tetamu kehormat

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan



Alhamdulillah. Allah masih mengurniakan kehidupan kepada kita dan sempat bertemu dengan ramadhan sekali lagi.

InsyaAllah. Sama-samalah kita manfaatkan ramadhan kali ni. Agar menjadi lebih baik. Aku harapkan ramadhan kali ni menjadi lebih bermakna. Walaupun syaitan dibelenggu sebulan, ada 11 bulan diorang guna nak melatih kita berbuat dosa. So jangan hairan la dalam bulan puasa ni ada gak kes jenayah.

Sekali lagi berpuasa di perantauan. Teringat masa zaman sekolah, semua ada kat rumah. Bersahur, berbuka sesama. Huhu sedih woo. Takpe la. Ni la cabaran dalam kehidupan.

Tu je lah aku nak sembang. Jangan lupa niat puasa. Jangan ponteng. Haha.

Thursday, July 19, 2012

Abakus oh abakus 2

Alhamdulillah tadi selesai gak terangkan tentang penggunaan abakus kat dalam kelas. Entri sebelum ni aku ada kata nak post pasal cara2 nak guna abakus kan? Tapi semalam aku terjumpa satu modul pengajaran bakus kat internet. Modul ni diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. So aku rasa tak payah la aku nak terangkan sangat. Boleh klik link ni --->Modul Abakus Kementerian Pelajaran Malaysia.

File modul ni adalah dalam bentuk pdf. So kena download dulu baru boleh bukak. Klik je kat link tu nanti akan muncul tetingkap download. Hehe. Senang je.

Abakus oh abakus

Haha. Sejak mak aku beranakkan aku, sampai la sekarang. Aku ingat sekali je cikgu aku pernah ajar cara nak guna abakus@sempoa. Tu pun ntah darjah berapa ntah. Memang langsung tak ingat la pasal abakus neh. 

Arini baru buat research balik. Nak belajar cara nak guna abakus dalam pengiraan. Biasa aku guna sempoa abang aku kat umah tu untuk main je. Vroom vrooom.... Hah. Nama je sempoa abang aku. Tapi dia pun tak reti dah nak guna. Ceh!


Alhamdulillah setakat ni aku dah reti nak kira guna abakus neh. Nak kata terer tu tak la. Terkial-kial gak lagi. Tapi yang aku perasan, guna abakus memang senang nak kira. Patutla apek2 kat kedai ramai lagi yang guna abakus. Tak main la kalkulator. Diorang lagi tere woo. Kita tak sempat kira dia dah dapat jawapan. 

InsyaAllah nanti aku post entri nak mengajar cara asas guna abakus. Kenapa aku kejap guna 'sempoa' kejap guna 'abakus'? Sempoa adalah tergolong sebagai salah satu jenis abakus yang terdapat di dunia ini. Sempoa adalah abakus yang menggunakan manik 5:2. Abakus yang digunakan dan disyorkan oleh kementerian pendidikan sekarang ialah jenis 4:1, macam kat gambar.

Okeh. Nanti aku post entri lain pasal abakus. Daaa~~

Wednesday, July 18, 2012

Nak elaun

Assalammualaikum

Tu dia aih. Dah lama aku tak update. Sibuk je manjang. Pastu bila tak sibuk line internet lak slow kaw2. So terpaksa la aku berehat seketika. Minggu ni gak agak menyedihkan bagi aku dan kawan2 senasib. Bukak je dompet, alahai sedihnya. Elaun pun tak masuk2 lagi. Aritu terpaksa la aku pinjam duit mr.papa nak beli tiket balik raya ni. Nak tunggu elaun keluar konon. Pastu tetiba tangguh lagi dua minggu sebab ada masalah. Hah. Nak tunggu lagi memang tak balik raya la aku. Tu pun harga tiket one way je dah dekat rm500. Nak tak nak beli je la.

Pensyarah lak ada yang faham tu, tolong order buku mahal2 untuk kitorang. Pastu suruh bayar balik bila elaun dah masuk je. Fuhh selamat. Biasa la buku import dari UK. Bleh la bayangkan harganya. Tapi ada gak yang tak fikir susah kitorang. Terpaksa gak la keluarkan duit nak bayar buku. Pastu terpaksa la ikat perut di tengahari.

Dua tiga ari ni bukak je pesbuk kawan2 aku duk sibuk bincang topik hot sekarang ni. Pelajar sekolah dibenarkan bawa henset dan iPad ke sekolah. Amboi. Macam2 'penambahbaikan' dilakukan. Tak leh bayangkan. Kalau sekarang ni takde kebenaran bawak henset pun macam2 hal berlaku kat sekolah. Apa lak nak jadi nanti? Sedangkan student ipt yang dah besar2 pun kengkadang ada yang duk layan henset je dalam kelas, camna lak budak sekolah yang belum matang tuh? I think there's more negatives than positives.

Tak lama dah nak masuk ramadhan. Tak sabar lak kan? Tak sabar nak merasa kemanisan air sirap bulan ramadhan. Huhu. Ku mengharaaapkan ramadhaaan kali iniii penuh maknaaaa....