tido sampai skang asyik nak menguap je. Sambung tido pun best gak neh. Assignment? Nanti pikir. Lalalalaaaa

Friday, March 29, 2013

Kenangan ber-PBS

Satu kenangan yang lucu suam suam kuku sewaktu aku kat sekolah minggu lepas.

Setiap pagi ada roll-call kat sekolah. Dalam roll-call, bebudak baca sifir beramai-ramai. Sorang murid dipanggil ke depan jadi leader. Pastu ada sesi reading aloud pulak. Sorang murid dipilih setiap hari untuk baca cerita dari buku yang diorang pinjam.

Suatu hari...bila cerita dibaca separuh..

Cikgu: Ok. Kamu dengar tak cerita tadi tu?

Murid-murid: Dengaaaarrr..

Cikgu: Siapa Encik Loy dalam cerita tu?

Murid: Entaaahhh...(ada suara sorang jawab camni, degan lantang)

Cerita diteruskan sampai habis.

Cikgu: Apa penghabisan cerita ni?

Murid: Tak tauuuuuu....

Dengan selambanya dia jawab..hahaha

Terus menunggu

Kata orang, penantian satu penyeksaan. Betul la tu kot. Hehe. Dan aku sekarang ni terpaksa melepakkan diri di airport miri. InsyaAllah kul 2.20 nanti naik ke awan menuju ke kl. 



Saje je kali ni nak amik flight lawas-miri-kl. Taknak dah nak susahkan ayah aku hantar gi k.kinabalu. Kalau gi sana aku la drive. Balik kang terpaksa la ayah aku drive. Umur dah semakin meningkat. Tak tahan dah duk lama2. Cepat ngantuk. Panas. So, aku rela berkorban. Hehe.

Duk sebelah kerusi urut singgit tiga minit. Tengok je orang lain berurut dengan gumbiranya. Aku malas. Haha. 

Thursday, March 28, 2013

Sepatutnya post jumaat lepas


Alhamdulillah selesai dah PBS ke 3. Kali ni aku rasa pbs paling best sebab jiwa dan raga kami si guru pelatih dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Aku pilih sekolah kat kampung aku je sebab dah janji ngan geng bas ekspres aku tu. Kang kalo pilih sekolah lain mau dikutuk tak cukup kitab.

Berikut adalah refleksi kendiri patik. Haha.

Isnin, lepas lapor diri, melepak dalam bilik gerakan. Layan movie. Tak tau dah apa nak buat sebab hari tu memang tak akan masuk kelas. Tetiba ada mesyuarat nak buat debat ala parlimen peringkat sekolah. Nak bagi pendedahan katanya. Dan kitorang berdua yang bermuka suci lagi baik ni dengan berbesar hati telah terpaksa menerima tugas baru. Jadi guru pembimbing untuk dua kumpulan debat. Dua kumpulan lagi, cikgu BM yang dah cikgu tu jadi pembimbing.

Selasa, masuk kelas nak observe. Pertama dan terakhir. Pastu sibuk duk dalam bilik gerakan ngan anak didik yang nak berdebat tuh. Memula tu aku nak suruh la diorang fikir sendiri ayat. Aku bagi isi je. Tapi takleh harap gak. Last2 aku terpaksa buat teks untuk diorang. Masa rehat lak dapat RMT. Hehehe. Nasib la yang sediakan makanan tu sedara sendiri.

Rabu, ada meeting ngan guru-guru. Aku rasa meeting tu layak buat tengahari sebab tak boring langsung. Nak bergurau je guru-guru kat sekolah ni. Aku pun ada la mencelah sikit. Dan oleh yang demikian aku dapat job lagi. Jadi mc untuk majlis mesyuarat agung pibg sekolah. Kali pertama aku join. Kalo dulu ayah aku je rajin datang (aku tau dia terpaksa sebab pegang jawatan ydp). Pastu bebudak lak sibuk ngan debat. 

Dan........dua2 kumpulan yang dibimbing oleh guru yang tek berapa nak terlatih ni masuk final. Bukan nak bagi can aku rehat. Malam tu gak aku berkorban sediakan teks penuh untuk diorang. Pengalaman aku masa sekolah dulu, aku curahkan.

Khamis, jadi mc berskrip yang akhirnya dispontankan sebab tak faham ngan penerangan bos. Skrip yang dah sedia tolak tepi. Sebelum tu sempat gak aku gi print teks debat tu. Suruh diorang praktis. Dan hari tu semua balik awal. GB bagi kebenaran. GB gila best. Tapi petang datang balik demi nak mempraktis bebudak tu berdebat. Masa tu aku tak fikir dah nak bagi menang kumpulan aku. Aku nak train cara berdebat yang sebenar kat dua2 kumpulan. Tak kisah la sapa menang. Kat sekolah je pun. Yang penting diorang dapat belajar kemahiran dan cara berdebat ala parlimen yang sebenar.

Jumaat, final debat. Malas nak tengok sebab buat dalam bilik gerakan je. Tak happening. Biarla cikgu yang jadi hakim je tengok. Kitorang dua lepak ‘dating’ kat luar. Hehe. Kumpulan aku menang dengan beza markah 8 je. Takpe la. Tu je la kenangan aku ngan diorang. Haritu gak sibuk tolong cikgu2 yang berhempas pulas siapkan fail kssr. Pagi ni pegawai pelajaran daerah datang nak tengok. Yang siap awal bleh bersuka ria dan mengeluarkan kata2 yang mampu membuatkan guru2 lain jeles tahap gaban. 4 hari berturut turut kitorang dapat rmt. Haha. Lagi satu. Hari tu aku sorang je yang pakai baju melayu. Guru lain pakai kemeja je. Aku pun tak la paaki penuh. Baju melayu seluar slack. Malas nak tuck in.

