tetamu kehormat

Friday, June 8, 2012

Tak bertajuk

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Amboi sopannye budak neh. Haha. Alaa aku memang budak sopan ape. Uhuk ehem.

Lebih seminggu dah yus tak update blog. Almaklum la cuti. Kalau ade bace entri2 yus yang dulu mesti tau nape yus susah nak update blog khasnya, dan susah nak online amnya.

Aritu balik je terus melabun kat pesta Lawas. Ramainye umat kat Lawas ya rabbi. Gadis2 muda remaja pun ramai gak yang aku tk tau sape. Nasib baik aku leh cari cik adik aku lagi. Haha.

Sikit gambaran sepanjang pesta Lawas. Sikit je aku cite eh. Orang yang datang teramat ramai sesangat sebab yang datang tu bukan orang Lawas je. Keter pun melampau la banyaknya sampaikan terpaksa parking kat tengah jalan dan polis pun takleh nak saman sebab memang dah takde parking. Orang berniaga pun sangat ramai dan aku tak tau diorang bleh untung atau tak. Yang aku pasti untung brader2 yang jual belon. Rajin je bebudak singgah melawat diorang pastu blah ngan belon kat tangan. Tak lama nanti belon tu terlepas dan terbang tinggi ke bintang kejora. Pastu bebudak tu mintak belon baru kat bapak dia. Haha.

Kali ni pasukan2 regatta dari Lawas tak bernasib baik sebab gelaran raja sungai atau raja batang Lawas bukan orang Lawas yang pegang. Pastu lak acara saringan pun sikit je pasukan dari Lawas yang menang. Ish2 kesian.

Habih pesta Lawas, Lawas pun dah kembali lengang. Jalan2 di Lawas dah kembali lawas. Sapa ntah tabur ubat pelawas. Hmmm cakap pasal ubat pelawas rasa nak membuang pulak. Hihihi...

Rasa kejap je cuti 3 minggu neh. Aku rasa macam baru semalam je aku sampai kat umah.

Apa pun, terima kasih buat pembaca yang sudi singgah kat blog ni walaupun tak berupdate. Hehe. IsyaAllah ada peluang nanti yus update lagi dan lagi dan lagi. Babai..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^