tetamu kehormat

Wednesday, July 18, 2012

Nak elaun

Assalammualaikum

Tu dia aih. Dah lama aku tak update. Sibuk je manjang. Pastu bila tak sibuk line internet lak slow kaw2. So terpaksa la aku berehat seketika. Minggu ni gak agak menyedihkan bagi aku dan kawan2 senasib. Bukak je dompet, alahai sedihnya. Elaun pun tak masuk2 lagi. Aritu terpaksa la aku pinjam duit mr.papa nak beli tiket balik raya ni. Nak tunggu elaun keluar konon. Pastu tetiba tangguh lagi dua minggu sebab ada masalah. Hah. Nak tunggu lagi memang tak balik raya la aku. Tu pun harga tiket one way je dah dekat rm500. Nak tak nak beli je la.

Pensyarah lak ada yang faham tu, tolong order buku mahal2 untuk kitorang. Pastu suruh bayar balik bila elaun dah masuk je. Fuhh selamat. Biasa la buku import dari UK. Bleh la bayangkan harganya. Tapi ada gak yang tak fikir susah kitorang. Terpaksa gak la keluarkan duit nak bayar buku. Pastu terpaksa la ikat perut di tengahari.

Dua tiga ari ni bukak je pesbuk kawan2 aku duk sibuk bincang topik hot sekarang ni. Pelajar sekolah dibenarkan bawa henset dan iPad ke sekolah. Amboi. Macam2 'penambahbaikan' dilakukan. Tak leh bayangkan. Kalau sekarang ni takde kebenaran bawak henset pun macam2 hal berlaku kat sekolah. Apa lak nak jadi nanti? Sedangkan student ipt yang dah besar2 pun kengkadang ada yang duk layan henset je dalam kelas, camna lak budak sekolah yang belum matang tuh? I think there's more negatives than positives.

Tak lama dah nak masuk ramadhan. Tak sabar lak kan? Tak sabar nak merasa kemanisan air sirap bulan ramadhan. Huhu. Ku mengharaaapkan ramadhaaan kali iniii penuh maknaaaa....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^