tetamu kehormat

Tuesday, October 23, 2012

Tak perlu bangga diri

Kat sekolah cikgu2 selalu nasihatkan pelajar, belajar baik2, cikgu nak semua anak murid cikgu berjaya, dapat kerja gaji besar.

Kalau kat umah memang harapan ibu bapa nak anak2 diorang berjaya. Dapat kerja pangkat tinggi. Tu dah memang lumrah.

Pernah kawan aku tanya kat cikgu.."Cikgu, kalau kami semua jadi bos, jadi engineer, jadi doktor, jadi loyer, takde la orang untuk jadi tukang kayu, toreh getah, tebang pokok.."

Tu la aku terpikir. Memang betul. So, sebenarnya tak perlu berlagak kalau dah dapat kerja baik, gaji mahal, pangkat tinggi, pakai mercedes. Kalau semua dah kat atas sape nak kerja kat bawah?? Kalau takde yang toreh getah mercedes tu pun nak ganti tayar camne?

Sebenarnya semua kerja yang baik tu baik. Ada yang hidup sekadar jadi nelayan, tapi hidup tenang, bahagia.  Ada yang kerja chief engineer, tapi keluar subuh balik lepas isyak. Bizi je manjang.

Secara ringkas aku nak cakap, tak perlu la nak berlagak. Rezeki masing2 dah Allah tentukan. Yang penting kita berusaha je. Pokok pun perlukan akar untuk berdiri, daun untuk bernafas. Kita semua hidup salaing memerlukan. Yang penting, kita bersyukur dengan apa yang dah dikurniakan. Sikit lagi Allah tarik nikmat kekayaan tu baru nak sedar.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^