tetamu kehormat

Saturday, June 30, 2012

Penatnya

Huh. Penat kaw2 punya. Lenguh kaki kanan aku. Esok malam dah battle of the band. Malam ni pulun 2 jam kat studio jamming nak practice. Memang terasa la penatnya.

Esok, berserah je lah. Kami akan lakukakn yang terbaik. Kalah menang tu belakang kira. Yang penting, penonton terhibur ngan persembahan kami. Tapi sape yang tak nak menang kan. Hehe.

Tapi kalau tengok kan band2 lain tu, peluang nak menang tipis gak kot. Setiap band mesti ada yang pro muzik kecuali band aku. Ada gak band yang fully ahlinya pelajar course muzik. Siap boleh susun arrangement buat medley bagai. Ada lak band senior2 kitorang. Dah lebih pengalaman main muzik dari kitorang. Tapi takpe la. At least ada gak pelajar bukan course muzik join sekali.

Malam ni aku kena tidur awal. Esok pepagi nak kena turun padang nak handle sukaneka. Huhu. Bila la gamaknya aku bleh berehat dengan aman damai.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^