Penat memang penat. Tapi banyak pengalaman aku dapat. Kali ni didedahkan dengan suasana sebenar kehidupan seorang guru. Haha. Sekolah yang memang sempoi. Takde pun guru yang sombong. Semuaaaa baik ati. Dan nasib baik internet sekolah ni dah improve. Lajuuuuu je. 

Sunday, March 10, 2013

Kembara seni

...konon.. Buat trip ke KL, pegi ngan lecturer seni visual, melawat pusat kraf, trick museum, balai seni visual. Takleh ke nak panggil kembara seni? Hehehe..

Best gak bila melawat tempat2 macam ni. Tengok lak karya karya pelukis pelukis yang terer terer belaka. Sampai senget senget badan aku nak meneliti lukisan tu. Tapi nampaknya aku belum memiliki kemahiran tersebut. Nampak macam kena conteng je. Tapi aku tau, walaupun lukisan2 tu nampak macam budak darjah 3 pun bleh buat, bukan semua orang bleh hasilkan lukisan camtu. Sangat abstrak, makna tersirat.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Perjalanan 2 hari 1 malam pun tak penat sangat. Ngantuk je sebab malam tu tido kul 4 pagi. Lepak, sembang ngan member, sambil menjaga keselamatan.

Tu la first time aku gi i-City, pusat kraf, balai seni visual. Dan aku tak tau la nak pegi lagi ke tak tempat2  ni. Tak sampai seru lagi.



Tuesday, March 5, 2013

Memanfaatkan peluang

Bila dah dapat baucer buku RM250 tu, selagi tak guna tak tenang lagi. Walaupun benda tu valid sampai bulan mei. Oleh yang demikian, aku ngan kengkwan bersama sama bergerak menuju ke kedai popular di ipoh parade dengan satu tujuan dan iltizam yang sama, habihkan baucer buku. Bukan selalu dapat peluang camni. Hehe.

Mula2 aku dah plan nak beli komik je. Tapi mengikut kata kata cik adik, beli buku agama, buku yang bermanfaat. Ok kali ni aku ikut cakap. Hehehe.

Pening gak nak cari buku yang betul2 berguna untuk aku. Memang semua berguna, tapi nak pilih la jugak sebab aku nak spend RM200 je. Lagi 50 nak rembat barang lain. Tapi ada lajugak terselit sekeping buku humor. Mesti maa. Aku memang suka baca buku2 yang ada unsur2 kelucuan dan ketertawaan. Kena la senyum selalu. Walau hati sentiasa murung, mulut kena sentiasa senyum. Orang lain tengok aku gumbira je memanjang. Aku? Hehehehehe

Dah habih setel, dapat lak 50 baucer popular. Takpe aku simpan dulu. Kot2 nak beli stationery ke.

Monday, March 4, 2013

Peninggalan sejarah


Haha. Aku bukanlah nak sembang pasal harta peninggalan Kesultanan Melayu Melaka, bukan jua peninggalan askar jepun. Tapi yang ni ada kaitan sikit ngan jepun.



Toyota KE10 milik atuk aku. Asal usul salasilah keturunan corolla. Kereta legend nih. Jangan naik main cium cium ngan keter2 baru. Silap2 tak berbentuk kereta baru tersebut. Tak pun ala2 origami yang baru dikutip dari tong kitar semula berwarna hijau yang diletak di sebelah bangunan pentadbiran.

Aku ada tengok gambar keter ni ngan warna asal, merah. Dalam gambar asal tu keter ni memang cantik lagi. Bleh kata bak toyota vios zaman dahulu kala. Tak silap aku ni antara kereta jepun pertama yang register jadi warganegara Malaysia. Nape la dulu2 toyota takde buat bodykit TRD.

Pernah ada orang nak beli keter ni, nak buat ala2 pimp my ride kot. Aku tengok skang ni banyak model ni dah di 'pimp my ride' kan. Cantik siot. Tapi sampai skang atuk aku taknak jual. Tak tau lak nape. Ada la kot kenangan @ kisah dia. Malas aku nak tanya lebih.

Bila tengok meter, maximum speed dia 80 km/h je. Menurut pembacaan yang aku baca dengan cara membaca, keter ni berkuasa 60hp. Kira laju la masa tu. Tapi skang ni aku tak dah tinggal berapa hp. Umur dia pun dah tua. Kuda2 tu pun dah tinggal berapa ekor je idup.

Pernah gak aku terpikir nak solek keter ni. Tapi lebih tertarik ngan keter atuk aku lagi satu, toyota crown royal saloon yang lagi ganas. Bleh ajak gaduh kalo terhantuk. Tapi yang ni muda sikit dari si corolla tu. Siap ada ABS ngan speed sensitive power steering. Pergghhh. Tunggu la aku kumpul duit nak solek. Solek satu je tak mampu nak dua. Skang ni kumpul duit nak kawin je dulu. Ehemm. Laalaalaalaaaaaa.....

