tetamu kehormat

Saturday, October 20, 2012

Semakin ke penghujung

Tak terasa dah dekat nak abis semester ni. Dalam tempoh satu sem macam2 kenangan. Sem ni gak aku selalu sibuk je sebab pikul tugas jadi ketua unit. Ada je benda nak kena selesaikan. Paling tak best, cari kelas. Hehe. Aku pun jadi rajin nak beli topup sem ni. Walaupun dah lantik wakil2 untuk setiap subjek, lecturer2 ni still suka kontek aku. 

Kemarin kelas aku meluangkan masa berkonvoi ke rumah classmate ngan lecturer kitorang. Dari ipoh ke teluk intan pastu ke tapah. Nasib baik sempat balik ipg sebelum pukul 11. 

Terima kasih kat family Umairah sebab sudi jemput kitorang datang umah. Makan pun sedap. Dah macam kat umah sendiri. Lepas makan ada yg pinjam basikal, main badminton, layan game. Haha. Pastu nak balik dapat sponsor lak duit minyak. Terharu kami kejap. Ni yang rasa nak datang lagi umah dia. Haha.

Kat umah lecturer, alhamdulillah kami sempat sampai sebelum isyak. Hujan lebat pun redah je. Pastu ada majlis bacaan yassin ngan solat hajat. Kepada En Azni, kami semua doakan supaya penyakit isteri encik dapat disembuhkan. Kat kelas suke benor buat lawak. Tak tau lak ada masalah. Kesian lak aku.

Sem ni kelas aku takde buat trip gi jauh2. Sebab dah spent duit untuk buat baju kelas. InsyaAllah hubungan ukhuwah yang terjalin bertambah erat. Bak kata mak aku, anggap la macam adik-beradik. 

Melantak laksa. Lapar woo dari pagi tak makan

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^