tetamu kehormat

Friday, May 25, 2012

Nak balik

Assalammualaikum...

Dah seminggu yus tak update blog ni. Hehe. Sibuk je nak ulangkaji. Tak sempat nak menaip entri.

Sekarang dah start cuti. Dah ramai member balik kampung. Yus? Malam ni yus dah nak gerak ke LCCT naik bas. Tido dalam bas la gamaknye. Hehe. Alaa macam la tak biasa kan.

Doakan la perjalanan yus dan kawan2 selamat ye. Nanti kat lcct yus update ceritera. Balik kampungggg!!! Ooooo..balik kampung.... Ooooo...balik kampung.....Family feast......... Eh??

Wednesday, May 16, 2012

Blogger card dari eyqa hasnan

Sebelum ni ada join segmen nak dapat blogger card dari eyqahasnan. Thanks ye sebab sudi buat blogger card untuk yusz.

Dua sudah..dua lagi

Alhamdulillah tadi telah berlangsung exam untuk paper child development dengan jayanya. Nasib baik aku bleh jawab dengan ati yang tenang walau perut menendang-nendang. Lepas ni bleh la rehat kejap. Minggu depan ada lagi 2 paper.

Tak lama lagi dah nak balik. Yeahoo!! Mommy..daddy...I'm coming (amboi........)

Lesen dah ada. Balik nanti bleh la aku lak yang drive. Kesian kat ayah aku. Dah berzaman asyik dia je yang drive. Dah la dekat sangat, 4 jam. Huhu.

Lepas ni bleh bawak cik adik... Ehem!! Tak bleh! Dosa! Nak bawak anak orang, dapatkan surat pengesahan tok kadi dulu. Lepas tu sukati la nak bawak ke mana2. Ke bulan pun boleh.

^_^ Ok. Baik mak.. ^_^

Selamat Hari Guru

Sebelum tido, sempat lagi yusz nak taip satu entri. Hehe.



Selamat Hari Guru yusz ucapkan kepada semua guru yang ada di muka bumi ini. Especially kepada guru-guru yang pernah mengajar yusz dan yang yusz kenali sejak dari sekolah rendah sampai la sekarang.

Google pun buat doodle comel dan penuh erti hari ni.


Burung hantu pegang rotan. Maksud? Cikgu yang berpenat lelah demi tugas sebagai pendidik. Sanggup berjaga malam demi anak murid.

Tuesday, May 15, 2012

Cabaran NAK JADI cikgu



Dah berhari-hari belek buku pasal child development neh. Huhu. Masa kelas macam senang je. Bila dah nak exam, baca balik buku, bapak punyala pening. Penuh dengan teori tokoh2 terkemuka. Benda yang senang nak faham dah jadi berbelit.

Dah banyak buat pembacan, faham la jugak tentang peringkat2 perkembangan yang setiap daripada kita dah alami, tapi tak perasan pun. Perkembangan semenjak kita lahir sehingga lah dewasa. Selama ni kita tau yang keluarga dengan persekitaran tu mempengaruhi peribadi seseorang kanak-kanak.

Sebelum nak jadi cikgu, ni lah dia cabaran besar. Pulun study habis-habisan demi mendapat kelulusan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Cewah ayat aku...

Dah jadi cikgu karang, nak apply pulak segala benda yang dah dipelajari neh. Bukan senang nak ngajar bebudak ni ye. Huhu. Takpe demi azam aku nak jadi pendidik.

Segmen : Saya Nak Blogger Card By Eyqa Hasnan


Nama samaran dalam blog : Yusz

Tarikh start berblogging : 30/01/2011

Negeri asal : Sarawak

Warna untuk tulisan : Hitam dan hijau


Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

Otak penat buat revision. Yusz join segmen ni pulak.

Segmen: Up Follower & Tambah Kenalan

Yusz orang Sarawak. 

Syukurlah dah ada 45 follower.

Nak join boleh klik banner kat atas. :)

Monday, May 14, 2012

Dah 20 eh?

Alhamdulillah. Hari ni Allah masih kurniakan nyawa kat aku. Sempat la jugak merasa umur meningkat. Hehe.

Hari ni genaplah umur aku 20 tahun. Dah takde belas2 dah. 20 dah wei. Terima kasih mak ayah, abang, cik adik aku yang mesej tepat jam 0000. Haha. Terima kasih gak kat kengkawan yang ucapkan selamat hari lahir tadi. Ingat jugak diorang.

So, sempena dengan tu akan ada sesuatu yang berubah lagi kat blog ni. Hehe. Sekian, wassalam..

Sunday, May 13, 2012

Boleh terlupa??

