tetamu kehormat

Wednesday, August 29, 2012

berPBS


Dah dua hari aku berPBS. Hari ni masuk hari ketiga. Hehe. Kembali ke sekolah aku dulu2. First day aku pbs banyak kali gak aku tersenyum sorang2. Teringat balik masa aku kecik dulu. Dan tak sangka loceng keramat masih tergantung di sekolah ni. Bezanya, sebelah loceng ni ada kamera CCTV. Dulu takda bai...

Alhamdulillah semua guru kat sini baik2 belaka macam aku jugak. Nasib baik ustazah ngan kerani yang masih setia kat sini still ingat aku. Jadi bahan cerita jugak kejap. Haha. Dulu anak murid. Sekarang dah duduk satu bilik yakni bilik guru.

Tu citer pasal aku. Sekarang nak citer pasal observation aku lak. First aku masuk kelas, ada satu perbezaan yang aku dapat rasa. Dulu aku pbs kat sekolah yang boleh tahan hebatnya. Kelas tahun 1, cikgu BI dah mula guna BI lebih banyak dari BM sewaktu mengajar. Aku tengok pelajar2 pun paham cuma kengkadang lambat. 
Kat sekolah kali ni, kelas tahun 6 pun cikgu still banyak gunakan BM nak ngajar bebudak. Cabaran untuk cikgu tu. Pastu, aku rasa kat sekolah ni budaya memberi salam kat cikgu kurang diamalkan. Ke masa jumpa aku je diorang tak bagi salam. Takut kot. Haha.

But, ada gak perkara yang buat aku berbangga ngan sekolah ni. Masa rehat, pelajar berkumpul satu tempat, makan. Tak kira la yang dapat RMT ataupun bawak bekal sendiri, diorang makan sama2. Pastu ramai gak yang pilih makan kat gelanggang walaupun berpanas. Yang penting diorang dapat makan sambil berborak ngan kawan2. Cikgu2 lak, waktu rehat semua pakat masuk ‘coffee corner’ nak isi perut. Kalau tak isi perut pun, basahkan tekak. Coffee corner ni istilah untuk ruang makan guru kat sekolah ni. Kat dalam tu ada water heater, peti sejuk, meja makan, pinggan mangkuk. Kalau ada bawak Milo 3in1 tu bila2 bleh masuk bancuh air. Nak best lagi bawak air simpan dalam peti sejuk. Takda had masa. Tapi dah jadi trend cikgu2 ni, diorang hanya akan luangkan masa makan dan minum waktu rehat je. Waktu lain walaupun free, diorang guna untuk buat kerja lain.

Apart from that (cewah).. Pagi2 semua murid sama2 membersihkan kawasan sekolah. Alaa bersih sikit2 je. Kutip sampah, sapu bilik guru, bilik pentadbiran. Sapu sekitar kawasan sekolah. Budaya ni dah dimulakan sejak aku belum masuk tahun 1. Aku ingatkan dah hilang, rupanya ada lagi. Setiap murid ada kumpulan masing2 dan bertugas kat kawasan yang dah ditetapkan. Budak tahun 6 lak ada yang bertugas mengawas setiap kumpulan. Haha part ni yang best. Kalau aku dulu dah start nak buli budak kecik. Bawak kayu kecik sambil mengawas kumpulan yang bertugas. Kalau malas aku pukul je. Bukan kuat pun. Memang bebudak tu takut la. Tapi takde lak yang repot aku buli. Haha.

Ok lah lain kali lak aku citer lagi. Babai...

**dah lama tak update sebab ada beberapa masalah yang datang menerpa setiap detik hidupku ditambah lak sibuk ngan tugas (ayat mengalahkan lecturer). Ni pun aku curi masa sementara cikgu2 belum datang dan wifi sekolah berlagak laju. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^