tetamu kehormat

Sunday, October 21, 2012

Buatan orang

Payah betui la.. Masih wujud individu2 yang suka guna cara halus untuk balas dendam. Bila ada benda yang tak puas ati ngan orang lain, mula la cari bomoh2 nak kenakan kat orang tu. Kengkadang tu sanggup habis beribu demi nak puaskan ati dia je.

Kejadian ni berlaku di sekeliling kita. Cuma kita sedar atau tidak. Ramai orang yang aku kenal termasuk la mak aku sendiri pernah jadi mangsa. Alhamdulillah berjaya disembuhkan walaupun bertahun-tahun.

Syukur sekarang ni banyak pusat2 perubatan Islam diwujudkan. Masa mak aku kena dulu memang tak jumpa kemudahan ni. Terpaksa la tanya sana sini, masuk kawasan pedalaman, semata mata nak cari orang yang boleh merawat. Kengkadang tu memang terjumpa orang yang salah. Merawat bukan cara Islam. Siap pakai jin lagi. Pastu kengkadang ustaz2 pun ada yang menyerah, suruh cari orang lain. Sedih memang tak terkira. Lebih 3 tahun mak aku menanggung seksa. Aku nak gi sekolah pun tak tenang. Masa tu aku darjah berapa ntah.

Kalau dalam cita omputih, tak puas ati je antar pembunuh upahan. Melayu? Dulu main sihir. Pastu ada yang pakai teknik lain, antar kaki pukul, skang teknik baru masuk court. Tapi stail lama tetap wujud.

Aku pun tak tau nak kata apa. Hanya mampu berdoa perkara2 macam ni dapat dihapuskan cepat. Tak elok buat jahat kat orang. Kalau benda jahat tu balik kena diri sendiri baru padan muka.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^