tetamu kehormat

Saturday, June 30, 2012

Ready for the battle

Huh. Practice dah. Raptai pun dah. Sekarang ni, bersiap sedia untuk 'berperang' di atas pentas. Huhu. Seram sejuk gak walaupun dah ada pengalaman.

Raptai tadi agak tak best sebab ada beberapa masalah dari segi teknikal. Kengkadang bunyi gitar langsung takde. Kualiti bunyi memang tak memuaskan. Malam ni memang kitorang berserah pada takdir je la. Kalau masa perform tu tetiba ada masalah bunyi, memang dah nasib la gamaknya. Tak leh nak buat apa dah.

Aku harap malam ni semua berjalan lancar. Tak kira la menang ke tak. Yang penting kami akan buat yang terbaik. Penonton adalah yang utama.

Doakan je lah kejayaan kami ye. Memang kami tak kejar kemenangan. Tapi sape yang taknak menang ye dak? Hehe.

Festival Ukhuwah 2012

Alhamdulillah tadi dah dah selesai Festival Ukhuwah peringkat IPG Ipoh. Festival ni baru pertama kali diadakan. Penganjur, Biro Kerohanian dan Moral. Gembira gak bila tengok ramai yang datang. Sambutan sungguh menggalakkan. Tak sia-sia la selama ni datang mesyuarat, rancang macam2.

Mula semalam ada kempen derma darah ngan ceramah kesihatan. Part ni aku tak terlibat sangat. Pagi tadi baru aku join nak uruskan sukaneka. Hehe. Biasa la kerja2 penat ni lagi aku suka. Kalu nak suruh datang meeting memang liat.

Arini berlangsung senam seni, pertandingan mengukir buah, sukaneka dan pameran. Tak sangka lak ada dijemput pihak dari luar untuk buat pameran dan jualan. Pastu bleh lak datang pakcik2 jual cendol dan laksa. Huh. Memang sesuai la. Tapi tadi aku bantai mee goreng free je.

Aku pun tak larat nak cakap banyak. Meh aku letak gambar yang aku sempat ambik. Sikit je.





Penatnya

Huh. Penat kaw2 punya. Lenguh kaki kanan aku. Esok malam dah battle of the band. Malam ni pulun 2 jam kat studio jamming nak practice. Memang terasa la penatnya.

Esok, berserah je lah. Kami akan lakukakn yang terbaik. Kalah menang tu belakang kira. Yang penting, penonton terhibur ngan persembahan kami. Tapi sape yang tak nak menang kan. Hehe.

Tapi kalau tengok kan band2 lain tu, peluang nak menang tipis gak kot. Setiap band mesti ada yang pro muzik kecuali band aku. Ada gak band yang fully ahlinya pelajar course muzik. Siap boleh susun arrangement buat medley bagai. Ada lak band senior2 kitorang. Dah lebih pengalaman main muzik dari kitorang. Tapi takpe la. At least ada gak pelajar bukan course muzik join sekali.

Malam ni aku kena tidur awal. Esok pepagi nak kena turun padang nak handle sukaneka. Huhu. Bila la gamaknya aku bleh berehat dengan aman damai.

Friday, June 29, 2012

Lagi takde tajuk

Huih.. Akhirnya tiba gak hari jumaat. At least boleh la yus rehatkan pala hotak yus yang dah serabut neh. Seminggu je, serabut bagai memikirkan hal yang bertahun2. Huhu.

Minggu ni ada beberapa orang lecturer yang tak masuk kuliah sebab ada hal. So minggu depan kena la buat kelas ganti. Nasib baik la lecturer2 kat sini baik. Bincang punya bincang, mulanya nak buat kelas ganti lepas solat jumaat, tak jadi. Haha. Kesian lak ngan member2 yus kalau terpaksa datang kelas lepas solat jumaat.

Hari ni yus gunakan sepenuhnya masa yus nak susun jadual untuk minggu depan. Pertama kali dalam sejarah hidup yus. Nak cabar Dr. Hadi (pensyarah yang bertanggungjawab menyediakan jadual untuk setiap unit dan pensyarah). Haha. Takde la sampai nak cabar. Tapi yus terpaksa la susun jadual untuk kelas ganti. Tapi cabaran yus minggu depan, nak cari bilik kuliah. Biasa la dah kongsi satu bilik kuliah untuk dua unit. Jadi, penggunaan bilik kuliah kena la ikut jadual asal.

Dah tau dah camne penatnya seorang KU nak laksanakan tugas. Pagi2 masa classmates lain tengah tido sebab takde kelas, KU bangun gak sebab nak jumpa lecturer, demi kesenangan dan keselesaan rakan2 sekelas. Kengkadang lecturer lak yang call. Tak kira la masa makan ke, masa kuliah ke, kena la angkat. Ada gak lecturer sms seawal subuh. Haha.

Tapi takpe. Aku ambik ni sebagai satpelajaran baru untuk aku. Nanti dah jadi cikgu lagi la banyak benda nak diselesaikan. Lagi pening. So sekarang ni la masanya untuk aku belajar untuk mengurus masa, mengurus pelbagai hal, dan yang paling penting belajar mengawal perasaan. Stres camne pun, mulut tetap tersenyum. Hihi. Selain tu, nak jadi ketua keluarga gak. Kena la bijak mengurus segala hal2 yang berkaitan.

