tetamu kehormat

Saturday, June 30, 2012

Festival Ukhuwah 2012

Alhamdulillah tadi dah dah selesai Festival Ukhuwah peringkat IPG Ipoh. Festival ni baru pertama kali diadakan. Penganjur, Biro Kerohanian dan Moral. Gembira gak bila tengok ramai yang datang. Sambutan sungguh menggalakkan. Tak sia-sia la selama ni datang mesyuarat, rancang macam2.

Mula semalam ada kempen derma darah ngan ceramah kesihatan. Part ni aku tak terlibat sangat. Pagi tadi baru aku join nak uruskan sukaneka. Hehe. Biasa la kerja2 penat ni lagi aku suka. Kalu nak suruh datang meeting memang liat.

Arini berlangsung senam seni, pertandingan mengukir buah, sukaneka dan pameran. Tak sangka lak ada dijemput pihak dari luar untuk buat pameran dan jualan. Pastu bleh lak datang pakcik2 jual cendol dan laksa. Huh. Memang sesuai la. Tapi tadi aku bantai mee goreng free je.

Aku pun tak larat nak cakap banyak. Meh aku letak gambar yang aku sempat ambik. Sikit je.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^