tetamu kehormat

Saturday, April 28, 2012

Perangai kawan

Haha. Lepas satu, satu lagi kawan aku buat perangai. Yang sorang hal lain, yang sorang lagi hal lain. Bagus la. Depan aku memang baik. Memang dah nasib dia la. Nak berahsia ngan budak kongsi. Sket lagi kanSemua benda akan di'kongsi'.

Kat depan orang lain bukan main sedap mengata aku, kenakan aku, walaupun depan aku. Saje je nak menjatuhkan maruah. Pastu orang lain pun fikir benda tu betul. Fikir bukan2 tentang aku. Bagus!! Aku respek.

Kawan, sedar la sket dunia ni bukan ko yang punya. Muka je baik. Perangai hampeh.

Entah la. Nape la aku nak hangin sangat kat alam maya nih. Walaupun aku dah lepaskan kat tuan punya badan. Tak puas lagi nih. Takpe la. Sekadar renungan untuk para pembaca. Kalau nak pilih kawan, pilih dengan sebaiknya. Semua orang boleh jadi kawan, tapi beberapa orang je yang boleh jadi teman. Bila dah ramai kawan, bersedialah untuk menghadapi cabaran2 dalam persahabatan, macam aku. Alhamdulillah banyak dugaan dah aku tempuh, buat aku semakin cekal.

jatuh dah

Alhamdulillah. Arini Sekali lagi dugaan datang. Nasib baik sikit je. Aku terjatuh maoto mase kua dari tempat parking moto tuh. Huhu. Tempat tu gak ramai yang risau sebab pasir tebal. Takut2 terjatuh. Dan aku lah yang merasmikan kejadian tersebut.

Aku dah plan nak beli seluar jeans. Skang tambah lak ngan seluar slack Dah berlubang dah kat bahagian lutut. Lutut aku lak berlubang sket. Nasib tak sakit. Dah berejam dah darah mengalir lagi. Huhu.

Takpe. Inilah namanya dugaan. Lapar punya pasal aku keluar jugak nak beli nasik. Kalau sebab lain dah malas dah. Moto kawan lak tuh. Nasib baik la calar sket kat side mirror ngan foot rest.

Lepas ni kene la berhati2 bawak moto. Kat tempat camtu pun aku leh terjatuh. Kalau dah nak jadi tu, kat mana2, bila2 pun boleh.

*tak selesa ngan darah asyik meleleh je. huhu.

Berjaya juga akhirnya

Setelah saya bertungkus lumus beberapa hari nan lalu, akhirnya saya berjaya uga membuka kembali akaun belog saya ini. Tidak diketahui mengapa dan bagaimana, saya tidak dapat membuka akaun blogger ini apabila dia mengatakan saya telah memasukkan email dan password yang salah. Sedangkan, saya telah pun menggunakan email dan password yang sama berukangkali. Akhirnya, dengan email dan password yang sama, saya berjaya juga. Yeay!!!! Selepas ini boleh mengepost entri kembali. Saya telah pun berasa risau sekiranya belog saya ini digodam dan wujud entri yang tidak sepatutnya. Tapi siapalah yang terdesak sangat nak menggodam belog yang tak seberapa ini. Sekian...

Wednesday, April 11, 2012

Gegaran

Allahuakbar.. Arini kite dikejutkan lagi dengan satu gempa bumi kat Sumatera. Amaran tsunami pun dah dikeluarkan. Gegaran boleh dirasai kat Malaysia. Yup. Aku pun terdiam jap masa gegaran tuh. Huhu.


Ujian Allah ke atas manusia. Untuk memperingatkan kita tentang hari kiamat yang kita tidak tahu bila. Yang pasti, banyak dah tanda2 kiamat berlaku.


Tadi aku terdiam jap. Masa gegaran tu tiba2 aku terpikir pasal gempa bumi. Rupanya betul. Terkejut gak aku. Semoga kejadian yang lebih buruk tak berlaku dan menimpa kita. Sama-samalah kita berdoa.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 8, 2012

Erti persahabatan

Bila join trip tadi. Aku terus teringat masa first time aku datang cameron aritu. Dengan 2 orang member kamceng aku. Kitorang memang dah ditakdirkan untuk menjadi sahabat kot. Tiga2 satu kepala, kepala batu.


