tetamu kehormat

Tuesday, February 7, 2012

Yang penting niat hati

Sekarang ni, kalau kite jalan2 kat tengah2 bandar konpem akan terjumpe ngan peminta sedekah. Maaf la kalau aku guna bahasa yang kasar. Hehe. Kiter gak selalu dengar pasal sindiket peminta sedekah. Suruh orang lain duk tercongok mengemis. Yang tukang suruh lak tengah layan Ombak Rindu sambil kunyah kacang menglembu cap pagoda.

Kengkadang mesti kiter ragu-ragu kalau nak bagi sedekah kan. Bile tengok diorang ni kesian je. Pastu tetibe terpikir pasal sindiket2 nih. Terus tak jadi nak bersedekah. Hehe. Aku selalu je camtu.

Tapi mak aku pernah pesan. Kalau nak bagi tu, tak payah la nak pikir. Pasal diorang tipu atau tak, belakang citer. Yang penting niat kat hati tuh. InsyaAllah. Buat ikhlas dapat pahala.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^