Sunday, March 3, 2013

Bila ber'assignment'

Bila assignment takde, boring. Bukak fesbuk pun rasa boring gak. Tu masa takde. Bila dah ada assignment, makin rajin nak online. Tapi yang peliknya fesbuk jadi best lak. Rasa melekat taknak bukak page lain. Cehh

Kacau betul la setan2 ni. Bila nak buat baik tu la ada benda jahat menghasut.

Sekarang ni rajin je aku online guna henset sebagai modem. Best woo laju. Yang tak best 3 hengget sehari caj dia. Demi nak online tanpa gangguan, aku redah je la.

Lepas bayar repair moto tadi, aku dah buat kira2 balik. Nak tanggung hidup lagi 4 bulan. Aiseh... Makan nasi ngan telur je la lepas ni. Takpe syukur bleh makan lagi. Fikir ada orang yang lebih susah nak cari makan. Tu pun kalau dapat makan sehari sekali syukur sangat2 dah. Hmmm..

Pastu teringat mak ayah. Ntah2 diorang duk bersembur taik gigi bercerita aku kat sini sibuk study nak jadi cikgu. Aku? Elok je duduk dengar lagu, tengok movie, bukak fesbuk. Harapan mak ayah tinggi menggunung nak aku berjaya. Tapi aku nak naik bukit pun malas.

Saturday, March 2, 2013

Apakah yang terjadi?

Kalau beberapa hari ni kecoh pasal pencerobohan di Lahad Datu. Sampaikan dua orang ahli komando dah terkorban demi tugas mempertahankan negara. Memang menyayat hati.

Malam ni dikejutkan lak lagi ngan berita terbaru. Tak tau sahih atau tak. Tapi ada kawan aku update dalam fb, family dia bagitau dah terdengar bunyi tembakan di Semporna pulak. Dah merebak ke tempat lain lak ke?

Kat internet memang pelbagai spekulasi timbul. Apa pun, marilah kita sama-sama doakan agar negara kita terselamat dari segala bencana dan pencerobohan. Tak kira la kita duk kat mana, agama apa, bangsa apa, yang penting doa kita demi kesejahteraan negara. Kita takleh nak tolong askar2 tu masuk hutan, kita tolong dengan senjata yang kita ada - DOA.

Semoga semuanya selamat.

Ya Allah lindungilah kami rakyat Malaysia. Lindungilah negara kami. Selamatkanlah penduduk Sabah.

Aku harap benda ni selesai cepat. Sabah tu dah macam negeri kedua aku.

Demi mu kuda putih


Baring2 kat katil, ingat nak tido. Mengantuk je rasa. Tapi ntah berapa lama aku baring je takleh gak nak tido. Fikirkan pasal moto aku. Hehe

Bangun jap, online, search harga untuk coverset. Tak jumpa. Last2, aku tengok tangan aku, aku cek duit, ok. Stat moto, pi kedai modenas. Nasib baik la dekat je. Bincang2 sikit, ok ssetuju dengan harga.

Skang, selamat bertukar coverset bahagian depan. Sayang lak sebab takde sticker ori kriss. Tapi takpe la. Putih melepak habaq hang.

Lepas beberapa jam, setel. RM135 selamat dikorbankan. Kalau aku tak tukar rasa kesian lak bila tengok. Takpe laa. Dah suratan takdir kot. Lepas ni, jimat duit, bawak moto lebih berhati hati. Baru la aku rasa camna kawan2 aku kuarkan duit nak repair moto la, kereta la. Sebelum ni tau pinjam je. Skang dah tau camna cabaran dia.

Lepas ni nak kena register lagi sekali sebab nak dapat sticker IPG. Sticker lama takleh selamatkan.

Kuda putih ku

Arini baru aku pi tengok moto aku. Tu pun sebab nak kuar makan. Huhu sedih sat tengok beliau. Nasib baik rosak coverset je.

Coverset lampu depan - pecah

Cover depan sebelah kanan - pecah

Hujung mudguard depan - calar

Handle bengkok sikit

Baru aku ingat masa tumbang tu moto aku terhantuk kat susunan batu bata tepi jalan tu. Memang pecah laa. Alhamdulillah yang kena kepala moto bukan kepala aku.

Dah riki kat internet nak cari harga coverset. Nak pi kedai tak larat lagi. Takleh nak genggam handle moto. Tadi pun suruh member yang bawak.

Hmmm.. Baru berapa ari aku pakai moto sendiri dah ada masalah. Dugaan...

Friday, March 1, 2013

Hari Pertama Di IPG


Bila bukak twitter, jadik trending lak dalam kalangan bebudak IPG skang ngan #HariPertamaDiIPG. Haha. Macam2 cerita ada. Semua pakat cerita pengalaman diorang masa mula2 masuk IPG. Aku tak tau la sapa yang mulakan.

Kalo aku cerita memang panjang. Tak cukup nak tulis kat twitter. Hehehe. Takpe la aku guna blog aku sebagai ganti.

Hari pertama atau minggu pertama aku kat sini memang banyak kenangan. First, datang dari hotel Ipoh City naik teksi. Abang ngan kakak ipar aku hantar. Ganti mak ayah aku. Datang register, pakai kemeja lengan pendek, tak pakai tie. Masa kat hotel aku tanya kat abang aku, kena pakai ke tak. Dia pun jawab tak payah kot. So, aku dengar cakap dia. Tapi tetap aku bawak masuk beg. Dah siap ikat, tinggal nak pakai je.

Actually, ada benda aku lupa nak semak. Dalam surat panggilan, dia ada bagitau. Kena datang register pakai kemeja lengan panjang, pakai tie. Hahaha tu diaa.