Ijat ngan Kimi. Memang aku takkan lupa diorang sampai bila2. Aku pun dah anggap macam adik beradik. Gurau senda tu memang dah lumrah. Kutuk mengutuk lak jadi hobi. Setakat mencarut ngan perkataan2 takde sivik tu, biase dah. Tapi, tak pernah pun rasa tersinggung. Heh.


Sejak aku berkawan rapat ngan diorang, sampai la ari ni. Aku tak tau dah berapa banyak kenangan dalam persahabatan kitorang. Overnite kat luar, melepak, makan, merayau tempat jauh2, mancing. Haha. Banyak benda yang kitorang dh buat dengan jayanya walaupun kengkadang dianggap mengarut dan tak masuk akal.


Tapi, dah kenal diorang, aku semakin memahami erti persahabatan yang sebenar. Diorang banyak membantu aku. Aku tau diorang ikhlas. Sentiasa menolong aku kalau ada masalah walaupun sekecil2 prob tu sekadar menampar nyamuk di tangan.


Aku tak sangka aku akan dapat member cam diorang. Kalau dulu aku risau sebab duk jauh di neeri orang. Tapi alhamdulillah Allah dah pertemukan aku dengan 2 orang insan yang layak digelar sahabat. Bukan sekadar kawan atau rakan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 7, 2012

Alhamdulillah akhirnya selamat kembali ke ipg. Walaupun macam2 hal yang dah terjadi. Dapat gak kitorang atasi. Terima kasih buat kawan2 yang dah jadi driver hari ni. Hakimi, Ijat, Fami, Azmi. Aku yang tau duduk je sebelah driver pun penat. Huhu.


Aritu teluk batik. Arini cameron h. Pasni nak gi mane lak? Sama2 kita nantikan. Kot2 ade rezeki nak buat trip ke tempat jauh. InsyaAllah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sampai dah

Alhamdulillah dah sampai cameron. Niat awal nak stay kat brinchang tapi tak jadi. So, akan memanfaatkan hari ini. Peace yo.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 2, 2012

Nyumm..

Tetibe dapat kek free dari cik umi pagi ni. Hehe. Sorang dapat satu tapi aku berjaya kebas dua. Alaa ada lebih tadi. Memula xnak makan. Dah makan rasa sedap pulak. Hehe.


Terima kasih daku ucapkan kepada cik umi @ Umairah. Tiap kali befday mesti ada makanan free. Haha. Hepi befday ye(walaupun dah beberapa hari lepas).


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 1, 2012

Teringin

Tengah aku duk mengelamun sengsorang ngadap laptop, tetiba teringat lak pasal sambal tahai. Walaupun otak aku tengah ligat memikirkan esei, ada lak cebisan kecik otak aku yang terpesong akidahnya memikirkan tahai..wuuu.. Rindu ngan sambal tahai masakan mak aku.


Kalau yang tak tau mesti tertanya2 menda la tahai ni kan. Menurut kamus dewan masyarakat taman kelasik, tahai merupakan sejenis makanan yang diasaskan dari sejenis ikan yang dipanggil ikan tamban.


Seekor ikan tamban tersebut akan naik pangkat dan layak digelar tahai kalau dah siap dijemur dan disalai sehingga kering dan rapuh. Pastu kalau nak makan, buang kulit je. Kalau nak rebus pun boleh. Pastu tahai tak gelar tahai dah. Dah jadik 'dadah'. Haha. Jangan risau dadah yang ni halal dan tiada kesan sampingan. Yakin halal.


Hmmm.. Kan ke best kalau ada tahai kat sini. Teringin lak aku nak jadi pengedar tahai kat semenanjung. Haha. Boleh ke eh?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Demimu PBS

Urgghh... Penat gak nak siapkan fail pbs neh. Tu la rajin sangat simpan keje sampai last minute. Padan muka.


Dah penat, aku nak rehat jap. Bancuh nescafe tiga dalam satu sebagai pendorong mata aku untuk terus bekerja. Glukk glukk glukkk...


Published with Blogger-droid v2.0.4