tetamu kehormat

Sunday, October 28, 2012

Cuti raya

Tu dia aih. Abih suma kedai makan tutup. Tak tau nak pi makan kat mana dah. Malam semalam ronda2 cari tempat makan. Kedai mamak buka, tempat parking takdak. Last2 hala ke kfc. Hehe. Baru nak save duit.

Arini tak tau la mana2 kedai makan bukak. Harap2 ada la. Tak tahan la nak ke kepsi lagi skali. Tak tahan duit, lemak. Tumbesaran lemak kat perut memang dah memberangsangkan.

Arini nak pulun study lak. Tapi macam biasa mata lajuuuu je ngantuk. Bila main game segar lak. Aduyai....

Kembali ke haluan

Hehe. Bukan la aku sesat. Aku maksudkan kembali ke tujuan sebenar aku kat sini. Exam dah dekat. So skang abis dah mood raya aidil adha. Nak beraya ngan buku2 lak. Rasa nak koyak rebus minum koyak rebus minum je nota2 sume nih. Tak larat nak baca.

Pagi tadi sempat gi masjid negeri tengok pembunuhan penyembelihan binatang korban. 6 kerbau 1 lembu. Dasat gak kerbau2 tu melawan. Mesti diorang mengamuk sebab tengok geng2 lain kena sembelih depan mata. Teringat stail kat kampung aku. Kerbau ikat ala kadar je tapi letak jauh sket dari tempat penyembelihan. Tu yang bleh chill lagi.

Skang ni aku tengok lembu2 yang nak dikorban macam tak sesuai je. Kurus, kecik. Bukan ke seharusnya binatang2 yang nak dikorbankan tu sihat, besar, sesuai. Emm tak tau la.

Petang kitorang dah berangkat balik. Kena ingat exam isnin ni. Doakan la yang terbaik untuk saya (sopan sket)..

Friday, October 26, 2012

Aidiladha 2012

Raya kurban tahun ni aku ikut Kimi balik umah dia. Biasala beraya di perantauan lagi. Hehe. Kena lak ngan nak exam memang tak sehappy yang dijangkakan.

Pepagi lagi belum nak pegi semayang raya dah ada korban sekor. Haha. Arnab kimi dah say goodbye. Kesian gak aku tengok. Dah semakin kurang arnab deme.

Masa takbir raya tadi tetiba terngiang-ngiang sora ayah ngan atuk aku tengah bertakbir. Tu dia... Sebak ati sat. Hehe. At least beraya ngan family kimi, dapat la aku ubat kerinduan.

Arini kenal2 sket ngan sedara mara dia yang lain. Pegi menziarah. Sudahnya perut aku rasa semacam. Terlebih kenyang. Tapi apa bleh buat dah sume makanan menarik perhatian nafsu mengketedarah aku. Bukan selalu dapat. Bantai habih..

Esok khabarnya ada korban. Nak pi tengok la.





Tuesday, October 23, 2012

Sabarlah sahabat

Kesian.. Sedih aku bila dia citer apa yang berlaku. Macam2 dugaan family dia tempuh. Adik beradik dia kecik2 lagi.

Aku tak tau dah nak cakap apa. Sekarang hanya mampu berdoa supaya family dia diberikan ketabahan untuk menempuh dugaan ni. Harap2 ayah dia cepat sembuh. Aku harap gak dia tak lupa pasal study dia kat ipg ni. Sekarang dah makin susah. Jangan sampai perkara2 camni mempengaruhi study dia dah la.

Tu je la aku nak cakap....

Tak perlu bangga diri

Kat sekolah cikgu2 selalu nasihatkan pelajar, belajar baik2, cikgu nak semua anak murid cikgu berjaya, dapat kerja gaji besar.

Kalau kat umah memang harapan ibu bapa nak anak2 diorang berjaya. Dapat kerja pangkat tinggi. Tu dah memang lumrah.

Pernah kawan aku tanya kat cikgu.."Cikgu, kalau kami semua jadi bos, jadi engineer, jadi doktor, jadi loyer, takde la orang untuk jadi tukang kayu, toreh getah, tebang pokok.."