Teksi takleh masuk kawasan IPG. Kalau kereta parents boleh je. Turunkan beg, tumpang letak beg kat pondok jaga. Tengok semua lelaki pakai tie, aku pun kelam kabut pakai. Sampai kat dewan nak pi register, ada senior tegur. Dia bagitau kena pakai lengan panjang. Tapi dia kata takpe la.

Dah setel register kat dewan, nak pegi asrama lak nak hantar barang. First day, memang rasa jauh sangat angkut beg dari pondok jaga ke asrama, kena naik bukit lak. Berpeluh gak aku ngan abang aku. Masa tu akak aku stay kat dewan sebab ada taklimat untuk ibu bapa. Huh nasib baik la bilik tak tinggi, tingkat satu je. Dapat lak roomate orang Sarawak gak. Pegi pejabat penyelia sama2 nak amik kunci, tapi masing2 tak tau lagi yang kitorang sama bilik. Dah sampai bilik dia try bukak kunci, takleh. Aku try, bleh, masuk terus pilih katil. Haha. Masa tu memang pentingkan diri.

Bila dah setel susun semua barang, abang ngan akak aku balik. Buka balik terus. Beberapa minit pastu diorang datang balik bawak air buah, beli kat depan gate. Huh sanggup patah balik. Dah la jauh, tengahari lak.

Seminggu orientasi, macam2 hal berlaku. Kena serah henset la. Pakai kemeja, tie, seluar track ada gak. Bangun sebelum subuh balik tengah malam. Kena tengking. Kenal2 ngan kengkawan lain.

Dari hari pertama, memang aku tak suka nak jadi cikgu. Masa tu jujur je aku cakap aku terpaksa masuk. Tapi skang ni, ada satu semangat dah meresap dalam jiwa aku. Aku nak jadi seorang pendidik. Aku berbangga sebab aku salah seorang yang Allah pilih untuk menjadi guru. Bukan sekadar cikgu, tapi sebagai seorang pendidik. Segalanya telah 'tertulis'.

Sama pulak

Cik adik bagitau.. Akak dia pun terkemalangan naik moto langgar tiang lampu. Masa? Malam aku terkemalangan tu jugak. Hehehe..

Nasib baik dia ok je. Lampu moto je pecah. Lampu moto gaduh ngan lampu jalan.

Takpe la. Satu lagi jadi pengajaran dan iktibar. Kemarin masa aku gi klinik tu ada gak sorang baru lepas eksiden. Cedera sikit kat lutut. Aku tak ingat sangat cerita dia. Yang aku ingat, dia bertembung ngan sebuah moto lain sebab kesilapan orang yang naik moto lagi satu tu. Dia baru nak pi kerja kalau aku tak silap.

Mungkin dia masih panik, terkejut atau tak tahan sakit. Nangis je kat wad emergency. Aku? Cool... Dapat lak misi cantik2. Ahahaha

Syukur sebab Allah masih selamatkan aku dari cedera lebih teruk. Takde orang lain yang jaga selain Allah. Insan yang sudi tolong tu pun, dengan izin Allah.

Burger Monsterrrr

Gambar dicilok dari fb ali kimi

Dengar nama memang gempak habaq hang. Hehehe. Lokasi, sebelah bangunan Billion, Medan Gopeng. Tempat dia memang terpencil sikit. Warung burger dia pun baru bukak.

First time makan kat sini, dibelanja oleh ayah member aku. Bedal la burger tiga tingkat (triple). Bila burger dah mai, tu diaa otak terus pikir abih ke tak nak makan. Dengan daging yang memang pejal, tebal, besau, cirit gak nak ngabihkan. Nasib la kapasiti perut dah di upgrade. Abih la jugak walaupun dah rasa nak muak.

Semalam pegi lagi ngan kengkawan lain. Sekali lagi bantai triple. Haha. Tengah menahan kesakitan lepas eksiden bleh lagi kuar makan burger. Ada gak kawan aku menunjukkan muka penyesalan bila order sampai. Sebab dia pikir daging burger tu macam daging burger biasa. Siap pass kat orang lain nak suruh abihkan.

Pendapat aku ngan tempat ni, kalau pasal kenyang memang kenyang. Sape tak kenyang aku tak tau kapasiti perut dia besar mana. Daging dia memang padat dan pejal. Tapi yang aku tak suka, cepat rasa muak bila makan. Tak tau la sebab kenyang, atau sebab daging, atau sebab sos dia. Tapi lain orang lain citarasa. Kot2 orang lain bleh bedal begitu sahaja tanpa ada perasaan.

Aku ingat nak ajak mak ayah aku datang Ipoh satu ari nanti. Dah senaraikan tempat2 aku nak bawak deme jalan2. Hehe. Adakah tempat ni tersenarai. Cheq nak pikiaq dulu.

Inilah pengajaran

Baru beberapa ari update pasal kuda besi aku, ari rabu malam, aku dah terkemalangan dengan beliau. Dalam kawasan asrama lak tu. Huhu.

Aku pun tak tau camna aku leh eksiden masa tu. Nak kata laju tak gak, 100km/j je (aku tipu). Tapi masa tu jalan berbatu kecik, kena lak lepas hujan. Tu la kot. Tak pun terlanggar lubang. Hehe. Tak tau la.

