tetamu kehormat

Tuesday, November 6, 2012

Cari tempat makan

Lepas2 raya aji ni rajin lak kedai2 makan kat area ipg ni tutup. Yang tutup tu lak makanan dia sedap dan murah. Cuti tak abis lagi ke.

Yang ada bukak, dua je. Tu pun servis tak memuaskan. Kengkadang terpaksa la kitorang cari tempat lain. Jauh. Nasib baik ada keter. Yang jalan kaki? Pasrah je lah.

Kengkadang merungut gak ngan layanan kitorang dapat. Pernah tu dah lebih sejam kitorang tunggu baru dapat nasi. Katanya terlupa. Haishh. Kalau kaki saman sah2 dah kena saman. Ada gak yang tak best. Kitorang dulu sampai, orang yang order lambat dapat dulu. Apakah??

Aku sebenarnya nak tegur je masalah2 ni. Yelah. Kalau terus camni bila nak maju. Layanan kepada pelanggan sesangat mengecewakan. Kalau masalah lambat sebab ramai sangat orang tu ada maaf gak.

Nasib baik la dah nak cuti. Kengkadang kesian gak tengok student lain terpaksa jalan kaki nak cari tempat makan. Alih2 semua tutup. Last2 singgah beli maggi. Tak pun burger.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^