tetamu kehormat

Sunday, April 1, 2012

Teringin

Tengah aku duk mengelamun sengsorang ngadap laptop, tetiba teringat lak pasal sambal tahai. Walaupun otak aku tengah ligat memikirkan esei, ada lak cebisan kecik otak aku yang terpesong akidahnya memikirkan tahai..wuuu.. Rindu ngan sambal tahai masakan mak aku.


Kalau yang tak tau mesti tertanya2 menda la tahai ni kan. Menurut kamus dewan masyarakat taman kelasik, tahai merupakan sejenis makanan yang diasaskan dari sejenis ikan yang dipanggil ikan tamban.


Seekor ikan tamban tersebut akan naik pangkat dan layak digelar tahai kalau dah siap dijemur dan disalai sehingga kering dan rapuh. Pastu kalau nak makan, buang kulit je. Kalau nak rebus pun boleh. Pastu tahai tak gelar tahai dah. Dah jadik 'dadah'. Haha. Jangan risau dadah yang ni halal dan tiada kesan sampingan. Yakin halal.


Hmmm.. Kan ke best kalau ada tahai kat sini. Teringin lak aku nak jadi pengedar tahai kat semenanjung. Haha. Boleh ke eh?


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^