Takpe la. Aku anggap ni sebagai dugaan dari Allah. Dia nak bagi peringatan kat aku. Takpe aku redha. Nasib baik la malam tu ada insan baik hati sanggup berlari tolong aku. Walaupun lain bangsa dan agama. Lepas jatuh tu aku tak rasa sakit pun. Aku terkejut pastu tengok moto tumbang. Aku pi bangunkan moto, tengok ada pecah kat coverset sikit. Pastu yang tolong tadi tanya ada luka tak. Tengok kat siku, pergghh banyak darah. Tapak tangan, lutut ada gak. Dia tolong letak moto kat tempat parking, pastu gi umah warden. Aku suruh dia pi tolong letak moto dulu. Kalau tak arini tak pasal2 kena setel moto kena rantai lak.

Kemarin dah gi klinik, cuci luka lagi, dapat injection, dapat ubat. Beberapa ari ni aku rehat je la kat bilik. Moto pun tak jenguk lagi. Biar je la dulu.

Terima kasih la kat kawan2 yang sudi tolong aku. Cik adik aku pun terkejut bila aku bagitau malam tu. Hehehe. Risau abih dia. Tapi bak kata dia, jangan mengeluh. Ada hikmah disebalik sesuatu kejadian.

Alhamdulillah tak cedera teruk sangat. Setakat luka luaran. Tracksuit yang aku pakai masa kejadian, memang takleh nak selamatkan. Sikit lagi bleh potong untuk kain pengelap moto.

Wednesday, February 27, 2013

Dah ada kuda

Sebelum ni asyik tunggang kuda orang je. Skang ni dah naik kuda sendiri. Hehe. . .

Bukan kuda yang ada bunyi kedekut kedekut tu eh. Hok ni kuda besi jah.

Sebelum 'terdesak' ni, bleh la aku slow2 guna duit untuk beli moto. Nak amik moto hebat pun tak mampu. Cukup la sekadar sebagai pengangkutan aku. Kawan aku tolak pun dengan harga yang mampu dibayar. At least semester ni takde la aku guna duit beli benda merapu. Ada gak faedahnya nanti, especially masa praktikum. Dah jadi cikgu kang bleh la nak rembat ER6n ke. Masa ni Kriss 120sport pun rasa berharga.

Walaupun tak abih throttle bleh cecah 140km/j, aku tak sanggup nak bantai lelaju selalu. Kang enjin lak problem, rabak poket aku. Kot2 kalau jaga leklok bleh sampai ke anak cucu. Haha. Mana la tau zaman depa nanti moto camni dah tak pandang. Bleh gak jadi bahan sejarah.

Harap2 la kali ni aku bleh manage perbelanjaan aku dengan baik. Baucer buku pun dah dapat. Tapi pening tak tau nak beli apa dengan syarat 80% untuk beli buku. Buku kami takdak kat kedai laaa.

Menanti kemunculan elaun buku dan claim tiket nak sara hidup aku balik. Skang ni pun dah ala ala hujung sem. Elaun 6 bulan selamat dikorbankan tak sampai 6 minggu.

Monday, February 18, 2013

Terus bersyukur

**Entri ni sepatutnya di post jumaat lepas...

Balik dari solat jumaat, aku nak gi jumpa orang jap. Rembat je la motosikal member. Tuan dia pun tengah seronok bercuti kat kampung.

Masa otw tu, terserempak la beberapa orang pekerja bukan warganegara tengah jalan kaki dari masjid. Tak tau la depa nak balik rumah ke, nak gi makan ke. Aku pun tak tau depa tinggal kat mana. Hmmm ramai gak geng2 diorang ni. Sambil berjalan, sambil bersembang, seronok je depa ni aku tengok. Tak kisah pun kena jalan kaki jauh2. Kalau kita.....

Pastu aku terfikir. Ni la cabaran yang diorang hadapi demi meneruskan kehidupan. Datang jauh2 dari negara lain, sampai sini dapat kerja buruh. Masa nak sampai sini pun bukan senang. Tu yang datang dengan sah. Yang tanpa izin tu lak. Sampai ada yaang karam sekali dengan bot. Sebab? Demi nak cari pekerjaan nak sara hidup.

Pastu hidup kat sini pun cukup beli makanan ngan pakaian. Tak tau la berapa banyak kalau yang kirim duit gaji tu kat family kat kampung diorang.

Aku? Aku sedar. Aku sepatutnya lebih bersyukur. Walaupun hidup merantau, tapi kemudahan tetap ada. Siap ada tempat tinggal free. Duit pun dapat free. Makan pun terjaga. At least 6 bulan sekali confirm balik. Tu pun nak mengeluh lagi? Hmmm. Diorang tak tau la berapa lama baru balik. Bila raya tu ramai je geng2 diorang kat masjid.

Aku fikir pasal benda ni sampai malam. Aku semakin sedar sape diri aku. Bersyukur la dengan rezeki yang dah Allah berikan.

Friday, February 15, 2013

Urus wang tu penting

Setelah sekian lama penantian yang bagaikan satu penyeksaan, akhirnya ari ni berakhir lah penantian tersebut. Haha. Elaun kesayang dah masyuukk. Sebelum ni asyik bising kat fesbuk pasal elaun tak masuk lagi. Arini kurang sket. Semua dah bizi berkerjasam melawat saudara ATM yang terlantar di pusat2 membeli belah. Rasanya arini gak 'doktor' dia rawat.

