tetamu kehormat

Thursday, July 19, 2012

Abakus oh abakus

Haha. Sejak mak aku beranakkan aku, sampai la sekarang. Aku ingat sekali je cikgu aku pernah ajar cara nak guna abakus@sempoa. Tu pun ntah darjah berapa ntah. Memang langsung tak ingat la pasal abakus neh. 

Arini baru buat research balik. Nak belajar cara nak guna abakus dalam pengiraan. Biasa aku guna sempoa abang aku kat umah tu untuk main je. Vroom vrooom.... Hah. Nama je sempoa abang aku. Tapi dia pun tak reti dah nak guna. Ceh!


Alhamdulillah setakat ni aku dah reti nak kira guna abakus neh. Nak kata terer tu tak la. Terkial-kial gak lagi. Tapi yang aku perasan, guna abakus memang senang nak kira. Patutla apek2 kat kedai ramai lagi yang guna abakus. Tak main la kalkulator. Diorang lagi tere woo. Kita tak sempat kira dia dah dapat jawapan. 

InsyaAllah nanti aku post entri nak mengajar cara asas guna abakus. Kenapa aku kejap guna 'sempoa' kejap guna 'abakus'? Sempoa adalah tergolong sebagai salah satu jenis abakus yang terdapat di dunia ini. Sempoa adalah abakus yang menggunakan manik 5:2. Abakus yang digunakan dan disyorkan oleh kementerian pendidikan sekarang ialah jenis 4:1, macam kat gambar.

Okeh. Nanti aku post entri lain pasal abakus. Daaa~~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^