tetamu kehormat

Friday, May 4, 2012

Samsung S3!! Rembat!


Hari ni, Samsung Electronics dah buat majlis pelancaran untuk produk terbaru android phone depa, Samsung Galaxy S3. Dengan teknologi baru, processor lebih laju, samsung mungkin akan lebih kukuh dalam pasaran android phone. Tu pendapat aku je la.

Kalau tengok rupa memang macam biasa je la. Tak macam Sony Ericsson dengan jemaah Xperianya yang berbagai bentuk. Tapi kali ni samsung improve sket design S3 ngan curved edges. Skrin lak, Super AMOLED HD bersaiz 4.8 inci. Memang jelas la kalau nak nengok gambar awek. Haha.

Henset ni disertakan dengan RAM 1GB, Quad 4 processor 1.4GHz, dan bateri 2100 mAh. Tu dia.. Memang best la bila layan game. Tapi risau gak sebab processor dah laju, bateri leh tahan lama ke?

Kalau masuk pasaran Malaysia agak2 berapa la harga dia eh? Rasa macam nak rembat je satu. Haha. Nanti bleh la aku layan game sepuas hati. Pastu blogging di mana saja tak kira masa dan ketika. Tak pun layan video. Bukan blue okeh!!

Kalau nak tak lagi detail bleh lawat Samsung official website. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^