Elaun. Walaupun free takleh nak sukati joli. Jumlah bukan la banyak sangat. Banyak masa terima je. Tapi kena beringat tu untuk 6 bulan. Awal2 dah sedia list benda2 nak dibayar. Adeh. Sakit perut jap bila kira belen elaun untuk keperluan lain. Especially, tiket flight balik cuti.

Arini aku dah terkesima sebentar. Dalam masa 4 jam, harga tiket naik RM1++. Aduyai...

Thursday, February 14, 2013

Jangan lepas tangan

Sekadar renungan. Perkara ni aku ambil iktibar dari pengalaman orang lain.

Bila kita dah berada di atas, berjawatan tinggi. Jangan la memandai nak tunjuk kuasa. Suka hati bagi arahan kat orang bawahan. Sedangkan kita sendiri tak pasti perkara tu salah atau tak. Orang bawahan macam biasa la. Kalau tak ikut cakap, kang ada yang blacklisted. Terpaksa je la ikut.

Pastu bila dah salah, yang tadi elok suruh orang buat tu, buat ni, lepas tangan camtu je. Tak ngaku salah dah. Boleh lak kata orang bawah tu salah sebab dia yang buat.

"Yang ko buat benda tu kenapa? Salah ko la tak fikir dulu sebelum buat."

Memang sakit ati kalau kena camni. Kalau 'orang paling atas' ada timbangrasa ok la. Bawak berbincang pasal hal ni. Kalau tak, yang 'bersalah' la kena tendang. Yang 'tak bersalah' hidup senang.

Pernah terjadi kat bapak aku. Manager bapak aku suruh buat perabot, guna kayu syarikat. So, bapak aku buat je la. Ingatkan nak una kat ofis ke. Tetiba syarikat tuduh bapak aku guna kayu untuk kepentingan diri sendiri. Huh?? Lepas tu masuk court. Bapak aku pun first time naik turun mahkamah sebagai tertuduh. Alhamdulillah Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Bapak aku jujur je bagi keterangan. Last2 manager tu dibuang. Rupanya dia guna perabot tu untuk rumah dia sendiri.

Bila dengar orang lain alami masalah ni, serius aku rasa nak marah.

Tuesday, February 12, 2013

Windows hybrid shutdown

Sapa kata keter je bleh hybrid. PC pun dah ada istilah hybrid skang ni. Haha.

Hybrid shutdown @ Hybrid startup @ Fast startup @ Fast boot . . . dan sewaktu dengannya..

Semua ni teknologi baru yang diperkenalkan oleh Microsoft. Benda ni ada dalam Windows 8 yang baru tu haa. Yang skang ni aku still godek2 setting dan bermacam benda sebab nak tau apa yang baru.

Aku tengok kat internet ada gak yang tanya pasal laptop diorang bila shutdown macam tak fully shutdown. Laptop dah senyap, cooler/mouse masih aktif menyala. Aku pun memula alami benda ni. Awal2 tu aku fikir mungkin canggih sangat kot, takde apa2. Tapi lama2 aku risau lak sebab laptop tak fully shutdown. Semua connected device masih aktif. Apekehal?

Selepas beberapa usaha menggodek dan membaca, aku ada cara camna nak off 'kecanggihan' tersebut. Sonang yo.

Klik How to Turn Off Hybrid Shutdown.

English version

Tutorial: How to turn off hybrid shutdown Windows 8 (English)


Mouse over the battery icon on system tray. Left-click on the icon, then select 'More power options'.


Then, you will see the 'Power options' window. 
On the left-pane, click on the 'Choose what the power buttons do'.


Then, you'll see the 'System settings' window.
You need to click on the 'Change settings that are currently unavailable'.


After that, scroll down and look at the 'Shutdown settings'. Uncheck the box for 'Turn on fast startup'.
Click 'Save Changes'.

Now, you can shutdown your PC and notice the difference. 

**Click on the images for larger view**

Tutorial: How to turn off hybrid shutdown Windows 8


Gerakkan cursor ke icon 'Battery', klik icon, lepas tu klik 'More power options'.


Lepas tu akan keluar tetingkap 'Power Options' macam kat atas.
Klik kat 'Choose what the power buttons do'.


Lepas tu muncul tetingkap 'System Settings'. 
Klik kat 'Change settings that are currently unavailable'


Lepas tu, scroll ke bawah dan anda bleh lihat seperti dalam gambar.
 Uncheck / Untick pada 'Turn on fast startup'.

Klik 'Save changes'. Pastu shutdown laptop/PC. Anda akan lihat perubahan.

**Klik pada gambar untuk paparan lebih besar**

Monday, February 11, 2013

Midnite futsal

Adeh..ponat..huhu.. Dah sebulan lebih baru terbukak balik hati aku nak main futsal malam. Dah boring sangat tak tau nak buat apa. Member2 semua pakat balik ramai2. Mentang2 la cuti seminggu. Tinggal la kami yang di seberang lautan. Kasut futsal aku takde. Macam biasa bantai je kasut joging yang pada hakikat hikayat hidupnya sebenar dihasilkan untuk bermain badminton.

Tapi sampai sekarang aku rindu kat kasut Yonex yang aku beli cuma berharga RM90 (tak tau la ori ke tak) tapi pakai memang layan. Dua tiga jam terlompat terkinja tapak kaki tak sakit. Tapi sayang ia hanya tinggal sebuah kenangan silam.