Tu la aku terpikir. Memang betul. So, sebenarnya tak perlu berlagak kalau dah dapat kerja baik, gaji mahal, pangkat tinggi, pakai mercedes. Kalau semua dah kat atas sape nak kerja kat bawah?? Kalau takde yang toreh getah mercedes tu pun nak ganti tayar camne?

Sebenarnya semua kerja yang baik tu baik. Ada yang hidup sekadar jadi nelayan, tapi hidup tenang, bahagia.  Ada yang kerja chief engineer, tapi keluar subuh balik lepas isyak. Bizi je manjang.

Secara ringkas aku nak cakap, tak perlu la nak berlagak. Rezeki masing2 dah Allah tentukan. Yang penting kita berusaha je. Pokok pun perlukan akar untuk berdiri, daun untuk bernafas. Kita semua hidup salaing memerlukan. Yang penting, kita bersyukur dengan apa yang dah dikurniakan. Sikit lagi Allah tarik nikmat kekayaan tu baru nak sedar.

Sunday, October 21, 2012

Customize your mustang

Haha. Bila dah dilanda kebosanan, aku pun setat la nak buat benda2 yang bleh ilangkan boring...

Arini bukak website Ford. Terjumpa sesuatu. Kalau bukak Ford Malaysia memang tak jumpa benda nih.

Customize your dream Mustang. Tu la bendanya cheq nak habaq kat ang. Bleh klik link Ford Mustang ni, pastu klik kat benda warna merah tu.

Kat sini bleh la buang boring design mustang kita ikut citarasa. There's a lot of accesories that we can choose. Pilih je ikut suka. Kat situ gak diorang bagi markah untuk design yang kita buat.

Karya aku, simple je.. Amik keter Shelby GT500.


Buatan orang

Payah betui la.. Masih wujud individu2 yang suka guna cara halus untuk balas dendam. Bila ada benda yang tak puas ati ngan orang lain, mula la cari bomoh2 nak kenakan kat orang tu. Kengkadang tu sanggup habis beribu demi nak puaskan ati dia je.

Kejadian ni berlaku di sekeliling kita. Cuma kita sedar atau tidak. Ramai orang yang aku kenal termasuk la mak aku sendiri pernah jadi mangsa. Alhamdulillah berjaya disembuhkan walaupun bertahun-tahun.

Syukur sekarang ni banyak pusat2 perubatan Islam diwujudkan. Masa mak aku kena dulu memang tak jumpa kemudahan ni. Terpaksa la tanya sana sini, masuk kawasan pedalaman, semata mata nak cari orang yang boleh merawat. Kengkadang tu memang terjumpa orang yang salah. Merawat bukan cara Islam. Siap pakai jin lagi. Pastu kengkadang ustaz2 pun ada yang menyerah, suruh cari orang lain. Sedih memang tak terkira. Lebih 3 tahun mak aku menanggung seksa. Aku nak gi sekolah pun tak tenang. Masa tu aku darjah berapa ntah.

Kalau dalam cita omputih, tak puas ati je antar pembunuh upahan. Melayu? Dulu main sihir. Pastu ada yang pakai teknik lain, antar kaki pukul, skang teknik baru masuk court. Tapi stail lama tetap wujud.

Aku pun tak tau nak kata apa. Hanya mampu berdoa perkara2 macam ni dapat dihapuskan cepat. Tak elok buat jahat kat orang. Kalau benda jahat tu balik kena diri sendiri baru padan muka.

Saturday, October 20, 2012

Cheesy wedges buat sendiri..yummy

**ini adalah sticky post..sila scroll ke bawah untuk entri terbaru**


Cheese powder yang digunakan untuk sos cheezy wedges. Rasa sebijik macam kat KFC.

200gm = RM12.

Mudah, cepat dan lazat. Hanya perlu dibancuh dengan air panas. Kepekatan mengikut citarasa.
Nisbah yang disyorkan - 1 : 2
Secawan cheese powder + dua cawan air

Bukan hanya wedges, sos cheese ni boleh dimakan dengan ayam goreng, burger, daging bakar, keropok, french fries, dan macam2 lagi.

