tetamu kehormat

Saturday, November 10, 2012

Penantian menanti

Haihh. Ngantuk weyh duk kat airport nih. Dah la dalam bas tak berapa nak tido. Ni nak tunggu sampai kul 10. Nasib baik la jumpa soket. Kalau tak memang tak bernyawa sang lappy aku.

Dengar2 kat Lawas arini blackout. Haha. Baru cadang nak menggunakan segala kemudahan di henset. Ni dah pikir balik. Kena la berjimat. Sampai umah kang banyak nak buat laporan ketibaan.

Aktiviti semasa. On laptop, main game, online, off laptop, tengok muka kawan, jeling sana sini, tackle awek, boring, on laptop balik. Kalau ada orang belanja kepsi ke mekdi masa ni best gak.

Sampai je aku kat rumah kang dengan rasminya aku mengumumkan akan jarang la aku nak update blog neh. Entah2 dua tiga ari nak stat kuliah baru aku terupdate. Bizi melayan kerenah keluarga dan anak2. lalala..


Friday, November 9, 2012

Sedia sudah

Huhu. Malam ni dah nak berangkat ke LCCT. Katanya bas gerak kul 10 malam. 3 bijik bas sekali gerak. Sabar ko LCCT. Sket lagi bebudak borneo IPG Ipoh datang menyerang. Aku yakin nanti sume turun bas muka ngantuk ala zombie..

Doakan la keselamatan perjalanan kami ye. Nak jumpa family nih. Tak sabar dah.

Kepada yang bercuti, selamat bercuti. Kepada yang tak bercuti, selamat meneruskan perjuangan. Nanti ada la tu cuti.


Nak cuti

Yeah!! Dah nak start cuti. Tak sabar weh nak balik. Hehe. Walaupun baru berapa bulan je lepas cuti raya. Bila dekat cuti sah2 tak sabar nak balik kampung.

Tiket flight dah dapat. KL ke KK esok pagi. Malam ni dah kena gerak dari Ipoh. Sobsobsob... Babai ipg ku tersayang....

Satu je perangai aku yang tak ubah. Malas nak packing. Haha. Sampai skang ni aku tak prepare apa lagi. Aku kalau bleh nak balik terus je. Tak payah la nak packing bagai. Kalau ada bini kan ke best. Ada gak yang bleh tolong. Hahaha.

Hah. Lagi satu aku perasan. Kawan aku pun perasan gak. Bila dekat cuti mesti aku akan selalu tersasul cakap speaking brunei. Heh. Tak tau la nape. Selalu je jadi. Aura hometown tercinta kuat sangat kot.

Cuti ni ingat nak kerja la. Tu pun kalau aku rajin. Nak cari income. Tak kan la nak biar cuti sebulan terbazir macam tu je. Bleh gak guna duit nak support sem depan kalau elaun keluar lambat. Mak aku kata kalau nak kawin awal kena la menyimpan awal. Ok kali ni aku dengar 100% cakap mak aku. Haha.

Malam ni stay kat LCCT lagi la macam biasa. Bila la gamaknya LCCT nak buat asrama untuk orang2 macam kitorang ni eh? Bleh la menanti dengan penuh keselesaan dan kesabaran. Silap2 bleh tertinggal flight pagi.

Wednesday, November 7, 2012

Kenangan

Dua tiga ari lagi dah nak cuti. Member2 ramai dah yang berangkat balik. Kat pesbuk pun ramai dok sibuk cakap pasal cuti. Rindu nak balik la. Packing la. Sedih la. Tapi ada lagi yang tak abih exam. Hehe.

Berakhir semester ni, dengan rasminya berakhir la tugas aku jadi KU. Sem ni la yang paling stres aku penah rasa. Macam2 hal terjadi. Apa yang aku boleh buat. Senyum, think positive, buat.

Teringat ari pertama. Aku dah kuar nak gi makan. Dah jauh dah. Nasib belum makan je. Tetiba ada call bagitau ada perjumpaan KU masa tu. Kena la patah balik. Ok. Dah rasa.

Sepanjang sem, tugas tak abih, cari kelas. Sebab sem ni ada intake baru, kelas lak kurang. So kena la share. Pastu bila jadual tu bertindih ngan kelas satu lagi. Kena cari bilik kuliah lain. Nasib baik pastu kitorang bincang, tetapkan bila kitorang guna, bila diorang guna.

Memang banyak cabaran jadi ketua. Pengalaman ni banyak mengajar aku jadi lebih sabar, bertanggungjawab, hargai masa. Cabaran tugas kat ipg, tambah lak masalah peribadi. Memang mencabar. Lepas ni nak jadi cikgu, lagi banyak cabaran. Nak jadi ketua keluarga lagi. Uhukk. Ehemm...

Yang aku pasti, bila kita dapat selesaikan satu tugas tu, konpem ati rasa tenang, hepi, puas hati. Tu yang best tu. Nak laksanakan tu memang penat. Tapi bila dah siap, puas je rasa.

Ni yang aku suka buat kerja ni. Masa PBS meeting aku escape. Gotong royong aku mai.

