tetamu kehormat

Sunday, April 8, 2012

Erti persahabatan

Bila join trip tadi. Aku terus teringat masa first time aku datang cameron aritu. Dengan 2 orang member kamceng aku. Kitorang memang dah ditakdirkan untuk menjadi sahabat kot. Tiga2 satu kepala, kepala batu.


Ijat ngan Kimi. Memang aku takkan lupa diorang sampai bila2. Aku pun dah anggap macam adik beradik. Gurau senda tu memang dah lumrah. Kutuk mengutuk lak jadi hobi. Setakat mencarut ngan perkataan2 takde sivik tu, biase dah. Tapi, tak pernah pun rasa tersinggung. Heh.


Sejak aku berkawan rapat ngan diorang, sampai la ari ni. Aku tak tau dah berapa banyak kenangan dalam persahabatan kitorang. Overnite kat luar, melepak, makan, merayau tempat jauh2, mancing. Haha. Banyak benda yang kitorang dh buat dengan jayanya walaupun kengkadang dianggap mengarut dan tak masuk akal.


Tapi, dah kenal diorang, aku semakin memahami erti persahabatan yang sebenar. Diorang banyak membantu aku. Aku tau diorang ikhlas. Sentiasa menolong aku kalau ada masalah walaupun sekecil2 prob tu sekadar menampar nyamuk di tangan.


Aku tak sangka aku akan dapat member cam diorang. Kalau dulu aku risau sebab duk jauh di neeri orang. Tapi alhamdulillah Allah dah pertemukan aku dengan 2 orang insan yang layak digelar sahabat. Bukan sekadar kawan atau rakan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

  1. may your friendship last till jannah :D

    ReplyDelete
  2. kayun,,insyaAllah..amin..

    wan,,ko pun baek gak..slalu menderma movie..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^