Tempoh penyimpanan:
-Siap dibancuh, simpan dalam peti sejuk. Boleh bertahan untuk dua hari.
-Belum bancuh, simpan dalam bekas pada suhu bilik. Tahan sehingga tarikh luput.
-Nak selamat, bancuh siap2, simpan dalam perut. 

Harga: 1 paket - RM 12
           3 paket - RM 33
           5 paket - RM 50

Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Kuantiti tempahan minimum 1 kg (5 paket). Hanya RM 55 (termasuk kos penghantaran). Sekitar Ipoh.

Lokasi: 
Sabtu - Pasar Tani Kpg Simee (Stadium Ipoh)
Ahad - Pasar Tani Silibin & Pasar Tani Medan Gopeng

Nak order pun boleh. Kalau nak buat jamuan atau kenduri, boleh tempah banyak-banyak.

Berminat boleh hubungi:
Hakimi - 0125115619


Semakin ke penghujung

Tak terasa dah dekat nak abis semester ni. Dalam tempoh satu sem macam2 kenangan. Sem ni gak aku selalu sibuk je sebab pikul tugas jadi ketua unit. Ada je benda nak kena selesaikan. Paling tak best, cari kelas. Hehe. Aku pun jadi rajin nak beli topup sem ni. Walaupun dah lantik wakil2 untuk setiap subjek, lecturer2 ni still suka kontek aku. 

Kemarin kelas aku meluangkan masa berkonvoi ke rumah classmate ngan lecturer kitorang. Dari ipoh ke teluk intan pastu ke tapah. Nasib baik sempat balik ipg sebelum pukul 11. 

Terima kasih kat family Umairah sebab sudi jemput kitorang datang umah. Makan pun sedap. Dah macam kat umah sendiri. Lepas makan ada yg pinjam basikal, main badminton, layan game. Haha. Pastu nak balik dapat sponsor lak duit minyak. Terharu kami kejap. Ni yang rasa nak datang lagi umah dia. Haha.

Kat umah lecturer, alhamdulillah kami sempat sampai sebelum isyak. Hujan lebat pun redah je. Pastu ada majlis bacaan yassin ngan solat hajat. Kepada En Azni, kami semua doakan supaya penyakit isteri encik dapat disembuhkan. Kat kelas suke benor buat lawak. Tak tau lak ada masalah. Kesian lak aku.

Sem ni kelas aku takde buat trip gi jauh2. Sebab dah spent duit untuk buat baju kelas. InsyaAllah hubungan ukhuwah yang terjalin bertambah erat. Bak kata mak aku, anggap la macam adik-beradik. 

Melantak laksa. Lapar woo dari pagi tak makan

Thursday, October 11, 2012

Cubaan pertama

Baru nak belajar buat animation guna adobe photoshop. Inilah hasilnya.. Heheh...


Tuesday, October 9, 2012

Selesai sudah UAK

Alhamdulillah UAK untuk dua subjek yang agak besssstt dah selesai. Harap2 la mr and mrs lecturer yang semak tu berhati mulia hendaknya. Aku pun tak pasti dengan jawapan aku. Mana yang aku rasa aku tau tu, aku tulis. Yang aku confirm, takde yang tinggal kosong. Hehehe..

Tengah duk exam aku kira tarikh, dan baru aku sedar yang sebenarnya dah dekat nak exam. Dah masuk bulan 10 dah. Pertengahan bulan 11 dah cuti. So......dekat sesangat la nak exam. Huwaaa.. Kecut urat kentut kejap...

Cabaran dalam perguruan makin banyak. Cabaran nak dapat kerja sudah tentu. Jangan senang nak kata masuk IPG je abih belajar dah kompom ada kerja. Jadi cikgu tu memang la. Tapi nak dipanggil posting betul2 jadi guru, memang sukar.

InsyaAllah i'll do the best for me and my family dan anak-anak. Orait. Adioss...