Huhu. Tengah duk seronok berbual ngan wanita nombor satu dalam hidup aku ataupun secara ringkasnya mak aku, baru aku teringat yang hari ni hari ulangtahun perkahwinan mak ngan ayah aku. Huwaaa. Camna ntah aku boleh lupa. Aku ingatkan 15 Mei, rupanya arini.

Mak.... Ijul minta maaf.. Tak sengaja. Hehe.

Kan best kalau aku ada kat umah sekarang nih. Boleh gak aku celebrate ngan diorang sekali.

Okeh. Dah lepas rindu ngan mak ayah. Sambung ulangkaji.

Segmen: Follower Pilihan Niera

Cakk!!

Hehe. Sekarang dah mula rajin join segmen2 dalam blog neh. Segmen seterusnya, follower pilihan niera. Reward? Kalau terpilih sebagai blogger pilihan, blog anda akan di review oleh cik Niera selama 2 minggu. Lama kan? Cik Niera memang baik.


Syarat? Alaa senang je. Nak tau lebih lanjut bleh klik kat banner. Jom la join. Jom laa. Jom laaa...

Oh ibu...


Assalammualaikum..

Dah pagi ahad dah. Ahaa. Lambat bangun lagi.

Almaklum la esok dah nak exam. Belajar sampai lewat pagi. Malam untuk berjaga, siang untuk tidur. Haha. Tambah lak aktiviti berblogwalking semalam. Lagi la terbantut. Tapi takpe. Semua tu, best!!

13 Mei 2012, Hari Ibu seluruh dunia. Kepada ibu-ibu, emak-emak, mama-mama, mommy-mommy, selamat hari ibu yusz ucapkan. 

Nak cakap banyak pasal hari ibu ni, yusz pun tak sanggup. Kang tetiba je yusz nangis, sape nak tanggung?? Hehe. Rindu kat mak aku. 

Okeh, yusz nak pegi tidur study dulu. Sebelum tu, nak buat pesanan sikit. Tak payah lah nak tunggu hari ibu baru nak kenang jasa ibu. Hari-hari kita patut kenang jasa ibu, hari-hari pun hari ibu. Jangan la tunggu hari ibu baru nak peluk cium ibu. Baru nak rindu ibu. Hargailah sebaik mungkin selagi ibu berada di sisi kita dan selagi kita berada di sisi ibu. 

Friday, May 11, 2012

Self stirring mug

Tengah aku dok menelaah buku sambil meneguk nescafe, aku termenung merenung mung. Eh bukan! Merenung mug nescafe aku. Tetiba aku terfikir, zaman sekarang ni macam-macam benda dah orang buat. So aku surf internet nak tengok kot2 adamug yang boleh kacau air dengan sendirinya. Kira malas nak kacau guna tangan la. Dan hasilnya, adalah seperti berikut.
Self stirring mug. Masuk bateri AAA, tekan butang, whirrrrrr....
Haa.. Tu dia dah wujud dah mug yang boleh kacau air hanya dengan menekan butang. Takde dah bunyik kletung kletang bila sudu berlaga ngan mug.
Kat tengah tu ada satu rotor yang akan berputar...trrrrrr
Hmmm. Aku baru terfikir nak jadi popular. Mencetuskan idea nak buat mug yang boleh kacau sendiri (self stirring mug). Tapi ada dah yang lebih bijak dah buat. Kempunan la aku... Wuuuu...

Segmen: Geng Blogger


Hehe. Kali pertama yusz join segmen sepanjang berblog. Kali ni join segmen dari Aisyah Humaira'.

Kalau berminat boleh la klik banner kat atas tu ye. Yusz join kategori Geng Blogger C.

Tarikh tutup segmen, 12 Mei 2012.

Sekian....

Telefon bimbit guna bateri AAA

Telefon bimbit guna bateri AAA?? Tak mustahil. Haha. Kalau ada kat luar tu dah fedap sebab bateri henset selalu abih. Pastu ada yang selalu rosak. Nak beli bateri baru mahal la pulak. Boleh la guna henset ni. Tapi tak tau la masuk pasaran Malaysia atau tak. Puas aku cari takjumpa.


Telefon ape tu? Hehe. Ianya adalah Olive FrvrOn. 'FrvrOn' merujuk kepada 'forever on'. Hah. Telefon ni adalah produk keluran syarikat Olive Communications, satu syarikat pengeluar telefon bimbit dari India. Haa jangan main2. Syarikat ni gak ada keluarkan telefon android, netbook dan tak ketinggalan tablet PC. Sapa kata India tak maju??

Keistimewaan telefon ni, kalau bateri telefon kehabisan kuasa, and boleh guna bateri AAA sebagai sumber kuasa gantian. Tak kira bateri AAA jenama apa.

