tetamu kehormat

Saturday, February 18, 2012

Ingatlah

Sekali lagi aku bangun awal di hujung minggu yang tenang dan best untuk meneruskan aktiviti melombong taik mata. Arini nak gi amik ujian undang2 lak. Iye la baru nak amik lesen kan.

Lantak korang la nak kata apa sebab aku lambat amik lesen. Hehe. Aku bukan anak orang berharta. So kena la kumpul duit sendiri kalau nak kan sesuatu. Tak mau dah menyusahkan mak bapak.

Kekadang aku terdengar cerita, mase belajar mak bapak dia bersusah payahnak cari duit. Mak bapak lak bukan orang senang. Tu pasal mak bapak. Anak dia lak? Guna duit beli henset, makan pizza, belanja kawan. Iskk!! Tak tau la camne perasaan diorang tuh. Tak kesian ke kat mak bapak?

Bapak aku selalu je pesan kat aku ngan abang aku, dia takde harta banyak nak diwariskan, cukup la dengan kemampuan yang dia ada sekarang, cari ilmu, belajar bebetoi, kalau aku dah jadi seorang yang berjaya, tu je la yang dia wariskan.

Dengar je dia cakap camtu, kitorang pun bertempiaran membawa diri memasing. Haha. Bukan tak sanggup dengar ceramah, tapi sedih bila dia cakap camtu. Rasa sebak menyelubungi setiap penjuru hati dan perasaan.

Kepada remaja2 kat luar tu, hargailah jasa ibu dan ayah korang.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca..
Sudi-sudikanlah follow dan komen..
Anda semua memang baik.. ^_^