Monday, October 8, 2012

Murah hati yang mahal nilainya


SEKEPING HATI YANG MAHAL DALAM MURAHNYA HATI

Abah singgah solat di sebuah surau. Selesai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan abah bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma.

Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat.

Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya.

Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.

Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi.

Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu.

“Ini hok mu buat beli makanan.”

Abah kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya, “Berapo pendapatan abang sehari?”

Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.”

Tanya abah lagi, “Bakpo abang sedekah semua duit abang kepada budak itu?”

Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Ambo tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.”

Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada abah.

Abah mula berasa sebak.

“Kalu gitu mari ikut ambo pergi makan.” sambil abah memegang tangannya.

“Hari ni ambo posa.” jawabnya perlahan.

Abah tidak mampu bersuara lagi..

Nota: Murah hati yang mahal nilainya ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan dia sendiri memerlukannya. Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang harta sama ada kepada orang yang memerlukan, dalam keadaan dia sendiri tidak memerlukannya..

Kelebihan orang yang murah hati..

1. Pemiliknya akan mendapat kasih sayang dan redha Allah s.w.t.

2. Bukti kesempurnaan akal, lapang dada dan besar jiwanya.

3. Akan mendapat pertolongan malaikat.

4. Semua manusia akan terdetik hatinya untuk membantu dan bergabung dengan pemilik sifat ini.

5. Seseorang yang berusaha menanamkan sifat ini dengan cara membiasakan dan memupuknya akan mendapat pahala yang besar dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t.

6. Ia adalah salah satu sifat Allah s.w.t. dan para wali-Nya.

7. Ia dapat menyatukan hati dan menebarkan kasih sayang antara manusia.

8. Melenyapkan kebencian, kedengkian dan dapat meluluhkan hati.

Marilah sama-sama kita berusaha mencari hati yang mahal ini untuk kita tampal pada hati kita yang sedia ada ini dan menjadi hati kita. Insyaallah...

**di copy dan paste dari pesbuk**

Saturday, October 6, 2012

Permulaan hari

Alhamdulillah. Dua keping roti canai dah selamat bersemadi dalam perut aku. Arini takde plan lagi nak buat apa. Biasa tu weekend je ada la projek bisnes aku ngan Kimi. Arini mamat tu lak pegi cameron. Aku pun ikut cuti. Heheh.

IPG Ipoh pun dah terima bas baru. Scania tu. Best la driver bas pasni layan teknologi scania. Dah la bas lowed setanding waja. Aku rasa bas lama tu tetap jadi idola. Bleh lalu semua permukaan jalan, tinted gelap semacam. Kot2 dulu anak2 vip ngan artis yang study kat sini. Tu yang tinted ala kereta menteri.

Rindu lak kat anak sedara aku tu. Hehe. Terbayang kenakalan diri beliau. Dah besar nanti bleh la ikut aku main bola petang2.


Friday, October 5, 2012

Selesai sudah BIG

Alhamdulillah BIG untuk semester ni dah selesai. Dah dua kali tangguh, at last jadi gak. BIG kali ni senang sket, buat dalam kampus je tak payah nak kuar jauh2. Jimat masa jimat fulus.

Aktiviti kitorang senang je. Mengemas stor peralatan sukan. Tak sangka lak banayk benda nak dikemas kat stor tu. Biasa masuk pinjam alat je. Hari ni baru tau yang dalam tu bukan alat sukan je ada. Macam2 ada mengalahkan astro.

Bersyukur sangat2 sebab semua berjalan lancar. Dalam kertas kerja 7 jam, tapi semua setel 3 jam. Kengkawan pun semua beri kerjasama. Semua hulur tangan. Aku sebagai pengerusi memang rasa sangat bersyukur + puas hati + gembira + lapar + haus + penat. Tapi yang tiga last tu tak kisah sangat sebab dah merasa tiga yang first.

Hujung minggu ni akan ku manfaatkan sebaik mungkin untuk bersama dengan bantal dan tilamku. Seminggu ni memang tak cukup tido je. Huhu..