tetamu kehormat

Friday, June 29, 2012

Lagi takde tajuk

Huih.. Akhirnya tiba gak hari jumaat. At least boleh la yus rehatkan pala hotak yus yang dah serabut neh. Seminggu je, serabut bagai memikirkan hal yang bertahun2. Huhu.

Minggu ni ada beberapa orang lecturer yang tak masuk kuliah sebab ada hal. So minggu depan kena la buat kelas ganti. Nasib baik la lecturer2 kat sini baik. Bincang punya bincang, mulanya nak buat kelas ganti lepas solat jumaat, tak jadi. Haha. Kesian lak ngan member2 yus kalau terpaksa datang kelas lepas solat jumaat.

Hari ni yus gunakan sepenuhnya masa yus nak susun jadual untuk minggu depan. Pertama kali dalam sejarah hidup yus. Nak cabar Dr. Hadi (pensyarah yang bertanggungjawab menyediakan jadual untuk setiap unit dan pensyarah). Haha. Takde la sampai nak cabar. Tapi yus terpaksa la susun jadual untuk kelas ganti. Tapi cabaran yus minggu depan, nak cari bilik kuliah. Biasa la dah kongsi satu bilik kuliah untuk dua unit. Jadi, penggunaan bilik kuliah kena la ikut jadual asal.

Dah tau dah camne penatnya seorang KU nak laksanakan tugas. Pagi2 masa classmates lain tengah tido sebab takde kelas, KU bangun gak sebab nak jumpa lecturer, demi kesenangan dan keselesaan rakan2 sekelas. Kengkadang lecturer lak yang call. Tak kira la masa makan ke, masa kuliah ke, kena la angkat. Ada gak lecturer sms seawal subuh. Haha.

Tapi takpe. Aku ambik ni sebagai satpelajaran baru untuk aku. Nanti dah jadi cikgu lagi la banyak benda nak diselesaikan. Lagi pening. So sekarang ni la masanya untuk aku belajar untuk mengurus masa, mengurus pelbagai hal, dan yang paling penting belajar mengawal perasaan. Stres camne pun, mulut tetap tersenyum. Hihi. Selain tu, nak jadi ketua keluarga gak. Kena la bijak mengurus segala hal2 yang berkaitan.

Pengajaran yang aku dapat. Jangan jadikan setiap tugasan atau amanah yang diberikan sebagai satu bebanan, tapi anggap la sebagai satu cabaran. Cekidaut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^