tetamu kehormat

Friday, November 9, 2012

Nak cuti

Yeah!! Dah nak start cuti. Tak sabar weh nak balik. Hehe. Walaupun baru berapa bulan je lepas cuti raya. Bila dekat cuti sah2 tak sabar nak balik kampung.

Tiket flight dah dapat. KL ke KK esok pagi. Malam ni dah kena gerak dari Ipoh. Sobsobsob... Babai ipg ku tersayang....

Satu je perangai aku yang tak ubah. Malas nak packing. Haha. Sampai skang ni aku tak prepare apa lagi. Aku kalau bleh nak balik terus je. Tak payah la nak packing bagai. Kalau ada bini kan ke best. Ada gak yang bleh tolong. Hahaha.

Hah. Lagi satu aku perasan. Kawan aku pun perasan gak. Bila dekat cuti mesti aku akan selalu tersasul cakap speaking brunei. Heh. Tak tau la nape. Selalu je jadi. Aura hometown tercinta kuat sangat kot.

Cuti ni ingat nak kerja la. Tu pun kalau aku rajin. Nak cari income. Tak kan la nak biar cuti sebulan terbazir macam tu je. Bleh gak guna duit nak support sem depan kalau elaun keluar lambat. Mak aku kata kalau nak kawin awal kena la menyimpan awal. Ok kali ni aku dengar 100% cakap mak aku. Haha.

Malam ni stay kat LCCT lagi la macam biasa. Bila la gamaknya LCCT nak buat asrama untuk orang2 macam kitorang ni eh? Bleh la menanti dengan penuh keselesaan dan kesabaran. Silap2 bleh tertinggal flight pagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^