Selain tu, takde keistimewaan tambahan kat telefon ni. Ada FM Radio, paparan 1.5 inci, nada polifonik, dan beberapa ciri lain.

Thursday, May 10, 2012

Cinta adalah segalanya???


Tu lah dia remaja zaman sekarang. Bila dah bercinta, lupa segalanya. Ada yang sanggup abaikan kawan demi cinta. Lagi teruk ada yang sanggup lari dari rumah. Tu pun demi cinta yang kononnya cinta sejati dari hati yang tulus suci murni sampai ke mati. 

Bila dah jatuh cinta, cakap kat pasangan seluruh kasih sayangnya dicurahkan kat pasangan dia. Tu la sebabnya sayang kat diri sendiri dah takde. Pastu bila ditinggalkan oleh 'yang tersayang', mula la meracau. Nak jadi superman terbang dari atas bangunan. Sebab rasa sayang kat diri sendiri dah takde.

Apa yang yusz merapu pun yusz tak tau. Rasa sakit hati bila ada kawan yusz bagitau, adik dia lari dari rumah ikut 'cinta sejati' dia. Kalau jumpa memang dua-dua kena la. Kena maki, kena kaki. Hehe. 

p/s: sekarang dah guna 'yusz' ganti 'aku'.

Saturday, May 5, 2012

Glowing text

Selalu kita tengok gambar ada glowing text, lepas tu teringin nak buat sendiri kan. Kalau yang belum tau cara nak buat glowing text, harap tutorial ni dapat membantu.

First, buka Adobe Photoshop. Pastu, klik 'File' seterusnya 'New..." ataupun nak cepat tekan je 'Ctrl' + 'N'. Then pilih 'Type Tool' (dalam bulatan merah) atau tekan 'T'. Pastu taip perkataan yang korang nak. Untuk contoh kat sini aku taip 'CAWANSUMPAK'.


Seterunya, pergi kat 'Layers' (sebelah kanan, bawah), dan right-click kat layer perkataan tersebut. Bleh lihat dalam bulatan merah.

Lepas right-click, pilih 'Blending Options' dan klik.


Seterunya, akan kuar satu window macam kat bawah ni.


Rujuk gambar di atas. Klik pada 'Outer Glow'. Pastu korang dah boleh buat glow pada text korang. Korang boleh adjust pada 'Opacity', 'Spread' dan 'Size' bersesuaian dengan kehendak. Bulatan merah kecik tu untuk pilih warna. As a result....

Sekian dulu tutorial untuk Glowing Text. Selamat mencuba. Kalau tak faham boleh tinggalkan komen. InsyaAllah aku akan perbaiki tutorial ni. 

Faheem Eiman

Warghh. Tengah duk termenung tetibe teringat kat anak sedara aku si Faheem neh. Dah berbulan bulan tak jumpa dia. Rindu lak aku. Aritu jumpa dia kecik lagi. Ada lak abang aku mms gambar dia dah naik kerusi beroda tuh. Bukan kerusi roda okeh!

Aku pernah komplot ngan kakak ipar aku, letak gambar budak tu bersebelahan ngan gambar abah dia masa kecik. Perghh!! Memang sebijik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kan. Eh jap! Kalau tukar peribahasa tu jadi ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke lantai, agaknya apa maksud dia eh? Hmmm..

Tu dia tengah sedap tido. Comei tak?

Friday, May 4, 2012

Samsung S3!! Rembat!


Hari ni, Samsung Electronics dah buat majlis pelancaran untuk produk terbaru android phone depa, Samsung Galaxy S3. Dengan teknologi baru, processor lebih laju, samsung mungkin akan lebih kukuh dalam pasaran android phone. Tu pendapat aku je la.

Kalau tengok rupa memang macam biasa je la. Tak macam Sony Ericsson dengan jemaah Xperianya yang berbagai bentuk. Tapi kali ni samsung improve sket design S3 ngan curved edges. Skrin lak, Super AMOLED HD bersaiz 4.8 inci. Memang jelas la kalau nak nengok gambar awek. Haha.

Henset ni disertakan dengan RAM 1GB, Quad 4 processor 1.4GHz, dan bateri 2100 mAh. Tu dia.. Memang best la bila layan game. Tapi risau gak sebab processor dah laju, bateri leh tahan lama ke?

Kalau masuk pasaran Malaysia agak2 berapa la harga dia eh? Rasa macam nak rembat je satu. Haha. Nanti bleh la aku layan game sepuas hati. Pastu blogging di mana saja tak kira masa dan ketika. Tak pun layan video. Bukan blue okeh!!

Kalau nak tak lagi detail bleh lawat Samsung official website. Sekian.