tetamu kehormat

Sunday, October 28, 2012

Kembali ke haluan

Hehe. Bukan la aku sesat. Aku maksudkan kembali ke tujuan sebenar aku kat sini. Exam dah dekat. So skang abis dah mood raya aidil adha. Nak beraya ngan buku2 lak. Rasa nak koyak rebus minum koyak rebus minum je nota2 sume nih. Tak larat nak baca.

Pagi tadi sempat gi masjid negeri tengok pembunuhan penyembelihan binatang korban. 6 kerbau 1 lembu. Dasat gak kerbau2 tu melawan. Mesti diorang mengamuk sebab tengok geng2 lain kena sembelih depan mata. Teringat stail kat kampung aku. Kerbau ikat ala kadar je tapi letak jauh sket dari tempat penyembelihan. Tu yang bleh chill lagi.

Skang ni aku tengok lembu2 yang nak dikorban macam tak sesuai je. Kurus, kecik. Bukan ke seharusnya binatang2 yang nak dikorbankan tu sihat, besar, sesuai. Emm tak tau la.

Petang kitorang dah berangkat balik. Kena ingat exam isnin ni. Doakan la yang terbaik untuk saya (sopan sket)..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^