Pengajaran yang aku dapat. Jangan jadikan setiap tugasan atau amanah yang diberikan sebagai satu bebanan, tapi anggap la sebagai satu cabaran. Cekidaut.

Monday, June 25, 2012

Lulus!!Alhamdulillah

Akhirnya saat yang ditunggu dah muncul. Hehe. Result exam semester lepas baru je keluar tadi. Dan, alhamdulillah aku lulus. Masa cuti tu dah prepare dah kot2 aku akan tersenarai nak repeat exam.

Pointer 3.02 je. Bersyukur la sebab sekurang-kurangnya aku lulus. Nak kata tak puas hati tu ada la sket. Tapi tu sebab aku gak. Sape suruh tak study betul2. Dah rezeki kan.

So, lepas ni aku nak berubah. Seriously!! Tak nak main2 dah. Huhu.

Thursday, June 21, 2012

Penat

Huhu. Baru berapa hari bukak sem dah penat dah. Masalah tak cukup bilik kuliah memang perit nak urus. Kene lak jadual sampai kul 7 petang. Haha. Baru la aku rasa camna penatnya jadi KU.

InsyaAllah minggu depan boleh la aku setelkan hal kelas aku. Bleh la rilek sket. Hehe.

Beberapa ari ni aku tak berkesempatan nak update blog. Skang lak dah stat fokus untuk battle of the band. Semalam dah try kat jamming studio. Alhamdulillah semua ok. Tapi masih banyak yang boleh diperbaiki. Chewah macam komen cikgu dalam buku latihan je.

Lagu yang band aku pilih, Pieces dari Sum41 ngan Bulan 8 di Sandakan. Kitorang dah modified sket lagu ni. Tapi still mengekalkan tempo, muzik dan lirik asal. Hehe.

Tinggal seminggu je lagi. Buat masa ni kitorang tak target nak menang lagi. Kitorang pun join bukan untuk menang. Tapi harapan nak menang tu memang ada la. Sape yang taknak kan.

Result exam aritu pun tak keluar lagi. Minggu depan la kot. Risau tu memang ada. Tapi aku takkan terkejut kalau ada subjek yang aku terrgagal. By the way aku berharap gak takde yang gagal. Mudah mudahan je lah.

Sunday, June 17, 2012

Dah mula dah

Haa.. Dah mula dah. Dah mula masuk semester baru. Dalm hati nak berubah menjadi lebih baik. Tapi tak tau la hajat hati tu tercapai ke idak. Semangat kenakalan tu tetap bersemadi dalam diri.

Semesterni banyak subjek baru yang nak belajar. Hadui. Result exam aritu lak tak kuar lagi. Esok kot. Ni yang buat aku cuak secuak yang mungkin. Tapi dah sedia dah kalau terpaksa repeat exam.

Tapi sekarang ni topik paling hangat ialah elaun. Mungkin lambat lagi elaun nak masuk. So terpaksa la berjimat cermat dengan duit bantuan fama. Tapi awal sem ni la yang nak beli macam2 barang keperluan. Kang elaun dah masuk mula la nak beli barang2 yang tak perlu.

Harap2 kali ni aku boleh la mengubah tabiat aku dalam kelas. Sebelum ni tak pernahnya nak fokus. Lecturer bercakap aku pun bercakap. Member main game aku pun main game.

Friday, June 8, 2012

Tak bertajuk

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Amboi sopannye budak neh. Haha. Alaa aku memang budak sopan ape. Uhuk ehem.

Lebih seminggu dah yus tak update blog. Almaklum la cuti. Kalau ade bace entri2 yus yang dulu mesti tau nape yus susah nak update blog khasnya, dan susah nak online amnya.

Aritu balik je terus melabun kat pesta Lawas. Ramainye umat kat Lawas ya rabbi. Gadis2 muda remaja pun ramai gak yang aku tk tau sape. Nasib baik aku leh cari cik adik aku lagi. Haha.

Sikit gambaran sepanjang pesta Lawas. Sikit je aku cite eh. Orang yang datang teramat ramai sesangat sebab yang datang tu bukan orang Lawas je. Keter pun melampau la banyaknya sampaikan terpaksa parking kat tengah jalan dan polis pun takleh nak saman sebab memang dah takde parking. Orang berniaga pun sangat ramai dan aku tak tau diorang bleh untung atau tak. Yang aku pasti untung brader2 yang jual belon. Rajin je bebudak singgah melawat diorang pastu blah ngan belon kat tangan. Tak lama nanti belon tu terlepas dan terbang tinggi ke bintang kejora. Pastu bebudak tu mintak belon baru kat bapak dia. Haha.

Kali ni pasukan2 regatta dari Lawas tak bernasib baik sebab gelaran raja sungai atau raja batang Lawas bukan orang Lawas yang pegang. Pastu lak acara saringan pun sikit je pasukan dari Lawas yang menang. Ish2 kesian.

Habih pesta Lawas, Lawas pun dah kembali lengang. Jalan2 di Lawas dah kembali lawas. Sapa ntah tabur ubat pelawas. Hmmm cakap pasal ubat pelawas rasa nak membuang pulak. Hihihi...

Rasa kejap je cuti 3 minggu neh. Aku rasa macam baru semalam je aku sampai kat umah.

Apa pun, terima kasih buat pembaca yang sudi singgah kat blog ni walaupun tak berupdate. Hehe. IsyaAllah ada peluang nanti yus update lagi dan lagi dan lagi. Babai..