tetamu kehormat

Wednesday, November 7, 2012

Kenangan

Dua tiga ari lagi dah nak cuti. Member2 ramai dah yang berangkat balik. Kat pesbuk pun ramai dok sibuk cakap pasal cuti. Rindu nak balik la. Packing la. Sedih la. Tapi ada lagi yang tak abih exam. Hehe.

Berakhir semester ni, dengan rasminya berakhir la tugas aku jadi KU. Sem ni la yang paling stres aku penah rasa. Macam2 hal terjadi. Apa yang aku boleh buat. Senyum, think positive, buat.

Teringat ari pertama. Aku dah kuar nak gi makan. Dah jauh dah. Nasib belum makan je. Tetiba ada call bagitau ada perjumpaan KU masa tu. Kena la patah balik. Ok. Dah rasa.

Sepanjang sem, tugas tak abih, cari kelas. Sebab sem ni ada intake baru, kelas lak kurang. So kena la share. Pastu bila jadual tu bertindih ngan kelas satu lagi. Kena cari bilik kuliah lain. Nasib baik pastu kitorang bincang, tetapkan bila kitorang guna, bila diorang guna.

Memang banyak cabaran jadi ketua. Pengalaman ni banyak mengajar aku jadi lebih sabar, bertanggungjawab, hargai masa. Cabaran tugas kat ipg, tambah lak masalah peribadi. Memang mencabar. Lepas ni nak jadi cikgu, lagi banyak cabaran. Nak jadi ketua keluarga lagi. Uhukk. Ehemm...

Yang aku pasti, bila kita dapat selesaikan satu tugas tu, konpem ati rasa tenang, hepi, puas hati. Tu yang best tu. Nak laksanakan tu memang penat. Tapi bila dah siap, puas je rasa.

Ni yang aku suka buat kerja ni. Masa PBS meeting aku escape. Gotong royong aku mai.

2 comments:

  1. ok apa jadi ketua dapat byk experience kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..tu yang rasa best je..rasa nak jadi ketua lagi..haha

      Delete

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^