tetamu kehormat

Thursday, September 27, 2012

Huh. Aritu terkejut bila dengar berita ada kes pergaduhan kat Lawas. Kalau gaduh biasa2 je aku tak heran sebab memang dah biasa. Yang ni gaduh sampai mati woo. Tak pernah berlaku lagi. Kesian gak kat mangsa. Khabarnya diserang sekumpulan lelaki dibawah pengaruh dadah. Haish.

Mungkin ada yang terbaca kat website lain pasal berita ni. Aku ada baca gak kat MyNewsHub. Tak nak komen apa2 kat dalam tu.

Tak sangka lak kes ni menjadi lebih berat. Dalam tempoh tiga hari bandar Lawas kecoh bila sanak saudara, rakan taulan, penduduk setempat dari kampung halaman mangsa datang ke bandar Lawas. Nampak macam rusuhan. Tapi sebenarnya diorang inginkan keadilan dari pihak berkuasa. Diorang nak kes ni segera diselesaikan dan keadilan ditegakkan. Bukan macam kes2 sebelum ni, raami pesalah yang terlepas. Aku pun tak tau apa nak jadi.

Ramai yang citer tak berani tak gi bandar masa tu. Tapi alhamdulillah ok je. Diorang bukan buat keganasan pun. Sekadar nak ambil perhatian polis supaya bebudak yang dah bunuh mangsa dapat hukuman setimpal. Mangsa baru berumur 19 tahun.

Ramai gak yang kaitkan hal ni dengan perkauman. Actually hal ni dah tak libatkan perkauman. Kalau melayu buat kat melayu macam tu aku rasa akan berlaku gak demonstrasi. Tapi bila yang pukul dengan mangsa berlainan agama dan bangsa, ada la yang start nak kaitkan ngan isu perkauman. Nak kena seligi sekali baru sedar kot.

Alhamdulillah sekarang dah tenang balik. Kemarin dah hantar memorandum kat ketua polis daerah. Harap2 la kes ni diselesaikan dengan adil. Jangan la jadi seperti sebelum ni.

Walaupun duk jauh, hati aku tetap berada di kampung halaman. Rasa nak balik je nak tengok apa yang berlaku. Nasib la aku tak jadi beli pesawat peribadi. Ngeh3...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^