tetamu kehormat

Saturday, November 3, 2012

Weekend yang menggerunkan

Exam arini dah setel. Esok paper last untuk sem ni. Aku tak tau la apa nak jadi ngan exam aku semester ni. Berdoa je lah aku lulus. Seram sejuk aku.

Revision, dah. Faham, dah. Baca doa masuk dewan, dah. Dapat kertas soalan, bukak, ok tengok dah terpikir jawapan. Tunggu arahan dari pengawas untuk stat jawab.

Ok stat jawab. Hah?? Tetiba otak aku jem. Jawapan yang tadi aku dok pikir dah ilang. Nasib aku bleh ingat sikit2. Aku tulis laju2. Aku tak tau apa dah jadi. Otak aku betul2 sangkut. Nak goreng esei pun aku takleh, tetiba. So, yang aku tak ingat memang tak berjawab. Bukan sengaja nak kosongkan. Aku ingat nak tulis je apa yang aku bleh pikir. Tapi aku takleh pikir apa dah.

Aku tak tau la apa yang jadi arini. Sedih je tengok banyak ruang tertinggal kosong. Kecewa. Huhu.

InsyaAllah esok paper last, nak buat yang terbaik. Biar la yang dah jadi arini. Kalau sebelum ni aku main tibai je tulis apa yang aku tau Penuh je semua.

Tak terpikir nak balik lagi. Risau masih ada.

2 comments:

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^