Tuesday, November 6, 2012

Cari tempat makan

Lepas2 raya aji ni rajin lak kedai2 makan kat area ipg ni tutup. Yang tutup tu lak makanan dia sedap dan murah. Cuti tak abis lagi ke.

Yang ada bukak, dua je. Tu pun servis tak memuaskan. Kengkadang terpaksa la kitorang cari tempat lain. Jauh. Nasib baik ada keter. Yang jalan kaki? Pasrah je lah.

Kengkadang merungut gak ngan layanan kitorang dapat. Pernah tu dah lebih sejam kitorang tunggu baru dapat nasi. Katanya terlupa. Haishh. Kalau kaki saman sah2 dah kena saman. Ada gak yang tak best. Kitorang dulu sampai, orang yang order lambat dapat dulu. Apakah??

Aku sebenarnya nak tegur je masalah2 ni. Yelah. Kalau terus camni bila nak maju. Layanan kepada pelanggan sesangat mengecewakan. Kalau masalah lambat sebab ramai sangat orang tu ada maaf gak.

Nasib baik la dah nak cuti. Kengkadang kesian gak tengok student lain terpaksa jalan kaki nak cari tempat makan. Alih2 semua tutup. Last2 singgah beli maggi. Tak pun burger.

Cuti dah ke??

Rasa macam dah cuti. Haha. Kemarin ahad yang sepatutnya cuti, kitorang duk exam. So arini anggap cuti je la. Merayau je keje. Exam sabtu ngan ahad still ada efek kat aku sampai arini. Terkeliru.

Arini kali keberapa ntah aku sampai taiping. Saje nak abihkan duit yang memang dah abih. Sebelum tu sempat datang melawat kawan aku yang baru lepas operation kat lutut. Jalan bertongkat lagi. Tapi budak ni hati kering sket. Haha.

First time tadi masuk zoo taiping. Kawan2 belanja. Macam biase la. Kalau dah kat bilik pun iras2 zoo. Masuk zoo memang perangai otak berair je. Jumpa singa jadi singa. Jumpa beruk jadi beruk. Jumpa buaya seram sket. Sebab jarak seinci je ngan buaya. Kalau takde pagar sah2 ada yang menggelupur.

Balik2 je hujan pun lebat. Kat atas highway slow je member drive. Siap bleh kena potong ngan trailer. Alhamdulillah selamat sampai kat asrama. Penat gak merayau. Sempat lagi layan pool dua round.

Thanks la sahabat2 ku. Korang belanja aku arini. Kalau tak memang nganga je la. Poket dah kering. Masuk zoo rasa macam taknak keluar je. Rasa rugi RM12 bila keluar. Haha. Bleh la keje part time kat situ. Bersihkan kolam buaya tembaga. Huh seram.

Monday, November 5, 2012

Setahun sudah

Ye ke setahun? Tak cukup lagi kot. Tapi takpe la. Kira setahun gak. Hehe. Alhamdulillah selesai last payyperrr kemarin. So....merdeka untuk sem ni.

Tak rasa lak tetibe dah nak abis sem. Awal tahun dulu macam lama je nak cukup setahun. Skang ni dah rasa macam kejap je. Tapi walaupun exam dah abis, otak tak abis2 lagi pikir pasal exam tu. Tawakal je lah harap2 lulus.

Senior ngan junior lain ada yang tak abis exam lagi. Haha. Yang dah abis tak tau nak buat apa. Ada seminggu lagi nak balik.

Balik cuti ni macam biasa kena la kemas bilik sebab pelajar KDC nak guna. Aku dah la pemalas bab2 kemas bilik ni sampai clear. Dah macam orang nak pindah bilik.

Saturday, November 3, 2012

Weekend yang menggerunkan

Exam arini dah setel. Esok paper last untuk sem ni. Aku tak tau la apa nak jadi ngan exam aku semester ni. Berdoa je lah aku lulus. Seram sejuk aku.

Revision, dah. Faham, dah. Baca doa masuk dewan, dah. Dapat kertas soalan, bukak, ok tengok dah terpikir jawapan. Tunggu arahan dari pengawas untuk stat jawab.

Ok stat jawab. Hah?? Tetiba otak aku jem. Jawapan yang tadi aku dok pikir dah ilang. Nasib aku bleh ingat sikit2. Aku tulis laju2. Aku tak tau apa dah jadi. Otak aku betul2 sangkut. Nak goreng esei pun aku takleh, tetiba. So, yang aku tak ingat memang tak berjawab. Bukan sengaja nak kosongkan. Aku ingat nak tulis je apa yang aku bleh pikir. Tapi aku takleh pikir apa dah.

Aku tak tau la apa yang jadi arini. Sedih je tengok banyak ruang tertinggal kosong. Kecewa. Huhu.

InsyaAllah esok paper last, nak buat yang terbaik. Biar la yang dah jadi arini. Kalau sebelum ni aku main tibai je tulis apa yang aku tau Penuh je semua.

Tak terpikir nak balik lagi. Risau masih ada.