Lama tak update blog. Hehe. Sebab dalam proses mula untuk menggunakan Windows 8. Best woo pakai windows ni. Aku rasa senang sket nak cari barang. Pastu aku rasa laptop aku laju cikit bila buat kerja. Orang kata 'tiles' dia kat start menu tu mengelirukan. Bagi aku, ok je..Sebab benda tu sebenarnya lebih memudahkan dah bila tengok..fuuyooo...hehe.. Baru guna memang problem. Lama sikit, bleh melekat.

Dua tiga ari ni aku rindu kat family aku. Iye la orang lain bergumbira balik umah jumpa family. Kitorang sini bergumbira hanya bila berada atas court atau padang. Makan pun muka monyok... Aritu mak aku kata nenek aku tak sihat. Ermm. Sian nenek aku. Rindu sangat2 ngan dia. Walaupun dah tua, nenek aku baik je. Never2 marah. Tapi ada cara dia nak didik tanpa memarahi. Moga2 family aku baik2 je kat sana.

Sunday, January 27, 2013

Khalifah - Sayangilah Aku

Sayangilah aku,
Walau sesaat itu cukup untukku,
Bisikkanlah aku,
Kata-kata cinta yang indah padaku.

Ooh, terimalah diriku hadir dalam hidup mu,
Walaupun ku tahu,
Aku dosa-dosa mu,
Itulah takdirku.

Kasihanilah aku,
Agar jelas cahaya di depan mataku,
Kau pandanglah aku,
Agar bisa kau selami hati kecilku.

Ohh, mungkinkah aku hanya,
Sesalan cintamu,
Terlanjur memanggilku dan terburu nafsu,
Lalu membunuhku.

Oh tuhan,
Tiada siapa yang tahu betapa deritanya aku,
Menahan sakit zahir dan batinku,
Tapi tetap ku lafazkan kalam suci dari nurani,
Ku unjukkan pada ilahi robbil izzati,
Semoga dosa-dosa ini diampuni.

Insan fahamilah diri ini,
Aku tak mengerti jika aku disakiti,
Kering air mata ini,
Tanpa disedari akhirnya terhenti,
Suara tangisan ini seketika didengari,
Kini tiada lagi.

Sayangilah aku,
Walau sesaat itu cukup untukku...


*Lagu ni berkenaan kes pembuangan bayi. Ni macam luahan hati bayi yang dah dibuang dengan kejam oleh orang2 yang takde perikemanusiaan. Aku suka ngan band ni. Banyak lagu yang lebih bersifat kerohanian walaupun rock. Hehe.

Thursday, January 24, 2013

Kembali berPengakap

Dah lama aku tinggalkan pengakap ni. Sekolah rendah dulu je aku join. Dah masuk sekolah menengah aku curang ngan pengakap, masuk KRS. Tu pun jarang nak datang perjumpaan. Hehe.

Sekarang dah masuk pengakap balik. Dan memandangkan pengakap antara unit beruniform yang paling aktif, so yang join pun kena la aktif gak. Ok satu lagi cabaran baru.

Kat IPG kitorang masuk Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (MPKLM). Lepas ni blog aku jadi blog untuk info pengakap la. Kerja sampingan. Ehe

Saturday, January 19, 2013

Anak penoreh getah

Yess!! Aku tak malu nak mengaku aku anak penoreh getah. Dari aku kecik sampai la besau mak aku jadi penoreh getah berpengalaman dan mendapat anugerah dekan. Hehe. 

Masa aku masih comel lote dulu ayah aku kerja gaji kecik je. So nak bantu cover kewangan family, mak aku pegi la menoreh. Dari kecik dulu mak aku dah reti nak toreh pokok getah tu haa. Atuk aku ada 5 ekar kebun getah. Pilih je nak yang mana. Pastu mak aku dah stop menoreh sebab nak jaga aku ngan abang aku. Lepas tu tak sihat lak. Bila harga getah tetiba naik harga jadi 5 hengget sekilo mak aku dah tak senang duduk. Kerusi gintell dengan sistem urutan octopus pun takleh nak senangkan ati mak aku masa tu walaupun kerusi urut tak muncul lagi. Last2 aku la jadi peneman mak aku melawat apek tokei kedai nak beli pisau menoreh yang mak aku lebih suka panggil 'pensel'. Pastu follow lak dia pi kebun getah nak 'buat pelan'. Maksudnya nak buat alur menoreh kat pokok getah tu. Masa tu aku stat fikir. Maybe penoreh getah tak berpelajaran tinggi. Tapi berpengetahuan tinggi. Belum tentu CEO yang duk dalam ofis ber ekon ngan laptop apple sebijik tau cara nak menoreh. Tu yang aku hangin satu badan bila 'orang atas' memandai nak rendahkan 'orang bawah'. Memandangkan pokok2 getah kat kebun atuk aku dah tua, memang banyak la jerawat timbul. Tu pun kena ada kemahiran gak nak gerakkan tangan nak elak pokok tu 'luka'. Susah woo. Dah la tanah tak rata. Silap pijak memang kaki terperosok kat celah2 akar pokok. 

Sekarang ni mak aku masih lagi menoreh. Dah sebati dah jiwa dia ngan pokok2 getah tu. Pernah tak pegi menoreh sebulan sebab asyik hujan pagi + banyak kenduri kawen + layan cucu. Pastu mak aku dah gelisah pikir pasal pokok2 tu. Dah lama tak melawat. Hehe. Aku suka follow mak aku. Tapi nak menoreh tu tak la. Aku tak reti nak lembutkan tangan. Setakat tolong kutip susu getah pastu tolong mesin boleh la. 

