tetamu kehormat

Wednesday, August 29, 2012

Jalanraya oh jalanraya


Sebelum puasa dengar citer pasal eksiden. Masa puasa dengar citer pasal kemalangan. Masa raya dengar citer pasal nahas jalanraya. Aku dah naik seram dah. Tapi masih gak drive laju2 macam dia kebal dari eksiden. Dalam need for speed iye la. Orang lain dah drive elok2 tapi masih ada gak taiko jalanraya ni yang perasan jalan tu dia sorang je guna. Tak guna betul.

Tengok kes2 kemalangan, banyak gak yang jadi mangsa disebabkan kecuaian orang lain. Sedih. Jalan kat tempat area Lawas ni dah la banyak corner maut tambah lak permukaan semakin rosak. Ada gak lagi keter bantai tekan lelaju. Corner tu aku agak drifter pun mengucap gak. Kalau tak lepas, langgar dinding takpe. Ni tak lepas memang cari dalam gaung/sungai je.

Aku harap la lepas ni operasi2 jalanraya macam Ops Selamat tu buat kat jalan2 biasa gak. Jangan tumpu highway je. Pastu jangan buat masa musim perayaan je. Buat la setiap hari. Lagi, kalau nak tahan kenderaan jangan tahan motosikal je. Sebab yang pegang stereng keter tu pun belum tentu ada lesen.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^