Umur mak aku dah cecah 59 tahun. Tapi semangat tu tetap ada. Kengkadang aku sedih bila terkenang susah payah mak ayah aku nak cari duit nak tanggung family kitorang. Aku lak tau nak habihkan duit je. Serius aku tak sabar nak tengok diorang duduk rehat kat rumah, tak perlu pikir pasal nak cari duit. Biar aku ngan abang aku je yang support. Memang jasa ibu bapa takkan terbalas. Tapi kita mesti buat sebaik mungkin untuk berbakti kat diorang. 

Sunday, January 13, 2013

Demam oh demam


Kononnya hujung minggu ni aku nak berehat dengan aman dan tenteram dihiasi dengan kicauan burung dan deruman bunyi speaker layan movie2. Tapi apakan daya. Segalanya bukanlah kita yang menentukan. Virus selesema telah berjaya menyerang aku ari Jumaat lepas. Mereka telah meraikan kejayaan ini sehingga mengakibatkan aku demam panas sejuk (bukan sepoi2 bahasa ibunda) sepanjang hari. Nak buat apa pun tak larat dah. Nak beli nasik pun kirim kat member2 je.

Nasib baik la sekarang dah ok. Selesema je tak ilang lagi. Hujung minggu nak rilek sepuas hati, terpaksa la diupgrade dengan kerajinan aku nak makan ubat. Tu pun mak aku pesan jangan malas makan ubat. Kalau tak sah2 aku malas. Hehehe..

Harap2 la aku cepat sembuh. Sekarang dah start tugasan menimbun setiap masa tak kira ribut ke musim bunga. Memang jarang la nak dapat rehat cukup. Huhu.

Tuesday, January 8, 2013

Movie hari ini - CZ12

Beberapa jam yang lepas aku ngan geng sesumpah kungfu aku gi merayap kat aeon station 18. Niat? Ada orang belanja tengok wayang. Hehe. Aku bab2 dibelanja ni on jek. Kitorang pilih citer CZ12. Alaa citer bespren aku masa sekolah dulu, Jackie Chan. Ni sebab support member la sanggup pi wayang tengok citer ni. Haha..


Bagi aku, citer ni takde yang patut dikutuk. Memang best. Dengan lagak ngeri dan seram dan kecut perut, ada lak unsur2 humour, memang tak boring. Kejap2 kagum, kejap2 gelak.

Kalau nak bagitau jalan citer memang la tak best kalau belum tengok kan. Haa. Aku pun tak tau la citer ni akan ada kat pawagam sampai bila. So sesapa yang tak tengok lagi bleh la segera melawat akak2 comel yang jaga kaunter tiket wayang tu dan beli la tiket untuk citer ni.


Sunday, January 6, 2013

Permulaan 2013

Dah lepas menelaah sekeping roti canai diserikan lagi dengan secawan nescafe 3 in 1 yang dibancuh dengan penuh iltizam, at last dapat gak aku menembusi kekebalan benteng pertahanan wifi yang selama ini menjadi topik hangat dan buah mulut para pemimpin kanan parti tak-memiliki-broadband-sendiri nasional. Eh jap. Ingat tau jangan amalkan minum 3 in 1 walaupun ianya senang disediakan dan sedap ditelan. Ada la kesan tak baik beliau. Rajin2 la pegi dapur amir cawan, buh nescafe, buh gula, air panas, susu, gaul sehingga sebati dan masukkan ke dalam perut. Sekali sekala takpe.

Dah lama aku menanam cita-cita nak online tapi kekangan2 yang aku hadapi dah membantutkan impian murni tersebut. Alhamdulillah dah masuk tahun 2013. Bermula cabaran baru. Tahun ni dah start belajar pendidikan seni. Dulu memang dengan penuh yakin dan percaya aku tak suka psv sebab tangan aku lebih suka memegang tukul dan cangkul berbanding memegang berus lukisan dan pensel pelbagai B. Tapi takpe. Berkat sokongan dan dorongan Dato Dr Fadzilah Kamsah, aku anggap ni sebagai satu cabaran dan peluang aku untuk belajar seni. Mari melembutkan tangan yang keras ini. Korang caya tak beliau pernah bagi sokongan kat aku. Haha. Jangan tak percaya. Setiap minggu aku dapat kata-kata semangat dari beliau. Iye betul.

Awal2 sem ni kena la berjimat lagi. Elaun tak tau lagi bila nak dapat. Buat masa sekarang bila poket kering pandai2 la buat suara comel nak pinjam duit kat mak ayah. Walaupun tak bergaji besar, ayah aku still dapat jaga  family kitorang ngan baik. Kengkadang orang berpendapatan berpuluh ribu sebulan pun tak hidup bahagia. Alhamdulillah rezeki Allah tu pelbagai. Kalau bukan kesenangan, Allah bagi kebahagiaan.

Selagi assignment belum ada ni, hujung minggu memang untuk makan tidur je lah. Dah la cuti aku berjaya mengumpul lemak dek kerana kerajinan sedara mara aku menghidangkan daging lembu buat kenduri kawin. Aku lak tak tau lagi bila nak kawin. Haha. 

p/s: aku dapat kata semangat dan dorongan dari Dato Dr Fadzilah Kamsah bila duk depan tv tengok program beliau. beliau banyak bagi motivasi dan semangat untuk para penonton. hehehe